CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2016|Reply: 19

[Politik] Siapa menteri dari Kelantan yang menjadi pilihan anda?

  [Copy link]
Post time 21-6-2018 11:27 AM | Show all posts |Read mode
(Ubah saiz teks)
                                                                                                                                                             


KOTA BAHRU - Ketika mana prestasi Pakatan Harapan Kelantan dalam PRU 14 dianggap buruk apabila gagal memenangi sebarang kerusi, namun  keputusan sebaliknya berlaku di peringkat persekutuan memberi cahaya baru kepada gabungan tersebut.
        Kesemua 45 calon Dun dan 14 Parlimen kalah. Daripada jumlah itu 36 calon Dun dan sembilan calon Parlimen hilang deposit menjadikan pilihan raya ini satu pengajaran yang cukup besar kepada Pakatan Harapan Kelantan.
        Berdasarkan keputusan  itu, sudah pasti pimpinannya pada awalnya agak ‘canggung’ untuk menuntut pelbagai jawatan di peringkat persekutuan termasuk Menteri.
        Namun kenyataan terbaru yang dikeluarkan Presiden Amanah, Muhamad Sabu dalam satu Majlis Aidilfitri Pakatan Harapan di Tunjong baru baru ini yang menyatakan Kelantan dan Terengganu tidak dipinggirkan memberi harapan baru penyokong mahupun rakyat Kelantan.
        Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bakal mengumumkan senarai terakhir jawatan tersebut hujung minggu ini bagi melengkapkan senarai penuh yang dijangka 30 jawatan seperti yang dijelaskan sebelum ini.
        Dalam tempoh itu, sudah pasti ramai yang akan membuat spekulasi mahupun telahan pemimpin yang mana bakal mengisi jawatan yang disifatkan bulan jatuh ke riba.
        Tidak dapat tidak calon utama yang disebut adalah, Husam Musa yang dilihat tokoh yang paling tepat dan sesuai bagi mengisi jawatan menteri penuh.
        Selaku tokoh yang dianggap adealis dan berstrategi, Husam yang juga mengepalai Pakatan Harapan dan Amanah Kelantan dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan kepimpinan negara termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim.
        Bekas Exco Kanan Kerajaan Kelantan itu juga pernah disifatkan sebagai ‘anugerah’ oleh bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
        Bagaimanapun,  sekiranya jawatan Menteri diperuntukkan kepada Husam, beliau perlu menjernihkan hubungan daripada istana beberapa isu berkait dengan beliau sebelum ini.
        Apa yang menarik perhatian, sekiranya beliau dilantik, ramai yang mahu melihat bagaimana Husam akan berinteraksi dengan pimpinan Kerajaan Negeri yang sebelum ini dilihat panas dalam pelbagai isu khususnya melibatkan pentadbiran kerajaan Negeri.
        Bagaimanapun melalui kenyataan Husam sejurus Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya, beliau dilihat lebih terbuka khususnya ketika mengulas isu tuntutan royalti yang diperjuangkannya selama ini.
        Bagi Bersatu Kelantan pula, dua tokoh yang layak diangkat adalah Pengerusi Bersatu Negeri, Datuk Kamaruddin Mohd Nor dan juga Timbalannya, Datuk Sazmi Miah.
        Selain pernah mengetuai Umno Bahagian Pasir Puteh, Kamarudin juga ialah bekas Adun Semerak, bekas Setiausaha Agung Abim dan bekas Setiausaha Agung WAMY (World Association of Muslim Youths) Asia Pacific yang beribu pejabat di Qatar.
        Sekiranya diukur dari segi jawatan parti, Kamaruddin yang juga bertindak sebagai Ketua Penerangan Bersatu di peringkat Pusat sudah pasti perlu diberi perhatian.
        Namun, Jika diukur dari segi pengalaman, nama Sazmi yang juga bekas Ahli Parlimen Machang menjadi pilihan memandangkan beliau  pernah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli pada 2007.
        Bagi PKR pula, sudah pasti nama Pengerusinya, Abdul Aziz Kadir satu -satunya yang menjadi tumpuan untuk dilantik ke peringkat yang lebih tinggi.
        Namun sumber Sinar Harian ketika dihubungi berkata, parti itu dikatakan mencadangkan Aziz yang juga bekas calon Dun Melor itu  sebagai senator sahaja.
        Selain daripada itu, nama yang masyhur semasa PRU14 lalu, Nik Omar Nik Abdul Aziz juga dikaitkan dengan jawatan penting di peringkat persekutuan.
        Walaupun dilihat masih baru dalam politik, ia bukan menjadi alasan utama, sebaliknya peranan singkat yang dimainkan Nik Omar semasa kempen PRU14 yang cemerlang khususnya kepada bukan Islam yang menyifatkan ia sebagai “anak butir”  Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
        Pengetua Tahfiz Darul Annuar itu dikaitkan dengan jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama atau sekurang-kurangnya diletakkan  di Jakim yang  diketahui memerlukan tokoh yang bersifat terbuka dan mesra masyarakat bukan Islam.
        Selain daripada jawatan menteri dan timbalan, pimpinan peringkat negeri juga akan terarah kepada jawatan pengerusi agensi kerajaan seperti Kesedar, Kada dan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) dan lain-lain.
        Ia dikatakan bakal di isi selepas semua lantikan menteri dan timbalan diselesaikan dalam masa terdekat.
        Yang pasti, siapa yang bakal memegang jawatan ini, ia memerlukan keupayaan pemimpin itu sendiri dan bukan diangkat kerana atas lantikan politik semata-mata.

