CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 753|Reply: 2

[Jenayah] Rasuah: Bekas Pengarah Perhutanan Terengganu Dijel 36 Bulan, Denda

[Copy link]
Post time 21-6-2018 01:02 PM | Show all posts |Read mode


KUALA TERENGGANU: Bekas Pengarah Perhuta-nan Terengganu, Datuk Azmi Nordin dihukum penjara 36 bulan dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Se-syen di sini hari ini setelah didapati bersalah atas tiga pertuduhan menerima rasuah RM60,000, lima tahun lalu.

Hakim Mohammad Haldar Abdul Aziz turut memerintahkan tertuduh yang berusia 59 tahun itu dihukum penjara lagi 18 bulan jika gagal menjelaskan denda tersebut.

Mengikut pertuduhan perta-ma, Azmi didakwa menerima suapan RM30,000 daripada seorang kontraktor balak, Yew Keong Fah, 49, di Malayan Ban-king Berhad cawangan Kuala Terengganu pada 3 Mac 2013.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menerima suapan RM20,000 daripada individu sama di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawa-ngan Kuala Terengganu pada 16 Jun 2013, manakala pertuduhan ketiga, dia didakwa menerima suapan RM10,000 daripada Keong Fah di tempat sama pada 13 Ogos 2013.

Azmi didakwa menerima wang suapan itu untuk memberi kelulusan membalak kepada syarikat Ciri Bina Machinery & Hardware Sdn. Bhd. di Kompartmen 36b dan 40a, Hutan Simpan Hulu Terengganu.

Ketiga-tiga pertuduhan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Farah Yasmin Salleh mengikut Seksyen 165 Kanun Ke-seksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Bagi setiap pertuduhan, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 12 bulan dan denda RM10,000 atau penjara enam bulan jika gagal menjelaskan denda ber-kenaan.
Hukuman diperintah berjalan serentak.

Mahkamah bagaimanapun mem-benarkan permohonan ter--
tuduh yang diwakili peguam, Mohd. Hayyatuddin Muhamad untuk menangguhkan pelaksana-an hukuman sementara me-nunggu rayuan selesai.


- Utusan Online

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2018 02:31 PM | Show all posts
Semoga berjaya semasa merayu di Mahkamah Tenggi bro.......

Lepas tu pergi buat umrah........Prrrrrrrrrrrrrrrpfffftght



Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 03:19 PM | Show all posts
dah tua tak ingt mati ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.055718 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list