CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1148|Reply: 2

[Tempatan] Kerajaan baharu tidak perlukan organisasi orang tengah. Kroni BN hilang job

  [Copy link]
Post time 21-6-2018 12:00 AM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR - Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran berkata, kementerian akan mengurangkan kebergantungan pihak orang tengah seperti syarikat konsesi My EG Services Berhad (Myeg) dalam mengendalikan pengambilan buruh asing kerana dilihat tidak relevan.

“Kerajaan mengambil langkah ini bukan sahaja terhadap Myegn tetapi juga organisasi orang tengah yang lain. Semua organisasi ini tidak perlu kerana sudah ada kerajaan, kenapa perlu ada organisasi yang memainkan peranan kerajaan.

"Terdapat kakitangan kerajaan mencukupi mengendalikan perkara ini. Itu yang kami dapat lihat dari segi gambaran lebih besar, itulah apa yang kami mahu capai. Kami akan rumuskan dasar formatif dalam waktu terdekat," katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan cek bagi dana Tabung Harapan Malaysia oleh Malaysian Indian Metal Traders and Recyclers Association berjumlah RM50,000.            

Sementara itu, Kula Segaran berkata, Malaysia sedang mengadakan perbincangan dengan kerajaan Singapura untuk berkongsi kaedah terbaik pengurusan buruh asing yang boleh digunakan di negara ini.

Katanya, mekanisme dilaksanakan di negara jiran itu akan dapat mengatasi isu buruh asing di negara ini seperti pekerja asing lari kepada majikan lain atau melarikan diri.

"Kita ada atase di Suruhanjaya Tinggi di Singapura dan kita sedang dalam perbincangan mengenai beberapa perkara yang boleh diguna pakai.

"Ia bagi mengelakkan pekerja asing lari kepada majikan lain atau melarikan diri serta ejen yang membawa masuk pekerja asing ke negara ini bagi tujuan perniagaan," katanya. - Bernama

       
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2018 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
katanya urusan Visa M'sia di outsource pada company dgn bayaran 300 - 400 inggit, tapi yg gomen dapat dalam 30-40 inggit aje, betul ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok la..ape jela yg bn buat smpi bazirkn duit rakyat..tolong kroni ke hape?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.060032 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list