CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1094|Reply: 5

[Tempatan] ‘Sam lain jual, Sam Bersatu kena

  [Copy link]
Post time 21-6-2018 08:31 AM | Show all posts |Read mode



KUALA LUMPUR - Dakwaan berlaku penjualan tapak bazar Ramadan di Masjid India berjumlah RM400,000  melibatkan 80 tapak yang diperoleh Ketua Pemuda Bersatu Bukit Bintang, Mohd Noorhisyam Abdul Karim dengan sokongan Ahli Parlimen kawasan itu, Fong Kui Lun tidak berasas.

Sebaliknya kesemua tapak berkenaan yang dibuka untuk lima hari terakhir menjelang Aidilfitri, dijalankan tanpa mengambil satu sen pun wang daripada peniaga.

Perkara itu didedahkan oleh ketua peniaga rambo (peniaga tanpa lesen), Mohamad Azman Abdul Rahman, yang mengendalikan peniaga masuk beroperasi di tapak-tapak berkenaan.

Mohamad Azman berkata, pihaknya mengambil inisiatif mendapatkan bantuan daripada Pemuda Bersatu Bukit Bintang untuk mendapatkan peluang menjalankan operasi perniagaan dengan lebih tersusun pada tahun ini setelah bertahun-tahun gagal memperoleh tapak daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Jadi sejarah pada tahun ini setelah Pakatan Harapan memerintah, kami berpeluang dapat tapak. Itu pun bukannya semua 80 tapak boleh beroperasi. Hanya 40 khemah saja yang dapat di pasang kerana terdapat food truck yang beroperasi di sebahagian tapak yang diluluskan.

“Saya yang bertanggungjawab pasang khemah dan panggil peniaga-peniaga rambo ini masuk berniaga dalam khemah dan tidak mengenakan sebarang bayaran pun. Bayaran lesen yang dikenakan oleh DBKL juga telah diuruskan oleh Setiausaha Kerja Persatuan Peniaga Melayu Pasar Harian Selayang, Saiful Akmal.

“Usaha Noorhisyam mendapatkan kelulusan tapak dari DBKL adalah untuk bantu kami yang tertindas selama ini. YB Fong Kui Lun juga memberi sokongan demi untuk pastikan kami dapat berniaga, “katanya pada sidang media di Masjid India, semalam.

Tambah Mohamad Azman, dakwaan yang berlaku sengaja ditimbulkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan mengelirukan situasi sebenar.

Ia ekoran dakwanya, penjualan tapak bazar yang berlaku adalah melibatkan tapak bawah persatuan lain yang diluluskan DBKL.

“Terdapat ‘Sam’ lain yang lakukan penjualan tapak bazar, tetapi ‘Sam’ Bersatu Bukit Bintang yang kena fitnah. Lagipun fikir logik untuk tapak selama lima hari saja siapa yang sanggup nak bayar RM5,000?,” katanya.

Sementara itu, Saiful berkata, kesemua pembayaran tapak dan lesen berjumlah RM6,000 lebih kepada DBKL telah diselesaikan setelah mendapat kelulusan berkenaan tanpa melibatkan bayaran daripada peniaga.

“Khemah pun pihak saya belikan untuk bantu mereka berniaga. Jadi, tiada isu mengatakan berlaku kutipan wang sehingga RM5,000 untuk satu tapak,” katanya.

Sebelum ini Noorhisyam didakwa menjadi dalang mengutip caj tapak bazar yang diperoleh daripada DBKL sehingga mencecah RM5,000.

Fong Kui Lun turut sama terpalit dengan isu berkenaan ekoran terdapat sokongan daripadanya menerusi satu surat kelulusan DBKL yang menjadi tular.

Beliau bagaimanapun  tidak tahu menahu tentang caj yang dikutip untuk tapak bazar itu kerana dimaklumkan tiada sebarang kutipan wang akan dibuat.

Noorhisyam turut menafikan terlibat mengutip wang yang didakwa.

Isu berkenaan menjadi tumpuan Pemuda Bersatu Pusat yang turut mengecam tindakan itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2018 10:13 AM | Show all posts
wah..berniaga free di lokasi hot spot? too good to be true...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku sanggup byr 5k utk dpt tapak tu sebulan, kalau untung boleh dapat dlm 10k and above. Kita rakyat malaysia tak bodoh tau, agak2 la kau sewa free je. Adoyy
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Andyscenes replied at 21-6-2018 10:59 AM
Aku sanggup byr 5k utk dpt tapak tu sebulan, kalau untung boleh dapat dlm 10k and above. Kita rakyat ...

Kan dia kata meniaga 5 hari sblm aidilfitri...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 11:10 AM | Show all posts
Andyscenes replied at 21-6-2018 10:59 AM
Aku sanggup byr 5k utk dpt tapak tu sebulan, kalau untung boleh dapat dlm 10k and above. Kita rakyat ...

kau jual apa?boleh ke untung sampai 10k sebulan?sbb aku tgk  kat bazar ramadhan ni kebanyakan nya sendu je.especially gerai  segala nasi dan lauk pauk.gerai  yg org sampai beratur panjang tu percaya gak boleh untung mcm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 21-6-2018 11:10 AM
kau jual apa?boleh ke untung sampai 10k sebulan?sbb aku tgk  kat bazar ramadhan ni kebanyakan nya  ...

Haha. Agak2?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:50 PM GMT+8 , Processed in 0.267458 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list