|
ANWAR JANGAN BERLAGAK BIJAK..
Dia, Anwar Ibrahim, yang mendapat pengampunan Agong kes sodomi, menegur tindakan Lim Guan Eng (LGE), menteri kewangan, yang mendedahkan berbagai skandal Najib Razak.
Kononnya pendedahan LGE itu boleh menakutkan para pelabur asing.
Ini pendapat bekas menteri kewangan era UMNO yang gagal memulihkan ekonomi negara selepas diserang oleh George Soros terhadap berbagai matawang negara2 Asia pada tahun 1997.
Melihat dari sejarah Anwar sebagai bekas menteri kewangan tidak ada satu usaha yang dianggap paling baik darinya untuk mengatasi krisis ekonomi negara.
Dia mengemis nasihat IMF untuk mengatasi krisis kewangan 1997.
Dalam keadaan negara dan rakyat menderita akibat serangan Soros IMF nasihati Anwar naikkan bayaran bulanan kad kredit dari 5% menjadi 15%, tarik subsidi berbagai produk.
Itu nasihat IMF hendak menggulingkan kepimpinan Dr Mahathir yg menjadi PM, bukan bertujuan mengatasi kemelut ekonomi negara.
Mahathir dapat menghidu komplot Anwar dengan IMF untuk menumbangkan kerajaan pimpinannya.
Terus disingkir Anwar dan Mahathir dengan tenaga pakar ekonomi tempatan dapat menyelamatkan negara dan memulihkan ekonomi lebih cepat dari semua negara2 di Asia.. Itu buktinya.
Anwar jangan kelentong.
Apa jadi pada Suharto yang dipaksa menerima nasihat IMF?
Dia digulingkan bila berlaku rusuhan besar-besaran di Indonesia.
Mengapa IMF boleh memaksa Suharto menarik balik subsidi minyak kepada rakyat Indonesia?
Kerana Indonesia berhutang beratus juta dolar dari IMF.
Tapi Malaysia, bawah Mahathir, tidak berhutang dengan IMF.
Jadi IMF tidak boleh memaksa Malaysia menerima nasihatnya yang disokong Anwar.
Hari ini menteri kewangan LGE, bukan Anwar. LGE boleh bertindak proaktif sesuai dengan hasrat Tun M yang memimpinm kerajaan PH.
Memang wajar LGE mendedahkan segala puaka, iblis dan syaitan yang menguasai Kem.
Kewangan bawah Najib.
Jangan ingat Bank Dunia, IMF dan rating agencies dunia tidak tahu apa yang berlaku di Malaysia, dan segala penyelewengan Najib sebagai PM merangkap menteri kewangan.
Mengapa perlu Anwar menegur LGDE yg melaksanakan amanah rakyat dan kerajaan PH?
Apakah dia kongkolikong dengan Najib pula?
Apakah agenda tersembunyi Anwar kali ini?
Nampaknya Anwar tidak belajar darti kelemahan pimpinannya di masa lalu.
Tunjukkan suatu tindakannya yg super bijaksana selaku menteri kewangan di masa lalu?
Nahe,nahe. Kosong beb.
Mengatasi ekonomi negara yg tenat seperti sekarang tidak perlu retorika, jampi mantra, teguran kosong dari orang yang gagal sebagai bekas menteri kewangan.
Tun M bukan ahli ekonomi tetapi dia punya taraf intelektuil yg tinggi, tidak egoistis, sanggup menerima dan mendengar nasihat dari ahli-ahli yg pakar bidang ekonomi.
Inilah cara terbaik kalau hendak menjadi PM atau pemimpin yg berwibawa, ada integriti, tidak egoistis, berilmu, merendah diri, berpegang pada tali Allah.
- Pak Yahaya Ismail |
|