CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 769|Reply: 6

[Dunia] Miliki Isteri Berjanggut Dan Bersuara Maskulin, Mahkamah Tolak Permohonan Cerai

  [Copy link]
Post time 20-6-2018 08:36 AM | Show all posts |Read mode

Mahkamah Keluarga di Ahmedabad, Gujerat di India menolak permohonan cerai yang difailkan seorang lelaki selepas mendakwa isterinya mempunyai janggut dan memiliki suara seperti seorang lelaki.

Lelaki tersebut ketika sesi pendengaran memberitahu mahkamah bahawa dirinya telah ditipu oleh keluarga pihak isterinya dengan mendakwa dia tidak pernah melihat wajah dan mendengar suara isterinya sebelum berkahwin.

Malah, ketika mereka bertemu di hari perkahwinan, wanita itu memakai penutup muka dan ia melanggar tradisi sekiranya meminta isterinya membuka penutup wajah ketika majlis perkahwinan sedang berlangsung.

Isterinya bagaimanapun dalam hujahnya mendakwa mengalami masalah horman dan menyebabkan wajahnya ditumbuhi bulu lebat. Wanita itu turut memberitahu bahawa masalah bulu pada wajahnya boleh diatasi dengan mendapatkan rawatan laser daripada hospital.

Wanita itu sebaliknya mendakwa bahawa suaminya menggunakan hujah tidak tahu dengan keadaan fizikal dan suaranya sebagai alasan untuk menghalau dirinya daripada rumah mereka.

Selepas peguam yang mewakili wanita itu mengemukakan keterangan, lelaki itu bagaimanapun gagal hadir ke mahkamah untuk pembicaraan lanjut. Mahkamah kemudian membatalkan pembicaraan kes tersebut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2018 09:04 AM | Show all posts
Laa...nape tak gi sekodeng2 dulu bakal bini tu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2018 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
spankee_fili replied at 20-6-2018 01:04 AM
Laa...nape tak gi sekodeng2 dulu bakal bini tu..

tak dapat.. kuat berlari, sembunyi kat pokok, main2 selendang.. tika nyanyi pun guna cd, tak dapat dikenal pasti gittuh..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2018 09:53 AM | Show all posts
samasam90 replied at 20-6-2018 09:50 AM
tak dapat.. kuat berlari, sembunyi kat pokok, main2 selendang.. tika nyanyi pun guna cd, tak dapat ...

tetiba pulak ada ketapi lalu kat background...distraction gituh tengok ketapi..

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2018 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
I pernah nmpk kt msia pun ada yg rupa cm mamak/india ada misai janggut, yg pkai tudung n x pakai tudung pun ada
Hairan i kenapa dibiar misai n janggut cmtu
Patut buangla skit
Pelik btul
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2018 10:11 AM | Show all posts
classmate aku dulu pon ada janggut

keturunan org sana gak

tiap harini kena bahan pasal shaver, sian lak kat dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-6-2018 10:46 AM | Show all posts
tak pernah pulak tengok pompuan berjanggut lagi.. takat bermisai atau taik lalat berbulu kat dagu tu ade lah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.056020 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list