CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14486|Reply: 188

[Tempatan] Najib tak tahu duit 1MDB dalam akaunnya

  [Copy link]
Post time 21-6-2018 06:26 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan bahawa beliau tidak sepatutnya dipersalahkan berikutan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang membabitkan berbilion dolar Amerika Syarikat. Malah beliau mendakwa tidak mengetahui apa-apa mengenai wang daripada dana itu yang muncul dalam akaun peribadinya.

Najib yang partinya tewas dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu selepas satu dekad berkuasa kerana skandal 1MDB, digambarkan Peguam Negara Amerika Syarikat (AS) Jeff Sessions sebagai ‘kleptokrasi paling buruk’. Beliau dalam beberapa komennya mengenai skandal 1MDB berkata, tidak tahu menahu adanya beratus-ratus juta dolar yang bergerak melalui akaun peribadinya adalah dari 1MDB dan sama ada wang dari dana itu akhirnya dicuci untuk memperoleh aset secara global, termasuk kapal layar, lukisan, permata dan hartanah mewah.

“Saya tidak berpesta dengan kapal layar, lukisan. Saya tidak pernah melihat lukisan itu.

“Saya tidak menyedari pembelian ini. Ini dilakukan tanpa pengetahuan saya. Saya tidak akan membenarkan dana 1MDB untuk digunakan untuk mana-mana perkara ini.

“Saya sudah lama berkhidmat dalam kerajaan, saya tahu apa yang betul dan apa yang salah,” kata Najib dalam wawancara yang diadakan di sebuah vila mewah yang menghadap laut di sebuah hotel lima bintang di Langkawi.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Selasa memberitahu Reuters yang pihak berkuasa mempunyai ‘kes yang hampir sempurna’ terhadap Najib atas tuduhan penggelapan, penyelewengan dan rasuah yang dikaitkan dengan 1MDB.

Dalam pada itu Najib berkata, Lembaga Pengarah 1MDB mempunyai tanggungjawab untuk memberitahunya jika ada sebarang perkara yang salah.

Santai dengan kemeja T hitam dan seluar warna coklat, Najib memberitahu bermain golf, menikmati makanan dan meluangkan masa bersama keluarganya.

Keluarganya menempah vila untuk meraikan hari raya bersama-sama.

Anak Najib, termasuk anak tirinya Riza Aziz, seorang produser filem Hollywood turut bersama dengannya untuk minggu ini, menurut pembantunya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Jun 2018 @ 11:54 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2018 06:38 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 06:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalah dlm pru 14 menyebabkn najib separuh mereng.. putar ler selagi boleh.
Jgn hjg2 jd mental udah ler.
Ko ingat harta segunung boleh beli ketenangan ke..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah makin mental najib ni....
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Babi apa kau xtau duit apa berbilion masuk akaun kau. Tipu sebegini cacai jah yg percaya @badaksumbu @kemaruk @tobby @JohnnySins @silencekiller
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2018 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts

Beg Birkin Hermes semua tu menantu yang bagi-Najib

LANGKAWI - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau tidak sepatutnya dipersalahkan atas skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Malah beliau juga mendakwa tidak tahu mengenai wang berbilion dolar yang berada di dalam akaun peribadinya.

Namun, beliau mempunyai penjelasan mengenai jumlah wang tunai, beg tangan mewah dan barang kemas yang dirampas dari kediamannya oleh pihak berkuasa.

Bercakap kepada Reuters dalam temu bual pertama beliau sejak kekalahan mengejut dalam PRU14 pada 9 Mei lalu, Najib berkata, penasihatnya dan pihak pengurusan 1MDB, secara tidak sengaja melibatkan dirinya terhadap dakwaan menggelapkan dana tersebut.

Perdana Menteri yang baharu Tun Dr Mahathir Mohamad pada Selasa lalu, memberitahu Reuters bahawa pihak berkuasa mempunyai kes yang hampir sempurna terhadap Najib atas tuduhan penggelapan, penyelewengan dan rasuah yang dikaitkan dengan 1MDB.

