View: 1666|Reply: 12
|
[Tempatan]
500 ahli keluarga berhimpun di Hari Raya. Perlunya pakaian sedondon
[Copy link]
|
|
Himpunan 150 tahun keluarga Rahmat
20 Jun 2018
Kira-kira 500 ahli keluarga berhimpun sempena 150 tahun Keluarga Rahmat di di Madrasah Ar-Rahmah, Kampung Solok Gaung, Bukit Lintang di sini.
MELAKA TENGAH - Hampir 500 anggota keluarga Rahmat berhimpun sempena 150 tahun usia keluarga berkenaan yang diadakan di Madrasah Ar-Rahmah, Kampung Solok Gaung, Bukit Lintang di sini.
Perhimpunan 150 tahun Keluarga Rahmat itu, bertemakan 'Berkat Muafakat' dianggap terbesar berbanding dua kali penganjuran sebelum ini.
Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran, Amran Zainal ketika menyampaikan ucapan berkata, pihaknya bersama ahli jawatankuasa terutama lapan induk Keluarga Rahmat akan sentiasa memikirkan kaedah terbaik bagi penganjuran akan datang.
"Kami sudah bergerak sejak hampir lima bulan bagi memastikan program kali ketiga ini berjalan dengan baik dan lagi baik dari penganjuran sebelum ini.
"Justeru, saya mengharapkan sekiranya ada buah fikiran lebih baik daripada pertemuan ini dapat kita kembangkan pada masa akan datang," katanya.
Secara keseluruhannya terdapat kira-kira 1,400 ahli berdaftar di bawah keluarga ini yang membabitkan lebih lima generasi.
Daripada 500 anggota keluarga yang hadir menyaksikan usia tertua adalah 90 tahun, manakala paling muda berusia enam bulan.
Antara aktiviti yang disajikan adalah persembahan bacaan ayat suci al-Quran, sesi ceramah agama oleh Ustaz Fuad Ali, gotong royong dan jamuan. |
|
|
|
|
|
|
|
kucen_miang replied at 20-6-2018 08:20 AM
siapa rahmat?
Dalam gambar itu lah ...u cari sendiri .... |
|
|
|
|
|
|
|
Boringnya aktiviti |
|
|
|
|
|
|
|
Mujur bukan ahli keluarga rahmat.
Tapi kalau ya pun... pasti tak join perhimpunan ni.
Tak koser.... aktiviti pun membosankan.
Hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Dwdrum replied at 21-6-2018 01:12 AM
Dalam gambar itu lah ...u cari sendiri ....
hahaha... rahmat 150 tahun dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan.. |
|
|
|
|
|
|
|
elok la colourful.dari sedondon ramai2 gini.mcm uniform. |
|
|
|
|
|
|
|
boring je gathering mcm ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
gigihnya laaa..tak kuasa aku nak buat gini |
|
|
|
|
|
|
|
Dah ramai, bergamabr pun kecit sgt x jelas muka masing2 |
|
|
|
|
|
|
|
Last year family belah ayah pon plan nak buat camni..konon nak kumpul reramai,4 generasi uolls..tapi Raya dah 2x tetap senyap sunyi..masing2 pon malas kot,xkoser la chuolls |
|
|
|
|
|
|
| |
|