View: 1180|Reply: 13
|
[Tempatan]
Kawasan beli belah KLCC dibesarkan hingga ke MRT, LRT
[Copy link]
|
|
KLCC Property bida projek perluasan kawasan beli belah KLCC
Diterbitkan pada Jun 21, 2018 13:00 MYT
KUALA LUMPUR: Pemaju hartanah mewah KLCC Property Holdings akan meneruskan proses bidaan projek perluasan kawasan beli belah KLCC yang kini dikendalikan oleh Petronas, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Hashim Wahir.
“Segala keputusan sama ada akan mengambil projek ini atau tidak akan diputuskan ahli lembaga pengarah selepas mengambil kira keadaan pasaran.
“Namun kami masih meneruskan proses bidaan,” katanya selepas bertemu Majlis Penasihat Kerajaan bagi menerangkan tentang projek berkenaan.
Projek itu melibatkan pelebaran kawasan beli belah di KLCC menjangkau ke kawasan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) dan MRT.
“Semua projek ini akan siap pada 2022 jika kami ambil alih. Jadi tidak timbul isu lebihan bekalan pejabat atau ruang komersial. Semua ruang di menara kami kini dihuni,” katanya ketika menjawab soal lebihan bekalan dalam pasaran.
Tambahnya pihak KLCC Property Holdings sedar akan keadaan semasa pasaran yang berdepan tekanan namun permintaan masih wujud dan ia sedang dianalisa oleh ahli lembaga pengarah.
Syarikat itu mempunyai ruang untuk berhutang sebanyak RM6.65 bilion, berdasarkan sesi penerangan pelabur pada Januari lalu.
Bagaimanapun Hashim enggan mendedahkan jumlah bidaan yang ditawarkan KLCC Property Holdings dalam projek berkenaan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dulu2 iols gerun jugak kt avenue k sbb sunyi sangat. Suka dgn metrojaya kt situ dulu cari barang utk design rumah. Tandas kat situ boleh tahan sunyi. Metrojaya dah katup. Pastu ada H&M baru rasa best. |
|
|
|
|
|
|
|
avenue k sejak ada h&m dan bebudak busking makin happening..nak santai rilek2 gi avenue k..klcc too crowded skg
|
|
|
|
|
|
|
|
Membazir je.. baik bikin rumah pprt dan sekolah untuk rakyat |
|
|
|
|
|
|
|
pandai pula cakap soal pembangunan...ingat nak tutup sana sini, buang kerja sana sini, ikat perut sana sini, derma tabung sana sini mcm pengemis....rupanya pandai juga ekonomi...
|
|
|
|
|
|
|
|
Lagi lah akan sesat ...last time i pusing 1 pyramid mall ....cari exit to carpark ....ini klcc .... |
|
|
|
|
|
|
|
ooo kalo PH perintah negara terus bankrap & mundur yer takde pembangunan???
patut laaa kalah
|
|
|
|
|
|
|
|
Geng PH masih tak move on dari kemenangan ari tu
Sakai baru fes time menang la katakan
Tunggang langgang negara dibuatnya |
|
|
|
|
|
|
|
Minta tun M bukak balik kedai roti jepun dia. Satu kedai pun cukuplah. |
|
|
|
|
|
|
|
harap ada underground mall dr KLCC ke Pavilion dan terus ke MRT bukit bintang |
|
|
|
|
|
|
|
Apa kaitan politik dengan pembangunan dekat KLCC? Dah situ tu memang tanah PETRONAS, dan KLCC Property Holdings anak syarikat PETRONAS. Lantak pi la depa nak buat apa pon. |
|
|
|
|
|
|
|
eco_internet replied at 22-6-2018 03:56 PM
harap ada underground mall dr KLCC ke Pavilion dan terus ke MRT bukit bintang
Ai suka klu ada undergound mall tu... |
|
|
|
|
|
|
| |
|