Najib, dalam beberapa komen terdahulunya mengenai skandal 1MDB berkata, beliau tidak tahu jika ratusan juta dolar yang berada di dalam akaunya adalah berpunca dari sumber 1MDB hingga terjerat ke perolehan aset secara global seperti kapal layar, lukisan, permata dan hartanah.

"Saya tidak terlibat dengan tuduhan kapal layar, lukisan ... Saya tidak pernah melihat lukisan itu.

"Saya tidak sedar pembelian tersebut. Ini dilakukan tanpa pengetahuan saya. Saya tidak akan membenarkan dana 1MDB digunakan untuk perkara seperti ini. Saya sudah lama berkhidmat dalam kerajaan, saya tahu apa yang betul dan apa yang salah, "katanya ketika bercuti di Langkawi baru-baru ini.

Najib juga menyalahkan Lembaga Pengurusan 1MDB kerana mereka tidak memaklumkan kepadanya jika berlaku salah laku dalam pengurusan syarikat tersebut.
Hadian perkahwinan

Kumpulan penyiasat percaya, Najib dan isterinya, Rosmah Mansor mengumpulkan banyak kekayaan dan harta dengan menggunakan dana dari kerajaan.

Hampir 300 kotak beg berjenama dan puluhan beg lain yang dipenuhi dengan wang tunai dan barang kemas antara barangan dirampas oleh polis dalam serbuan dibeberapa kediaman bekas perdana menteri itu termasuk beg berjenama Hermes Birkin masing-masing mencecah nilai ratusan ribu dolar.

Najib berkata, rampasan itu menimbulkan persepsi negatif tetapi kebanyakkannya adalah hadiah diberikan untuk isteri dan anak perempuannya dan tiada kaitan dengan 1MDB.

"Ya, ini adalah hadiah, terutamanya kepada anak perempuan saya, kebanyakkanya adalah hadiah ketika perkahwinannya .

Najib berkata, menantunya Daniyar Nazarbayev, yang merupakan anak saudara Presiden Kazakstan Nursultan Nazarbayev, juga memberikan banyak hadiah kepada Rosmah.

"Orang mungkin sukar difahami, tetapi menantu saya misalnya, dia mendapat Birkin dari sumbernya sendiri, jadi ia tiada kaitan dengan 1MDB," katanya.

Beliau juga berkata, RM114 juta yang ditemui di rumah adalah dana parti milik Umno di mana beliau menjadi Presiden sehingga beliau meletak jawatan selepas kekalahan BN pada PRU14 lalu.
Permata merah jambu

Pendakwa Amerika Syarikat mendakwa, lebih daripada AS$4.5 bilion dana 1MDB terlibat dalam urus niaga yang kompleks.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) sebelum ini telah menuntut tindakan undang-undang melibatkan aset kira-kira AS$1.7 bilion yang dipercayai dicuri dari 1MDB.

Beberapa aset lain yang masih dicari termasuk lukisan Picasso, hartanah mewah di California Selatan dan New York, saham dalam syarikat pengeluaran perfileman Hollywood, kapal layar AS$265 juta, lebih daripada AS$200 juta barang kemas termasuk 22 karat berlian merah jambu dan kalung.

Najib berkata, set barang kemas itu adalah hadiah untuk isterinya tetapi beliau tidak pernah menerimanya.

"Dan sehingga hari ini saya tidak tahu ... dia mengatakan item itu tidak berada dalam simpanannya," katanya.

Dalam temu bual itu, Najib buat kali pertama juga bercakap tentang ahli perniagaan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

Penyiasat Amerika dan Malaysia menganggap Jho Low yang paling mendapat manfaat daripada dana 1MDB.

Najib juga merasakan hubungan Jho Low negara di Timur Tengah terutama Arab Saudi boleh membantu menarik lebih banyak pelaburan ke Malaysia.

Namun, beliau berkata, beliau tidak pernah mengarahkan Jho Low untuk terlibat dalam 1MDB dan tidak mempunyai kawalan ke atas apa yang dilakukannya.

"Saya tidak memberikan arahan kepadanya, tetapi dia secara sukarela melakukan perkara-perkara tertentu, yang menurutnya dapat membantu 1MDB. Tetapi setiap tindakkannya adalah tanggungjawab pengurusan dan lembaga," katanya.
Hubungan Arab Saudi

Najib secara konsisten menafikan sebarang salah laku dalam 1MDB. Beliau berkata, AS$681 juta dipindahkan ke akaun bank peribadinya adalah derma dari Arab Saudi dan bukan dari dana 1MDB.

