CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 953|Reply: 8

[Tempatan] Peringatan untuk pemandu wanita

[Copy link]
Post time 21-6-2018 01:14 PM | Show all posts |Read mode
PEMANDU wanita menjadi sasaran lelaki 'licik' yang bijak mengatur strategi bagi membuat tuntutan wang menerusi insiden kemalangan palsu di jalan raya.

Dalam satu kes baharu yang dirujuk Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Lee berkata, dia ditipu dan diminta sejumlah wang sebagai ganti rugi selepas terbabit dalam satu kemalangan.

Wanita berusia 40 tahun dari Negeri Sembilan itu berkata, insiden itu berlaku pada 14 Jun lalu, berdekatan Hospital Gleneagles di Jalan Ampang, di mana penunggang motosikal sengaja melanggar keretanya di bahagian belakang.

Sejurus itu, katanya, individu itu meminta bayaran berjumlah RM2,000 untuk ganti rugi dan RM350 bagi bil perubatannya.

"Saya dengar bunyi yang kuat di bahagian kiri kereta, selepas saya keluar daripada kenderaan itu, saya dituduh lelaki itu kerana melanggar motosikalnya.

"Lelaki itu menukar cerita seolah-olah saya salah dan diberitahu untuk membayar ganti rugi dan bil perubatannya, namun dia kelihatan seperti berpura-pura cedera," katanya.

Lee berkata, lelaki itu meyakinkannya bahawa dia boleh membuat tuntutan ganti rugi dari majikan kerana ‘kemalangan’ itu berlaku pada waktu berkerja.

"Lelaki itu berjaya meyakinkan saya dan membuat saya membayar tuntutan itu.

"Bagaimanapun, selepas kejadian itu, saya menerima satu mesej menerusi WhatsApp dari individu dikenali sebagai Amy yang memberitahu tuntutan ganti rugi secara keseluruhan adalah sebanyak RM3,800.

"Amy memberitahu baki tuntutan itu perlu dimasukkan ke dalam satu akaun bank. Selepas itu, Amy meminta tuntutan berjumlah RM2,000 dengan satu lagi alasan menyebabkan saya curiga.

"Apabila saya memaklumkan tidak mempunyai wang, mereka mengancam untuk mendedahkan gambar profil WhatsApp saya, " katanya yang sudah membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Sementara itu, Pengerusi Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, skim penipuan terbaharu ini bagi mendapatkan wang daripada wanita yang ‘lurus’.

"Sentiasa ingat prosedur susulan selepas terbabit dalam kemalangan, buat laporan polis dahulu. Selebihnya boleh diuruskan kemudian.

"Jangan memberi sebarang persetujuan ketika kejadian kerana ketika itu anda tidak boleh berfikir secara rasional dan ia akan memberi kelebihan kepada penipu jalan raya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Jun 2018 @ 11:22 AM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2018 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 20-6-2018 09:31 PM

My dad pun pernah di langgar motobike yang tiada road tax ....i guess that guy ride motobike recklessly lah ....di junction mahu turn right .....motobike totally hit at backdoor truck apabila my dad telah turn 90 degree sudah masuk opposite lane pun ..... minta duit repair motobike dan medical fee ..... i lupa pula berapa amount my dad cakap ...but quite alot .... since backdoor pun teruk my dad mahu claim insurance saja ..need police report.. pretty bad damage ... boleh create story cakap my dad tidak beri signal .... sedang kan sudah mahu junction dengan turning 90 degree nya lagi .... even police juga boleh bagi pilihan mahu settle di police station or cara rundingan or police mahu cover untuk that guy yang tiada road tax itu ? .... so far that time baru i tahu mahu buat police report perlu bayar rm 300 begitu .... till the end that guy tidak lodge police report .... nampak sangat beliau salah ....

* that motobike dari arah jalan yang sama .... bukan berlawanan ...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 01:44 PM | Show all posts
i kena dua kali. Nasib baik ada camera. Lepas siasat, polis ckp dia salah. awak takde ubah haluan.

Sekian nak menipu tak berjaya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 02:00 PM | Show all posts
mak wa pernah bagi signal nak masuk kanan, dah lama dudk kt simpang tu, sekali moto ni potong gak belah kanan...apa lagi berdentum...

motocyclist ni mengaku salah,

tp mak wa ckp dia ttp nak bayar ganti rugi  dn duit hospital,


tak pe ar, mak wa rasa serba salah kot...

budak tu patah kaki
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 02:13 PM | Show all posts
wanita mmg lubuk wang
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 04:34 PM | Show all posts
Dwdrum replied at 21-6-2018 01:29 PM
My dad pun pernah di langgar motobike yang tiada road tax ....i guess that guy ride motobike reckles ...

selalunya pihak yg kena bayar rm300 masa buat report polis tu pihak yg bersalah dalam accident tu. itu bayaran saman polis sebenarnya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2018 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 21-6-2018 12:39 AM
LipasComel replied at 21-6-2018 12:34 AM
selalunya pihak yg kena bayar rm300 masa buat report polis tu pihak yg bersalah dalam accident tu. ...


I tidak pasti yang i tahu memang tiada apa apa saman pun ..... mungkin i silap diantara bayaran untuk claim insurance .....nanti i check semula dengan my dad ...so far memang ada bayar rm 300
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 04:40 PM | Show all posts
Hati-hati @MeghanK
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2018 04:44 PM | Show all posts
So jalan selamat beli dashcam yang boleh record depan belakang. Kat Lazada bersepah. Tapi kalau jenis lurus,menggelabah, atau bodo2 dengan drama orang yg langgar pun kena pow la jugak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.063206 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list