|
[Tempatan]
Najib tak tahu duit 1MDB dalam akaunnya
[Copy link]
|
|
mmg kebanyakannya semuanya gift..
ade informer dari satu kompeni ni bitau,.. mase lawatan "beliau", mase nak balik... PA dia ckp "beliau" nak handbag jenis sekian sekian.... skali ngan PA dia punya skali...
being company who are looking for opportunities, terpaksa laa beli dan bagi kat beliau... dpt project.. masukkan as cost...
|
|
|
|
|
|
|
|
Muhyiddin kata PM akui RM2.6 bilion dalam akaun
29 Jul 2015, 7:41 malam (Dikemaskini 30 Jul 2015, 11:14 tengahari)
A A
Satu rakaman video menunjukkan Tan Sri Muhyiddin membincangkan mengenai dakwaan bahawa wang jutaan ringgit dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi perhatian hari ini.
Video sepanjang 53 saat itu menunjukkan bekas timbalan perdana menteri itu berbual dengan beberapa orang tetamu di kediamannya, antaranya Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir dan bekas menteri, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.
Sebahagian daripada rakaman itu tidak dapat didengar dengan jelas, namun secara umum, Muhyiddin dalam video itu nampaknya membangkitkan bahawa beliau sudahpun bersemuka dengan Najib berhubung dakwaan tersebut.
Ia berhubung dakwaan yang dilaporkan The Wall Street Journal pada 3 Julai lalu, bahawa penyiasat Malaysia mendapati wang sebanyak hampir AS$700 (RM2.6 bilion) juta dipindahkan ke akaun peribadi Najib.
Susulan laporan WSJ, Najib menafikan menggunakan dana awam untuk kepentingan peribadi dan menuduh bapa Mukhriz, bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi dalang untuk menjatuhkannya.
Dalam video itu, Muhyiddin memberitahu para tetamu bahawa beliau sudah bertanya mengenai sumber wang tersebut dan mendapat jawapan bahawa dana berkenaan diperolehi daripada seorang individu di Timur Tengah.
"Then saya kata kenapa masuk akaun you? Kenapa masuk akaun Najib Razak?," soal Muhyiddin.
"Dia mengaku. Jadi saya tanya: Mengapa letak dalam akaun peribadi sendiri?,” kata Muhyiddin lagi dalam bahasa Inggeris.
Ketika dihubungi, Abdul Kadir mengesahkan bahawa perbualan itu sememangnya berlaku namun menegaskan bahawa ia tidak sepatutnya dirakam.
Beliau juga enggan memberi pandangannya mengenai isi perbualan berkenaan.
"Saya tidak mahu komen mengenainya. Ia adalah perbualan tertutup. Ia tidak sepatutnya dirakam.
"Mukhriz sudah meminta hadirin supaya tidak merakamnya,” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi petang ini.
Berikut adalah transkrip penuh perbualan:
Muhyiddin: I asked him (Najib) from whom? He did not mention siapa nama dia, from somewhere in the Middle East.
Berapa banyak? Lepas tu dia ..(tidak jelas)... susah nak kiralah. Dia kata 'a lot', 'a lot'.
Then saya kata kenapa masuk akaun you? ... (tidak jelas) ... kenapa masuk akaun Najib Razak? Duit berapa? 700 million US dollar. Kalau kali tiga point something... 2.6 billion that goes into his personal account.
Ini dia sebut. He admitted. So I said why did you put into your personal account?
Tanye je kene pecat |
|
|
|
|
|
|
|
once a day. Subscribe now!
Email
Search for stories...
Mula-Mula Tiada, Lepastu Ada. Ini 8 Kenyataan Putar Belit UMNO Tentang Derma RM2.6 Bilion
BY ZAIDI AZIZ — 27 JAN 2016
Jika orang tanya dapat duit banyak-banyak dari mana? Apa akan anda jawab? Hanya UMNO boleh beri jawapan.
Cover image via SAYS
Pada 3 Julai 2015, kecoh satu Malaysia apabila berita mengenai RM2.6 bilion dikaitkan dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.
966c
Image viawww.freemalaysiatoday.com
The Wall Street Journal melaporkan bahawa penyiasat Malaysia mendapati wang sebanyak hampir AS$700 (RM2.6 bilion) telah dipindahkan ke akaun peribadi Najib.
Selepas isu ini kecoh, berikut adalah kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Najib dan seteru UMNO beliau:
Kenyataan #1: Datuk Ahmad Maslan nafi Najib terima RM2.6 bilion dalam akaun peribadi
“Tidak betul. Tidak ada pengaliran (wang ke akaun Perdana Menteri) dan sebagainya. Sebenarnya Presiden parti telah berikan taklimat kepada kami Ahli Majlis Tertinggi tentang perkara itu. Beliau tidak pernah menggunakan wang 1MDB masuk ke dalam akaunnya,” kata Ahmad Maslan.
freemalaysiatoday.com
Ba60
Image viakualalumpurpost.net
Kenyataan #2: Menyatakan ia adalah konspirasi pembangkang
Selepas isu itu menjadi viral, Najib mendakwa bahawa beliau difitnah dan ia mungkin juga konspirasi dari pembangkang yang ingin menjatuhkannya.