Single Polls, Total 80 Users voted
23.75% (19)
2.50% (2)
0.00% (0)
1.25% (1)
11.25% (9)
21.25% (17)
40.00% (32)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2018 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Pok nik omar pegang tabung haji la.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 11:44 AM | Show all posts
dah vote... No 7
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 12:11 PM | Show all posts
no 7 tu bukan dulu penah taste kat no1 kaannn?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 12:31 PM | Show all posts
Dr. Hatta Ramli


Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Sis changa whoryusss???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2018 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Dunhill. replied at 21-6-2018 12:31 PM
Dr. Hatta Ramli

Dr Hatta bertanding kat Perak la .he he
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Abang vote shah...bottom i
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2018 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Huse muso dan nik omar jah...yang lain who are yus.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
cm_matjawasp replied at 21-6-2018 01:24 PM
Dr Hatta bertanding kat Perak la .he he

Dr hatta bukan ke sekampung dgn famri?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku vote sis changa....biar jadik yahudi sumo puok2 lobai ni

Jangan mare sis changa...selamat hari raya...maaf zahir batin
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua tak ada tokoh....
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
bukan ke sis changa dan famri7 orang yang sama?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Sokong sis vokuro
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Kudos sis Changa mulut puaka mendahului carta
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 11:10 AM | Show all posts
cm_matjawasp replied at 21-6-2018 01:24 PM
Dr Hatta bertanding kat Perak la .he he

oke note.. ingatkan masih kuala krai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2018 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Nik omar lembut sgt. Heols blh pgg agensi2 sj sbb heols mmg x berpolitik.. ucapan heols xlbh x kurang seprti ceramah agama
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 12:59 AM | Show all posts
lazim replied at 22-6-2018 01:06 PM
Nik omar lembut sgt. Heols blh pgg agensi2 sj sbb heols mmg x berpolitik.. ucapan heols xlbh x kuran ...

Lazim bila pengumuman menteri2 baru? aku dah tak sabar menungguuu
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 01:52 AM From the mobile phone | Show all posts
OrenTheReturn replied at 23-6-2018 12:59 AM
Lazim bila pengumuman menteri2 baru? aku dah tak sabar menungguuu

Td bc pm dh submit nm pada agong kesayangan hg. Xtau bila angkat sumpahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 07:25 AM | Show all posts
lazim replied at 23-6-2018 01:52 AM
Td bc pm dh submit nm pada agong kesayangan hg. Xtau bila angkat sumpahnya.

Ye aku baru baca td psl ni, jgn pulak si gemokk tu peramm berhari2.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.306832 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list