CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2004|Reply: 3

Kasih Sejati : Dayangku Intan derma buah pinggang kepada suami

[Copy link]
Post time 21-6-2018 03:34 PM | Show all posts |Read mode


Dayangku Intan bersama dengan suami, Rosman Yahil.




KUALA LUMPUR - Penyanyi era 90-an dan popular dengan lagu Berpaut Di Dahan Cinta, Dayangku Intan,53, bakal menjalani pembedahan bagi mendermakan salah satu daripada buah pinggangnya kepada suami, Rosman Yahil, 56, pada awal Ogos depan.

Penyanyi era 90-an itu berkata, dia sudah menjalani proses untuk menentukan kesesuaian buah pinggangnya bagi didermakan kepada suami.

Bagaimanapun, keputusan sama ada buah pinggangnya sesuai atau tidak akan diketahui pada Jumaat ini.

“Saya melalui pelbagai prosedur dan ujian sejak Isnin lalu ntuk menentukan kesesuaian buah pinggang untuk didermakan kepada suami. Setakat ini, keputusan semuanya okay cuma saya masih menunggu keputusan untuk ujian akhir yang akan diketahui Jumaat ini dan jika tiada aral, saya bakal menjalani pembedahan pada awal Ogos depan sekiranya kesemua proses berjalan lancar.
“Suami memang menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi tetapi semuanya terkawal cuma tahun lalu dia disahkan terkena kencing tikus,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Ujar Dayangku Intan, suaminya ada mendapatkan rawatan selepas itu dan beransur pulih tetapi tidak menyangka penyakit tersebut merebak kepada bahagian buah pinggangnya sehingga gagal berfungsi.

Rosman yang berdepan masalah kegagalan pada kedua-dua buah pinggangnya sejak dua bulan lalu menerima rawatan di Pusat Perubatan Prince Court selepas dipindahkan dari Hospital Serdang pada Ahad lalu bagi membolehkan pembedahan dilakukan dalam kadar segera.

“Tahun lalu keadaan buah pinggangnya tidak seteruk mana selain tidak perlu menjalani rawatan dialisis tetapi kesihatannya merosot sejak dua bulan lalu.
“Doktor memberitahu hampir 15 peratus buah pinggangnya yang masih berfungsi dan oleh sebab itu, saya memilih untuk menjalani pembedahan berbanding rawatan dialisis,” jelasnya sambil memberitahu, tiada kesan sampingan kepada si penderma selain mereka masih boleh menjalani kehidupan normal walaupun dengan sebelah buah pinggang sahaja.

Katanya, sekiranya buah pinggangnya didapati tidak sesuai, dua anak lelakinya juga sanggup mendermakan buah pinggang mereka.

“Selalunya bagi kes seperti ini, kita akan menanti buah pinggang daripada mereka yang sudah meninggal dunia tetapi ia memakan masa lama.
“Jika ditakdirkan kesemua buah pinggang kami tidak sesuai, saya akan berusaha mencari penderma yang bersesuaian kerana tidak sanggup melihat keadaan suami begitu selain mahu dia sihat seperti sediakala,” ujarnya.

Pasangan itu yang mendirikan rumah tangga 34 tahun lalu dikurniakan empat cahaya mata. - K! ONLINE



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2018 04:04 PM | Show all posts
kasihannya.. semoga semuanya selamat..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 05:40 PM | Show all posts

kalau kena kencing manis dan buah pinggang boleh effect seks kan.tanya je
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga dipermudahkan & sembuh hendaknya.. kencing tikus ni dah jadi punca penyakit yg common lak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.063667 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list