Najib berkata, beliau diberi jaminan dari Allahyarham Raja Abdullah bin Abdulaziz Al Saud bahawa Arab Saudi akan menghantar sumbangan.

"Apa yang saya tahu, saya menerima wang itu dari Raja Abdullah,” katanya.

Menurutnya, beliau tidak mengetahui apa-apa urus niaga yang melibatkan akaun peribadinya, kerana beliau telah melantik Pengarah SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil untuk menguruskannya.

SPRM telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Nik Faisal namun sehingga kini belum ada sebarang tangkapan dibuat.
Tidak akan lari

Bekas perdana menteri itu berkata, beliau bertekad untuk tinggal di Malaysia dan berjuang mengekang segala tuduhan itu walaupun berhadapan akan dipenjarakan.

"Tidak, saya tidak pernah bercadang untuk lari kerana jika saya berbuat demikian saya ada dianggap bersalah.

"Saya tidak boleh menjadi buruan untuk sepanjang hayat. Saya mahu membersihkan nama saya dan keluarga," katanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2018 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Bulsit laaa...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Komen stail Najib
1. Saya tak bersalah
2. Saya tak tahu menahu
3. Hadiah dari.....Arab, dari menantu
4. Play victim
5. Buat muka kesian mcm babi

Panas nau nampaknya ya Jibbun. Awak punya tandatangan merata-rata dalam skandal 1Mdubo. Mana mau larik Jibbun. Nanti dalam mahkamah bolih kasi explain. Memekak dalam media buat hape... nampak macam bodo ada la. OK Jibbun....nanti mshkamah bolih cakap. Kita public nak dengar juga dan mahu tengok Jibbun punya tai-chi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2018 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Nanti dalam mahkamah bolih explain pasal apa itu Arob Bodo derma sama Jibbun RM2.6 billion. Siapa, mengapa, bagaimana, bila, dimana.... kasi explain sama mahkamah kaw2 taww Jibbun
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
tenang je jawapan
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang yg suka menfitnah adalah orang yg kuat menipu. Seperti babi dan taik babi. Sendiri berak, sendiri makan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 07:54 AM | Show all posts
maigaddddd....
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Kaya menantu beliau..kije apo
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 08:23 AM | Show all posts
meluat plak aku tengok...gari je terus
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Xder sekelumit rasa bersalah yerr
Keras hitam betul hatinyer
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 08:45 AM | Show all posts
Jadi betullah Najib tak sedar apa yang dia buat sebab dah kena mandrem dgn Rosmah......kalau ikut dari jawapan dialah ...macam baru terjaga dari mimpi gitu...terpinga2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2018 08:49 AM | Show all posts
ye mmg hadiah2 beratus riban tu pemberian ikhlas tanpa mengharap balasan
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 08:57 AM | Show all posts
Berbelit belit sudah

mula2 kata derma bukan 1mdb
lepas tu tak tahu duit dalam akaun
lepas tu tak tahu duit 1mdb diguna beli barang mewah
dan beg mewah hadiah kpd isteri dan anak perempuan
dan hadia dari menantu lah

belit-belit macam ular sawa

entah mcm mana dia spin masa dibicarakan nanti
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 08:58 AM | Show all posts
wow. bertuahnyaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 09:16 AM | Show all posts
Najib juga menyalahkan Lembaga Pengurusan 1MDB kerana mereka tidak memaklumkan kepadanya jika berlaku salah laku dalam pengurusan syarikat tersebut.
Hadian perkahwinan


bukan dia pun dalam lembaga 1mdb jugak ker?

"Orang mungkin sukar difahami, tetapi menantu saya misalnya, dia mendapat Birkin dari sumbernya sendiri, jadi ia tiada kaitan dengan 1MDB," katanya.


yang nie mak si daniel yg suka beli...tapi sumber pembayaran dari kerajaan msia... berhutang beberapa juta sampai interpol pun terlibat sekali...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:02 PM GMT+8 , Processed in 0.075035 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list