CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1010|Reply: 7

[Tempatan] Tiga jam masih tidak tahu apa berlaku

[Copy link]
Post time 21-6-2018 11:54 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Modngengade at 21-6-2018 06:12 AM

KANGAR 21 Jun - Rata-rata penumpang feri yang terkandas hampir tujuh jam di perairan Kuala Perlis malam tadi berang apabila mereka tidak dimaklumkan lebih awal mengenai kejadian tersebut sehingga menyebabkan suasana menjadi panik.

Seorang penumpang, Hisham Yaakob,40, berkata, dia memahami kejadian seumpama itu adalah sesuatu di luar jangkaan tetapi para krew terutama kapten feri berkenaan perlu memaklumkan lebih awal mengenai kejadian tersebut supaya mereka tidak tertanya-tanya sehingga akhirnya menimbulkan sedikit kekecohan.

Dalam masa sama, dia juga kesal apabila terpaksa menunggu dalam tempoh cukup lama sebelum proses memindahkan para penumpang ke bot-bot yang disediakan selesai iaitu kira-kira pukul 2.30 pagi.

“Pada mulanya kami ingat telah sampai ke jeti selepas feri berkenaan berhenti. Namun selepas sekian lama menunggu masih tidak tahu apa yang berlaku.
Selepas itu, apabila keluar daripada dalam feri itu baru kami dapat tahu, feri tersebut tersangkut akibat air cetek. Itupun selepas lebih tiga jam,” katanya ketika ditemui di sini awal pagi ini.

Seorang lagi penumpang, Aiman Azmi,25, berkata, feri berkenaan tersekat kira-kira pukul 8.30 malam bagaimanapun lebih kurang pukul 11.20 malam baru ada perbincangan untuk menyelesaikan masalah tersebut selepas usaha awal menggunakan bot ikan bilis untuk
menarik feri tersebut gagal.

“Keputusan mereka ambil untuk menyelesaikan masalah tersebut sahaja memakan masa dua sehingga tiga jam sebelum beberapa bot datang untuk mengambil para penumpang ke jeti.

“Sepanjang hampir tujuh jam terkandas, ramai dalam kalangan penumpang khususnya kanak-kanak mula menangis. Malah kira-kira pukul 12 tengah malam baru kami diberikan roti untuk mengisi perut.

“Sepatutnya kapten feri yang bertugas itu memberi penerangan kepada penumpang lebih awal apa yang berlaku supaya kami tidak cemas pada masa itu. Malangnya dia (kapten) hanya menunggu di dalam dek feri berkenaan tanpa memberi apa-apa informasi,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, sebuah feri Star City 6 yang dalam perjalanan dari Langkawi ke Kuala Perlis bersama 432 penumpang terkandas di beting pasir berhadapan muara Kuala Perlis iaitu kira-kira 0.8 batu nautika dari Terminal Kuala Perlis.

Misi memindahkan para penumpang dengan menggunakan lapan buah bot dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Polis Marin, bomba, kastam, nelayan dan bot sampan fiber yang bermula pada pukul 12.15 tengah malam itu selesai kira-kira pukul 2.30 pagi.

Difahamkan, hasil siasatan awal mendapati punca kejadian tersebut ialah kerana feri berkenaan tersasar dari laluan asal. - UTUSAN ONLIN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2018 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Gile seram betul..pernah ada pengalaman balik naik feri dr tioman terkandas juga kt beting pasir. Terpaksa yg laki2 semua keluar pergi ke depan bagi senget sket bot..debar toksah ckp laa..mujur semuanya ok je pastu
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk kes feri pulak raya ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 12:27 PM | Show all posts
seramm jerk..lama tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 02:09 PM | Show all posts
kapten feri tu bodoh ke? at least buat la announcement
ni penumpang kene tggu smpi 3 jam
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian kat orang tua dengan bebudak kecik.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2018 03:16 PM | Show all posts
ape la baral sgt buat diam je
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 21-6-2018 02:09 PM
kapten feri tu bodoh ke? at least buat la announcement
ni penumpang kene tggu smpi 3 jam


Dah la bodoh nak elak tanggung jawab pulak tu. Tu pasal dia dok diam je. Panggil sampan toolong tarik bagai. Nak cover line.

Kimak nyer captain.

Eh. Tak layak jadi captain la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:21 PM GMT+8 , Processed in 0.136514 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list