CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 922|Reply: 6

[Tempatan] Ibupertiwi semakin barokah sister, kurma berbuah di mana jua, terkini di Peghok

[Copy link]
Post time 21-6-2018 08:30 AM | Show all posts |Read mode



TAIPING – Pokok kurma atau nama saintifiknya Phoenix Dactylifera yang ditanam sekitar Dataran Warisan Taiping akhirnya berbuah tahun ini selepas hampir dua tahun.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Datuk Abd Rahim Md Ariff berkata, meskipun hanya tiga daripada 17 pokok yang membuahkan hasil, ia satu perkembangan yang baik sejak mula ditanam, 8 April 2016 lalu sempena dengan pembinaan Dataran Warisan.

Menurutnya, antara faktor yang membolehkan penyesuaian dan kesuburan pokok-pokok kurma ini adalah daripada kaedah yang digunapakai terutama semasa penanaman pokok, seterusnya, penjagaan dan pembajaan berkala membolehkannya menyesuaikan diri dalam keadaan dan cuaca di Bandar Taiping.
Pokok kurma yang mengeluarkan hasil selepas dua tahun.

“Semua pokok kurma itu diperolehi dari tapak semaian di Sungai Petani Kedah, kini setelah hampir dua tahun ditanam, tiga pokok berusia enam tahun itu telah berjaya mengeluarkan buah manakala enam lagi turut menunjukkan potensi untuk berbuah.

“Sebelum ini, pokok-pokok terbabit pernah mengeluarkan bunga pertama pada 1 September 2016, namun tidak berjaya menghasilkan buah seperti sekarang,” katanya.

Beliau berkata, buah-buah kurma ini dijangka dipetik oleh kakitangan di Bahagian Lanskap MPT selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

“Saya berasa sangat teruja apabila melihat pokok-pokok kurma ini berbuah dengan lebat dan sudah tentu ianya juga menarik perhatian lebih ramai orang terutamanya pengunjung-pengunjung Dataran Warisan Taiping sendiri,” katanya.

Abd Rahim berkata, pemilihan pokok kurma sebagai ‘Pokok Rasmi’ Dataran Warisan Taiping ini dibuat berdasarkan beberapa faktor iaitu yang boleh membawa kelainan dalam pemilihan pokok di Bandar Taiping.

Katanya, pokok yang dipercayai berasal di suatu tempat di wahah gurun di Afrika Utara, dan mungkin juga Asia Barat Daya ini jelas telah berjaya menarik ramai orang untuk melihat sendiri pokok kurma hidup subur di bumi Taiping.

“Oleh kerana corak pelepah dan lebar daunnya, secara tidak langsung, ia dapat mengurangkan daun gugur di kawasan dataran dan mengurangkan kos serta tenaga pembersihan di kawasan dataran.

“Bentuk pokok yang tidak terlalu tinggi dan lebar ini tidak menghalang pandangan bangunan-bangunan bersejarah di sekitar Dataran Warisan Taiping.

“Saya memandang positif dan berharap agar kita sama-sama menjaga dan memelihara tanaman kurma ini bukan sahaja boleh menjadi simbolik kepada Dataran Warisan Taiping dan MPT tetapi boleh menjadi tatapan generasi yang akan datang,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2018 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Perak smkn syumul.. Hamdalah
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini membuktikan perak adalah serambi mekah sebenar
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Kecik2 buahnya. Baka apa la yang ditanam agaknya ya...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 21-6-2018 09:30 AM
Kecik2 buahnya. Baka apa la yang ditanam agaknya ya...

Kurma madu yusuf taiyoob
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 21-6-2018 10:43 AM
Kurma madu yusuf taiyoob

Kalau baka medjool, baru puas hati makan. Haha...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2018 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 21-6-2018 11:43 AM
Kalau baka medjool, baru puas hati makan. Haha...

Hahaha...
Kalau jadik.le
Cm.bukan medjool je tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.549159 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list