CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1122|Reply: 12

[Dunia] Dek kerana silap promosi, restoren leluhur bankrap

[Copy link]
Post time 21-6-2018 11:04 AM | Show all posts |Read mode



Beijing: Pemilik sebuah restoran di China yang menawarkan promosi makan sampai puas terpaksa menutup perniagaan dalam tempoh kurang dua minggu selepas pelanggan tidak henti-henti menikmati makanan yang dihidangkan.

Restoran yang terletak di Chengdu, wilayah Sichuan dilaporkan menanggung hutang yang tinggi dan terpaksa ditutup selepas ramai pelanggan duduk di premis itu sepanjang hari semata-mata untuk makan.

Restoran Jiamen’er melancarkan promosi itu pada 1 Jun lalu dengan menjemput pelanggan yang mempunyai kad keahlian untuk makan sebanyak mana yang mereka mahu dengan yuran 120 yuan (RM74.40) sebulan.

Seorang pemilik restoran itu Su Zhe berkata, restoran yang menjual makanan tradisi China berkenaan dibuka pada Disember tahun lalu tetapi perniagaan mereka sangat tidak memberangsangkan.

People’s Daily Online melaporkan, pengurusan restoran itu kemudian memutuskan untuk menawarkan promosi itu untuk menarik kedatangan lebih ramai pelanggan.

Promosi itu terus menarik orang ramai dan restoran yang mempunyai 20 meja itu penuh dengan pelanggan dianggarkan mencecah 500 orang sehari.

Bagaimanapun, populariti restoran itu menyebabkan restoran itu mengalami kerugian apabila terlalu ramai pelanggan yang datang untuk makan dengan percuma.

Sebahagian pelanggan pula meminjamkan kad keahlian kepada rakan-rakan supaya mereka juga boleh makan tanpa dikenakan sebarang bayaran.

Su memberitahu, kad keahlian itu tidak mempunyai gambar pemiliknya dan sukar untuk pelayan menghalang sesiapa yang membawa kad berkenaan menuntut promosi berkenaan.

“Punca utama kegagalan ini adalah kegagalan kami menggunakan sistem pengecaman wajah,” jelasnya.

Menurut laporan itu, restoran berkenaan menanggung hutang 50,000 yuan (RM31,000) dalam tempoh 11 hari selepas menjual 1,700 kad keahlian berkenaan.

Berpuluh-puluh pelanggan yang datang pada awal pagi 13 Jun lalu terkejut apabila mendapati pemilik restoran itu sudah menutup perniagaannya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Jun 2018 @ 9:37 AM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2018 11:10 AM | Show all posts
btol jugak
kalo aku tong2 bayar fee tu dgn member2 pastu gilir2 pegi makan
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 11:22 AM | Show all posts
yang bukan ahli pakai kad ahli kenapa dibenarkan, tak tahu marketing strategy ke? haha
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Aiyoh. Gym iols skrg pun guna thumb print yach tiap kali nak masuk. I suspect sebab org duk passing2 keahlian kad lepastu pekerja bimbo tak reti cam muka sama ke tidak
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 21-6-2018 03:24 AM
Aiyoh. Gym iols skrg pun guna thumb print yach tiap kali nak masuk. I suspect sebab org duk passing2 ...

Canggihnya sos. Gym di serambih jenis sign guna pen kilometriko jah..dah xda aircond.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku taktau nak gelak ke nak kesian ke apa ke ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-6-2018 11:35 AM | Show all posts
kakak belajar dua perkara daripada berita ini:

1. Ummah jinjang memang kuat melantak/mentekedarah
2.Ummah jinjang memang bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 11:37 AM | Show all posts
famri7 replied at 21-6-2018 11:27 AM
Canggihnya sos. Gym di serambih jenis sign guna pen kilometriko jah..dah xda aircond.

mesti gym tu busuk dgn bau2 peluh..ala2 gym pprt sebegitu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2018 11:39 AM | Show all posts
Orix replied at 21-6-2018 11:24 AM
Aiyoh. Gym iols skrg pun guna thumb print yach tiap kali nak masuk. I suspect sebab org duk passing2 ...

dulu2 iols join california fitness (skang jd celebrity fitness) kat menara standard chartered
sume staff CF tu mmg akan greet kita dgn nama kita skali
mcm ala2 buddy sebegitu sbb sume staff sgt2 friendly

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Tamak sungguh ummah jinjang tanah besar. Tauke pun boleh bankrap dibuatnya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 11:40 AM | Show all posts
ni silap marketing namanya. makan free pulak tu. kalau berdiskaun tak apa jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 11:49 AM | Show all posts
Modngengade replied at 21-6-2018 11:35 AM
kakak belajar dua perkara daripada berita ini:

1. Ummah jinjang memang kuat melantak/mentekedarah ...

bukan bodoh sis..
ummah jinjang mmg pandai bab2 menipu ni..apatah lagi kalau benda2 free mcm ni..sentiasa cari jalan nak dapatkan free
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 01:11 PM | Show all posts
niat nak cari untung
rugi akhirnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.065035 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list