Walaupun begitu, tiada sebarang bukti yang mengatakan ini adalah strategi pembangkang untuk menjatuhkan Najib.
D8bc
Image viazouldahanblog.blogspot.my
Kenyataan #3: Ingin mengeluarkan saman terhadap Wall Street Journal
Kedengaran juga selepas isu itu menjadi buah mulut orang ramai, Najib hendak mengenakan saman terhadap Wall Street Journal kerana baginya itu adalah satu fitnah yang ingin menjatuhkan imej dirinya sebagai pemimpin negara.
Bagaimanapun, ternyata tiada sebarang saman dibuat oleh Najib. Adakah ini bermaksud Najib mengakui laporan yang dibuat WSJ?
06eb
Image viautusandaily.blogspot.my
Datuk Seri Najib Razak tidak akan memfailkan tuntutan saman fitnah terhadap Wall Street Journal (WSJ) di Amerika Syarikat (AS) kerana beliau bukan personaliti terkemuka di negara itu untuk memperoleh nilai ganti rugi lebih tinggi, kata peguamnya.
themalaysianinsider.com
Kenyataan #4: Tiba-tiba mengaku ada RM2.6 bilion tapi itu bukan duit rakyat mahupun 1MDB
Selepas isu tersebut menjadi bualan ramai, ada yang mendakwa itu sebenarnya adalah duit rakyat yang 'dirompak' kerajaan selama ini dan ada juga yang mengatakan ia adalah wang dari akaun 1MDB yang turut menjadi isu hangat ketika itu.
Tetapi, Najib tetap menafikan tuduhan tersebut.
F0e4
Image viawargamarhaen.blogspot.my
“Hasil siasatan mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sumbangan penderma, dan bukannya dari dana 1MDB,” kata SPRM.
malaysiakini.com
Kenyataan #5: Mengaku terima wang tersebut tetapi ia sebenarnya duit derma
Satu rakaman video menunjukkan Tan Sri Muhyiddin membincangkan mengenai dakwaan bahawa wang jutaan ringgit dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menjadi perhatian.
Video sepanjang 53 saat itu menunjukkan bekas timbalan perdana menteri itu berbual dengan beberapa orang tetamu di kediamannya, antaranya Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir dan bekas menteri, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.
malaysiakini.com
Dan setelah isu itu menjadi viral, Najib akhirnya mengaku bahawa memang beliau menerima sejumlah wang tersebut tetapi hanyalah atas sebab derma dan tiada kena-mengena dengan wang rakyat seperti yang didakwa.
Kenyataan #6: Memberitahu bahawa duit derma tersebut datang dari kerajaan Arab Saudi
Najib akhirnya mendedahkan bawah dana itu disumbang oleh kerajaan Arab Saudi tanpa niat lain selain sebagai tanda penghargaan negara tersebut kepada Malaysia yang memperjuangkan Islam.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau secara peribadi bertemu dengan wakil "keluarga" dari Timur Tengah yang menderma AS$700 juta (RM2.67 bilion) kepada Datuk Seri Najib Razak.
themalaysianinsider.com
Dalam perjumpaannya itu, Zahid memberitahu Malaysia bukan satu-satunya negara yang mereka salurkan sumbangan tetapi terdapat banyak negara lain yang mesra Islam yang turut mereka beri derma.
Dae6
Image viawww.themalaysianinsider.com
Dalam masa yang sama, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata itu adalah perkara biasa dan bukanlah isu yang besar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata tiada salahnya seseorang menerima pemberian wang sebanyak itu asalkan mendapat kebenaran penerima dan tidak menafikan hak mereka yang patut menerimanya.
themalaysianinsider.com
Kenyataan #7: Guna dana untuk kemajuan parti
Setelah itu, Najib memberitahu bahawa dana tersebut akan digunakan untuk kemajuan parti.
Tujuan utama sumbangan berkenaan diberikan kepada kerajaan yang ditunjangi UMNO ini adalah untuk memastikan Malaysia dapat meneruskan perjuangan demi agama Islam seperti yang dilakukan sebelum ini.
sinarharian.com.my
D5e1
Image viawww.astroawani.com
Menurut Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, terdapat tiga sebab mengapa 'dana khas' ini diberi.
1. Pemberian sumbangan ini ialah Malaysia mempunyai undang-undang khusus untuk mengekang keganasan kumpulan militan yang mampu menganggu-gugat keharmonian global.
