CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2398|Reply: 0

Skandal Toshiba Kongsberg 1987.

[Copy link]
Post time 21-6-2018 11:10 AM | Show all posts |Read mode



Kapal selam tentera laut Soviet era perang dingin dikatakan bising mudah dikesan kapal selam atau kapal permukaan barat terutama milik AS.

Teknologi perbuatan kapal selam Soviet mundur dihimpit kekurangan alatan moden untuk membina kapal selam canggih dan paling senyap setanding kelas Los Angelas era perang dingin.Oleh itu Soviet mendambakan alatan teknologi terkini untuk membina kapal selam paling senyap di dunia.Tahun 1987 hubungan Jepun dan AS menjadi tegang apabila salah satu anak syarikat Toshiba Toshiba Machine dituduh menjual secara haram 8 mesin miling CNC kepada Soviet.

Manakala Kongsberg dari Norway memberi sistem komputer CNC untuk mengoperasikan mesin tersebut.AS juga mengatakan Jepun bersekongkol dgn Soviet membina kapal selam penyerang berkuasa nuklear kelas Akula selain menuduh liar yang Jepun mengancam keamanan dunia.

Mesin CNC itu digunakan untuk membuat bebaling kapal selam propeller yg lebih senyap dan sukar dikesan oleh sonar kapal2 selam milik AS.Sumber dari AS mendakwa pakatan Toshiba dan Kongberg itu rupanya telah menjual mesin CNC beserta sistem komputernya sejak tahun 1983 ia dikukuhkan lagi dakwaan beberapa bekas pekerja Toshiba Machine melihat mesin CNC dibawa keluar dari kilang untuk dibawa ke luar negara secara sembunyi2.

Akibat dari skandal mengejutkan dunia itu tentera laut AS meminta menaikkan bajet untuknya bagi menaik taraf atau mengubah suai sistem sonar kapal selam penyerang nuklear kelas Los Angeles khusus anti submarine warfare bagi US Navy kapal selam Soviet dikatakan sudah senyap dan sukar dikesan gara2 export haram Jepun itu.

PM Jepun Yasuhiro Nakasone memecat 5 CEO Toshiba Machine dituduh menjual secara haram teknologi canggih dari syarikat Toshiba kepada blok komunis.Manakala pengerusi Toshiba Machine dipaksa meletak jawatan dan segera meminta maaf kepada rakyat Jepun.

Selama 2 tahun kerajaan Jepun mengharamkan apa2 export barangan dari Toshiba Machine ke negara blok komunis termasuk China.Jepun membayar ganti rugi 500 juta usd kepada AS kerana Jepun telah 'melanggar perlembagaannya' menjual barangan sensitif high tech untuk tujuan ketenteraan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.072123 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list