CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1293|Reply: 15

[Tempatan] Lelaki main mercun sebabkan budak maut ditangkap

[Copy link]
Post time 21-6-2018 06:32 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
LELAKI berusia 35 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut terkena serpihan mercun, di FELDA Papan Timur, Kota Tinggi, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ashmon Bajah berkata, lelaki terbabit ditahan pasukan siasatan khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi di felda terbabit pada jam 1.30 petang tadi.

“Bertindak atas maklumat siasatan dan risikan pasukan tangkapan khas terbabit yang diketuai Pegawai Jabatan Siatan Jenayah (JSJ), Inspektor Davendran, menahan suspek lelaki berusia 35 tahun.

“Lelaki tempatan itu ditahan di kawasan FELDA Papan Timur pada jam 1.30 petang hasil maklumat siasatan dan risikan pasukan tangkapan khas yang dibentuk,” katanya dalam kenyataan, di Johor Bahru hari ini.

Beliau berkata berikutan tangkapan itu, kes berjaya diselesaikan.

“Kertas siasatan akan dirujuk segera kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut,” katanya.

Katanya, pasukan siasatan khas itu ditubuhkannya sejak 18 Jun lalu sejurus kes terbabit dilaporkan, selain beliau sendiri mengetuai pasukan yang dibentuk itu.

Akhbar hari ini melaporkan selepas empat hari berjuang untuk hidup, akhirnya Nuraqira Khaeefa Mohd Saad, 7, menghembuskan nafas terakhir kelmarin tanpa sempat mengenakan baju raya.

Dia koma selepas kepalanya terkena serpihan bekas mercun ketika bersama sepupu membersihkan halaman rumah datuknya di FELDA Papan Timur, Kota Tinggi, Johor malam Aidilfitri lalu,

Nuraqira Khaeefa meninggal dunia jam 7 malam kelmarin selepas koma empat hari apabila kepalanya terkena serpihan bekas mercun yang meletup, terpelanting dan terlekat di kepalanya pada malam Aidilfitri lalu.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Kota Tinggi (HKT) sebelum dirujuk ke HSA pada hari sama.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Jun 2018 @ 9:39 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2018 06:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat kl org jual mercun siap pasang 2-3 khemah tepi jalan. Mungkin pihak berkuasa x perasan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 06:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah tua bangka pun main mercun.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Hinanya. Tua bangka main mercun.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 08:06 AM | Show all posts
cina main mercun .. okie jer ... tak dok yang cedera or mati...
melayu main mercun .. sampai putuih tangan .. jari .. buter mata dan mati ...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 08:12 AM | Show all posts
melayu..posa hari pertama pon dah putus jari.. .sampai hujung remdhzon putus habis nyawa... klau nyawa sendiri takpa, ni nyawa orang lain... tak guna punya lahanat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2018 08:22 AM | Show all posts
MissNigga replied at 21-6-2018 08:06 AM
cina main mercun .. okie jer ... tak dok yang cedera or mati...
melayu main mercun .. sampai putuih ...

ya Allah sis! meols terfikir benda sama. dah kenapa bangsa lain main, elok sempurna jer hasilnya (ke ada kes2 terpencil yg x dilaporkan). tp kalau melayu, ada jer yg terkorban or jadi cacat. pelik2 lah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
MissNigga replied at 21-6-2018 08:06 AM
cina main mercun .. okie jer ... tak dok yang cedera or mati...
melayu main mercun .. sampai putuih ...

Ank murid me yg cina pnh citer..klu bkr mercun org dewasa yg buat..lepas tu dorg main mercun seadanya..xde modified2.. bajar je.. budak2 dibenar main mercun pop pop je..

Klu melayu main terlebih kreatip..
Letak dalm botolla..balingla..pukul dgn kayu golfla
Modified gitu gini..
Dan budak2 main tanpa pengawasan org dewasa..
Orang dewasa pulak ada yg terlebih hyper bergurau baling mercun kt dalm kain anak dara..so budak2 ikut..
Bila ditegur kt sekli sekala seronok nk raya..apa salhnya..yg menegur pulal dituduh xsportingla xreti berguraula..bla3..
Melayu mmg sambil lewa je bab keselmatan ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2018 08:37 AM | Show all posts
BoongaKertas replied at 21-6-2018 08:22 AM
ya Allah sis! meols terfikir benda sama. dah kenapa bangsa lain main, elok sempurna jer hasilnya ( ...

Iols speku ... bangsa melayu ni suka nak modify benda bagai ... terover engineering kekdahnya
orang cina beli mercun ... ikat berantai rantai tanpa mengubah design asal mercun tue ... meletop pam pum pam berminit minit .. tapi okie jer...
bangsa melayu ni .. selagi tak meletop ngan kuat .. selagi tu tak puas hati ...
last last modify .. dari mercun menjadi bom
sekali malatop.. hambek koooo
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 08:39 AM | Show all posts
mommymonster82 replied at 21-6-2018 08:34 AM
Ank murid me yg cina pnh citer..klu bkr mercun org dewasa yg buat..lepas tu dorg main mercun seada ...

tol tu mommy ....
terlebey kretip ...
kalo di hantar ke palestine .. rasanya leh jadi enginner cam ner nak buat bom utk hancurkan zionist
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
MissNigga replied at 21-6-2018 08:39 AM
tol tu mommy ....
terlebey kretip ...
kalo di hantar ke palestine .. rasanya leh jadi enginner c ...

Xde nyer miss..terkencing lam seluar adalah..
Igt x ada sorg yg baru kena cuci tandas da teroyak2 nak balik ..belum suh jd pengebom berani mati...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Serpihan.mercun mcmana tu yang sampai budak.boleh mati?
Adoi la..sengsara nya budak tu tahan sakit...
Sampai mati plak tu...
Cm.serpihan bom plak
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 08:49 AM | Show all posts
MissNigga replied at 21-6-2018 08:37 AM
Iols speku ... bangsa melayu ni suka nak modify benda bagai ... terover engineering kekdahnya
or ...

ni meols agreed! baca smlm yg kat kelantan kes mercun bola meletop sampai hampir buta tu, budak tu nak modify mercun tu siap keluarkan belerang dia!!! eh stress meols memikiorkannya. ape ke "bijak" sgt nak modify mercun!!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 08:53 AM | Show all posts
an eye for an eye la, mercunkan je lahanat ni sampai mampos. buat keje bodo mcm nyawa orang lain tak bernilai langsung
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 10:08 AM | Show all posts
yg main mercun tak kena, org yg tak main pula kena
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 10:15 AM | Show all posts
Balik kampung en suami hari tu pun ada sorang mamat felda ni bakar mercun bola tengah2 maghrib.
Tak sempat2, sampai rumah belum angkat beg dah bakar mercun.
Dah jadi bapak orang pun tapi perangai masih tak senonoh.
Dia ingat kampung suami tu felda tempat dia ke?
Langsung tak beradab buat bising masa orang azan maghrib.
Entah apa malang isteri dia bersuamikan lelaki macam tu... nak tegur suami pun takut.
Haishhh.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.504118 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list