CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 501|Reply: 2

[Tempatan] Bukan Trisna : Rindu beraya di Indonesia

[Copy link]
Post time 20-6-2018 08:28 AM | Show all posts |Read mode



KLUANG - Umpama peribahasa ‘hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri’ begitulah yang boleh digambarkan bagi seorang warga Indonesia, Yulianti Mahfud, 40, yang berhijrah ke Malaysia sejak 20 tahun yang lalu.

Dia yang berasal dari Denpasar, Bali, Indonesia berkata, walaupun telah lama menetap di Malaysia namun hatinya tetap berada di negeri kelahirannya.

“Sejak menjejakkan kaki di Malaysia pada tahun 1998 dan tempat pertama saya adalah di Kuala Lumpur . Saya mencari rezeki bekerja di sebuah kilang di sana selama dua tahun.

“Saya akui sambutan bulan Ramadan di kawasan penempatan saya jauh berbeza dengan di Malaysia dan ketika itu suasana saya berpuasa sedikit berlainan kerana hidup seorang diri tanpa ada keluarga di sisi,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Usaha Jaya, Simpang Renggam, di sini.

Menurutnya, bagai-manapun kemeriahan menyambut Ramadan dan Syawal semakin bertambah seronok dengan adanya insan tersayang di sisi.

“Pada tahun 2000 saya berkahwin dengan suami, Syamsudin Saman, 53. Perkahwinan saya ini juga diaturkan oleh kawan saya dengan menjodohkan abangnya untuk saya. Jadi, saya bercinta selepas kahwin.

“Sebelum berkahwin suami sudah lama menetap di Malaysia sejak 1985. Selepas berkahwin saya menetap di Simpang Renggam sebab suami bekerja sebagai pemandu lori di kawasan Johor,” katanya di sini.
Ramadan lebih meriah di Malaysia

Yulianti berasal dari Bali yang hanya meliputi 30 peratus masyarakat Islam dan sukar untuk melihat kemeriahan sambutan bulan Ramadan yang sudah tentu jauh berbeza di Malaysia.

“Rumah saya di balik terletak di kawasan bandar yang mempunyai dua masjid saja dan dari rumah saya di Bali untuk ke masjid lebih kurang 3 hingga 5 kilometer.

“Kedudukan masjid jauh menyebabkan susah hendak dengar laungan azan tak seperti di Malaysia. Apabila datang Malaysia sambutan lebih meriah dan banyak aktiviti dilakukan selain adanya bazar Ramadan yang jual pelbagai menu berbuka puasa,” katanya.

Menurutnya, bagai-manapun dia amat merindui saat ibunya mengejutnya bangun sahur yang pastinya tidak lagi dirasai ketika ini kerana dirinya pula mengejutkan ahli keluarga dan menyediakan juadah sahur.
Ayam ingkung menu tradisi

Yulianti berkata, menu paling dirindukannya ketika Aidilfitri ialah ayam ingkung yang dimasak ibunya.

Menurutnya, ingkung adalah ayam seekor yang dibakar terlebih dahulu kemudiannya diperap dengan santan bersama dengan rempah.

“Ingkung adalah menu tradisional masyarakat di sana dan mengambil masa yang lama untuk memasak kerana mahu perlu diperap dan dibakar dengan cara yang betul.

“Saya tidak pernah masak menu di Malaysia kerana ia rumit tapi saya rindu sangat dengan masakan ibu selain lontong daun pisang. Kalau di sini pagi raya saya selalu buat lontong daun pisang dan tapai. Tapai juga antara menu wajib ada pada pagi hari raya” katanya

Yulianti yang bekerja mengambil upah membungkus jagung di rumah berkata, tahun ini adalah tahun ketiga bagi anak sulungnya, Muhamad Aldrian Syah, 16, beraya di Malaysia.
Yulianti (kiri) membersihkan jagung bersama rakan sekerjanya.

“Sebelum ini anak saya dijaga oleh ibu di Indonesia dan belajar di sekolah pondok di sana. Tapi bila kehidupan sudah stabil dan tidak mahu menyusahkan mak ayah, saya bawanya ke Malaysia dan bersekolah di sini.

“Jadi sekarang ini setiap kali raya, anak akan ikut saja saya dan suami beraya walaupun tahu dia pun rindu nak beraya di Indonesia sebab ada ramai kawan dia di sana,” katanya.

Menurutnya, untuk melepaskan rindu kepada keluarga di Bali, dia akan pulang ke kampung halaman sekurang-kurangnya setahun sekali.

“Ada juga kami pelawa mak ayah saya datang ke sini tapi mereka tak mahu, jadi sebagai anak saya sekeluarga akan cuba balik ke sana setahun sekali untuk mengubat rindu,” katanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2018 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Okla sbb bukan trisna, muka agak semengah
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2018 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Beraya di jakarta mmg best. Terasa kemeriahan nyer. Bunga api sana sini macam nak sambut new year.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.052192 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list