2. Umno juga yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperjuangkan Islam dan mengamalkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah, serta mengekang ajaran yang menyeleweng daripada Islam sebenar.
3. Derma berkenaan adalah untuk mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara sederhana yang menjalankan hukum Islam biarpun terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum
Kenyataan #8: Duit derma dipulangkan semula. Hmmm kenapa?
Dan semalam media melaporkan bahawa Najib memulangkan semula sebahagian besar dana Rm2.6 bilion yang diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, berkata sebanyak USD620 juta atau RM2.03 bilion dikembalikan semula pada Ogos 2013 kerana tidak digunakan.
freemalaysiatoday.com
Menurutnya lagi, berdasarkan keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan, beliau berpuas hati bahawa tidak terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung sumbangan dana RM2.08 bilion tersebut.
Ab95
Image viaimgur.com
Menariknya, kerajaan Arab Saudi tidak mengetahui sebarang berita mengenai derma ini. Eh?
B1be
Image viaimgur.com
Kementerian kewangan dan kementerian luar negara Arab Saudi tidak tahu menahu berkaitan sumbangan daripada kerabat diraja negara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Pegawai-pegawai kerajaan Saudi, ketika enggan mengulas secara khusus terhadap kenaytaan pendakwa, berkata kementerian luar dan kewangannya tiada maklumat berhubung pemberian sebegitu dan sumbangan diraja ke akaun peribadi pemimpin luar tidak mempunyai duluan," menurut laporan WSJ.
malaysiakini.com
Pulak dah? |
|
|
|
|
|
|
|
org boleh masukkan duit dalam acc anda tanpa kebenaran anda...betul??? janji mereka tahu no acc anda...no acc bukan benda susah nak dapat... |
|
|
|
|
|
|
|
pemimpin cenggini macai puja2...semua tak tau..jadi chairman 1MDB pun tak tau apa...senang je laa kena tipu dgn org bwh gitu...pemimpin bodo pujaan macai
|
|
|
|
|
|
|
|
dia menang cabutan bertuah familyday umngok cawangan pekan kot?
|
|
|
|
|
|
|
|
kaya nau nau menantu. kije apa |
|
|
|
|
|
|
|
sejak najib tipu dia tak kenal jho low pastu kantoi gambo dlm yacht...aku mmg lsg tak caya najib ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Najib ni masih dalam stage denial kaa.. yerla first time bole la guna alasan i donch know anything dah terlepas ie. kes altantuyah tp skrg ni tak mungkin ko terlepas lg.. takkan nak guna alasan i donch know jugakkkk |
|
|
|
|
|
|
|
menantu beliau kaya betul walaupun hanya anak tiri kepada adik presiden kazaks. |
|
|
|
|
|
|
|
org belum tanya lagi dia dah melalak sana sini, diam2 suda la...
nti kat mahkamah jawapla semua.....bodoh sungguh |
|
|
|
|
|
|
|
najib tak register online banking ke?
dia tak pernah check balance dan tak tau ada transaksi dalam akaun dia
alih alih ada bilion bilion dalam akaun
untunglah najib oi... |
|
|
|
|
|
|
|
jawapan selamatkan diri sendiri laa tu..seme mende dia xtau..lepas tu buat muka sedih..dah tu nak salahkan bini sendiri ke mcmana ni??dah rupa bini ko plak yg tau seme mende..ntah apa2.. |
|
|
|
|
|
|
|
dulu kata duit tu derma dr pak arab..skg ni tukar saya tak tau camana duit tu masuk ke akaun peribadi saya
dia dgn arul kanda mmg sekepala, a bad serial liar!
|
|
|
|
|
|
|
|
xpayahla nak taksub sangat dgn pemimpin baru..2 x 5 je la |
|
|
|
|
|
|
|
Uish
Maknanya banyak benor duit smpi x sedor.duit ada dlm akaun...
Kalau rakyat biasa.cm.kita.ni masuk rm1k pon dh rasa rahmat besor la...sebab tetibe masuk.kan...hahahah |
|
|
|
|
|
|
|
Hamboihhh kayanya menantu nak bagi handbag hermes! Berlori-lori handbags, takde keje lain ke nak belikan mak mentua beg?? |
|
|
|
|
|
|
|
Siasat menantu dia lak |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan risau jibbon, kau akan terbukti tak bersalah bila tokdet nak jatuhkan bangnon. Politahik kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalo terima hadiah.kena tahu dari siapa. mengapa dpt hadiah. kalo pihak berkepentingan akan sabit akta sprm. menerima suapan.
kalo beli sendiri. duit dari mana kemewahan melampau. mewah melebihi emolumen sbg perdana menteri. adakah duit dari tuntutan palsu. atau rasuah. akta sprm. |
|
|
|
|
|
|
| |
|