View: 2143|Reply: 32
|
[Tempatan]
'Tiada tempat untuk Ismail dalam PPBM'....kesiannyer!!!!
[Copy link]
|
|
PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Perlis menolak hasrat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim, menyertai parti itu selepas mengisytiharkan keluar UMNO malam tadi.
Pengerusi PPBM Perlis, Amier Hassan berkata, parti itu tidak memerlukan pemimpin dari UMNO untuk menyertai parti itu.
Malah katanya, Ismail yang juga adik kepada Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, perlu melihat kemampuan dirinya dahulu sekiranya ingin menyertai PPBM di Perlis.
"Parti ini sudah kukuh dari segi struktur kepemimpinan di dalam negeri ini, meskipun kita (Pakatan Harapan) kalah di Perlis, perbezaan majoriti undi tidak begitu ketara dengan Barisan Nasional (BN).
"Jadi kita tidak perlukan pemimpin UMNO untuk menyertai parti ini kerana dia perlu melihat semula matlamat asalnya dalam perjuangan politik," katanya.
Menurut Amier, tindakan Ismail yang mahu menyertai PPBM juga menunjukkan dirinya sendiri tidak mempunyai pendirian tetap dan setia terhadap parti lamanya.
"Dia sendiri sudah menyatakan secara terangan bahawa sudah hilang kepercayaan terhadap pucuk kepemimpinan UMNO.
"Jika dia betul-betul mahu bercakap soal perjuangan, sepatutnya sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lagi dia sudah buat keputusan ini.
"Ini apabila sudah kalah baru mahu menyatakan sokongan, jadi saya tak mahu sentuh sekiranya beliau (Ismail) mempunyai agenda yang tersendiri dengan keputusan yang dibuat," katanya.
Amier berkata, PPBM tidak perlukan pemimpin UMNO untuk menyertai PPBM kerana ia boleh menyerapkan budaya dan amalan rasuah ke dalam parti itu.
"Kita sudah ada banyak calon dan pemimpin yang lebih berwibawa dari dia (Ismail), jadi tiada tempat untuknya dalam parti ini," katanya.
Berita berkaitan:
• Ismail keluar UMNO, jadi ADUN Bebas
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Jun 2018 @ 1:31 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
menangis bucu katil la jawabnya |
|
|
|
|
|
|
|
Majuk japgi buat parti baru yach |
|
|
|
|
|
|
|
Parti anak beranak dah ada
buat la parti adik beradik pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Plot twist |
|
|
|
|
|
|
|
better be broken than left on the shelf you prick |
|
|
|
|
|
|
|
No money no honey yayang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Buat la parti besday jee....senang...
Kenyang sama sama |
|
|
|
|
|
|
|
tak malu nya, seboleh mgkin nak jgk ada jawatan eh...ayoyoyoyoyoyoyoyoyoyoyo |
|
|
|
|
|
|
|
Olololo kesiannya cik mail. |
|
|
|
|
|
|
|
padan muka..........ingat sesenang je ke bleh lompat parti, pastu dpt lak jawatan
|
|
|
|
|
|
|
|
Wat parti Tupperware la..msti acik2 kt kg suke |
|
|
|
|
|
|
|
Kasihannya, orang-orang politik ni dah macam-macam perangaikan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kan aku dh cakap semalam. Macai umno punya menyalak kemain... |
|
|
|
|
|
|
|
pas dah tunggu lama dah tu.
gi arr isik borang.
nape suma puak umngok terhegeh2 nak join ph nih?
pas kat sebelah tu nak buat pe?? |
|
|
|
|
|
|
|
Kahkahkah cash sgat kau mail! Satu tindakan tepat oleh ppbm, tahniah! |
|
|
|
|
|
|
|
Mael ni aku penah jumpa, org nya baik, the opposite of Shahidan, tapi terus terang dia ni tak berapa ceredik... I think Ppbm Perlis tau bends nih, tu pasal depa rasa tak rugi rijek Mael nih |
|
|
|
|
|
|
| |
|