CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 753|Reply: 3

[Tempatan] Penunggang motosikal maut di NPE

[Copy link]
Post time 21-6-2018 05:21 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 21 Jun - Seorang warga emas maut selepas motosikal ditungganginya dilanggar sebuah motosikal lain dalam kemalangan di Lebuhraya Pantai Baharu (NPE), di sini hari ini.

Mangsa, Hoi Choy, 65, maut di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah akibat terbabas di pembahagi jalan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, mangsa menunggang motosikal jenis Honda Ex-5 yang menghala ke arah Bangsar dilanggar dari arah belakang oleh sebuah motosikal Demak Evo-Z ditunggangi seorang warga Indonesia.

“Akibat pelanggaran tersebut, mangsa yang merupakan tukang kayu terbabas ke kiri dan melanggar pembahagi jalan di sebelah kiri.

“Dia mengalami kecederaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas paramedik Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM),” katanya, di sini.

Zulkefly berkata, mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada anggota keluarganya.

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLIN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2018 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Siannya atok neh
Rip ya tok...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 06:00 PM | Show all posts
yang langgar elok je hidup
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 10:36 PM | Show all posts
Siannya.....

Ni Indon dtg msia dapat motosikal ke.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:04 AM GMT+8 , Processed in 0.053017 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list