View: 1220|Reply: 16
|
[Tempatan]
Najib tenang di Langkawi
[Copy link]
|
|
ALOR SETAR 21 Jun - Di sebalik segala bentuk siasatan, tuduhan dan cakap-cakap mengenai pendakwaan yang dikatakan akan dimulakan terhadapnya hujung tahun ini, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama keluarga tetap tenang dan menjalani kehidupan seperti biasa tanpa menunjukkan sebarang rasa takut atau bimbang.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, sepanjang empat hari beliau meluangkan masa bersama Najib di Langkawi baru-baru ini, bekas Perdana Menteri itu dilihat masih dikelilingi oleh rakan-rakannya yang setia dan sentiasa mendapat sokongan keluarga.
“Kami berborak seperti biasa malah turut bermain golf sebelum permainan itu terpaksa dihentikan akibat hujan. Beliau tampak tenang, tak menunjukkan rasa bimbang dengan siasatan yang berjalan dan tetap melayan rakan-rakan dengan baik.
“Cumanya beliau meluahkan rasa kecewa kerana tak dapat untuk terus memacu ekonomi negara dan Kedah. Di Kedah ini kami dah rancang macam-macam termasuk pembangunan Langkawi dan Zon Ekonomi Sempadan Khas (SBEZ) tetapi beliau kata rakyat dah buat pilihan, kita kena hormat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sempena majlis rumah terbuka diadakannya di sini hari ini.
Difahamkan terdapat kira-kira 13 ahli keluarga Najib berada di Langkawi untuk bercuti dengannya di pulau legenda itu sejak Sabtu lepas hingga semalam.
Sementara itu Ahmad Bashah turut menzahirkan rasa kesal terhadap penyebaran berita-berita palsu mengenai percutian Najib dan keluarganya itu.
“Orang kata beliau duduk di hotel mewah St. Regis, padahal beliau tinggal di Hotel Westin. Selain itu pertikai pula beliau bawa 20 hingga 30 beg.
“Najib ke sana bersama ramai ahli keluarganya. Turut bersamanya dan isteri adalah anak, menantu dan cucu jadi takkanlah hendak bawa dua atau tiga beg saja,” katanya.
Dalam pada itu Ahmad Bashah memberitahu, beliau tidak mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar yang disandangnya sejak 1995 sekali gus membuka ruang kepada timbalannya, Datuk Mohd. Yusof Ismail yang menang tanpa bertanding untuk menggantikannya.
“Untuk jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri ini pula, saya serahkan kepada Presiden UMNO yang baharu nanti. Biasanya jawatan ini akan diberikan kepada kalangan Ketua Bahagian supaya melancarkan tugas mereka.
“Namun Presiden ada hak melantik sesiapa pun yang dimahukan. Secara peribadi saya tak kisah sama ada diminta untuk terus memegang jawatan ini atau tidak namun apa yang pasti, saya akan tetap bersama UMNO dan terus membantu parti ini untuk bangkit semula,” katanya. - UTUSAN ONLIN |
|
|
|
|
|
|
|
akak nak gi langkawi jugakla bulan depan |
|
|
|
|
|
|
|
Jajahan Tun M memag memberi kan Najack ketenangan . |
|
|
|
|
|
|
|
elok jugak najib & family bercuti kt langkawi... baru dia tahu betapa indahnya langkawi dan betapa mahainya makanan kt pantai cenang walaupun x sedap..... |
|
|
|
|
|
|
|
Takpa Najib. Sekiranya tak bersalah tak perlu risau sebaliknya kaki kutuk, fitnah yang patut bimbang |
|
|
|
|
|
|
|
Mcmlah Westin tu murah. Murah pada dompet tokjiblah. |
|
|
|
|
|
|
|
Westin tu hotel low class taraf marhaen jer bg najib rosmah
|
|
|
|
|
|
|
|
langkawi syurga coklat |
|
|
|
|
|
|
|
Betulker lugagge extra lebih 500kg. Aper diangkutnyer ke langkawi |
|
|
|
|
|
|
|
Dah viral MAS waive extra luggage najib rm17k..tah apa yg dia bawak.. |
|
|
|
|
|
|
|
westin tu pon mahai gak la bashah hanat |
|
|
|
|
|
|
|
peti besi?
|
|
|
|
|
|
|
|
langkawi tu pulau bebas cukai |
|
|
|
|
|
|
|
bawa apa gi langkawi sampai 500kg+? |
|
|
|
|
|
|
|
harkktuih replied at 21-6-2018 08:48 PM
Dah viral MAS waive extra luggage najib rm17k..tah apa yg dia bawak..
Knp MAS waive kan?.....
Dia bkn PM pun |
|
|
|
|
|
|
|
bungarose replied at 21-6-2018 08:09 PM
Betulker lugagge extra lebih 500kg. Aper diangkutnyer ke langkawi
Banyaknya 1/2 tan. Jongkong emasss??? |
|
|
|
|
|
|
|
jazaa100 replied at 22-6-2018 01:15 AM
Knp MAS waive kan?.....
Dia bkn PM pun
mAS akan kuar statement katanya..yg viral pun staff mas yg screenshot dr system |
|
|
|
|
|
|
| |
|