CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2440|Reply: 3

Rasa Kosong Setiap Kali Bangun Pagi? Ini Mungkin Petanda Kemurungan!

[Copy link]
Post time 21-6-2018 05:49 PM | Show all posts |Read mode




Selain daripada berasa kesunyian, bagaimana mengetahui sekiranya anda telah didatangi penyakit murung?


Ini antara 10 tanda yang disenaraikan Twitter Maukerja. Semak senarai ini! Jika ia ada pada diri anda, jangan berasa malu untuk merujuk kepada pakar. Ada pelbagai cara untuk bertanya, boleh hubungi secara atas talian melalui media sosial ataupun pesanan ringkas.



Jom teliti mana satu adalah diri anda.


1. Setiap pagi bila bangun tidur, anda rasa kosong.


Anda tak pasti apa yang anda betul-betul inginkan. Rasa kosong ini biasanya dialami mereka yang tidak mempunyai rakan. Tambah kenalan untuk elak kemurungan! Banyak portal cari jodoh di luar sana.




Foto: Google Imej






2. Anda selalu "Overthinking" tentang semua perkara.


Risau yang berlebihan untuk semua perkara hingga kadang-kadang, perkara kecil pun nak diperbesar-besarkan. Jangan fikir terlalu mendalam, hidup yang singkat perlu dinikmati dengan baik.




3. Anda tidak mahu berjumpa atau bercakap dengan sesiapa.


Ini sikap yang harus dielakkan. Anda boleh mempunyai ‘me time’ tetapi bukan terlalu kerap ya. Jangan biarkan diri anda sering kesunyian tanpa ditemani sesiapa buat satu jangka masa panjang.



4. Anda sentiasa ingin bersendirian sepanjang masa.

Ini punca suara-suara halus menambahkan rasa murung. Cuba bela kucing atau hamster, baru rasa ada tanggungjawab.








5. Sentiasa rasa diri anda tidak berguna.


Sering merasakan orang lain sentiasa lebih bagus dari diri anda. Hei, yakin pada diri! Anda ada kelebihan tersendiri. Anda berpotensi, jadi tonjolkan diri anda dengan lebih sihat.




6. Sukar nak kawal emosi.


Rasa mudah marah luar biasa. Belajar kawal amarah anda. Jika tidak, semua orang di sekeliling termasuk diri sendiri akan 'sakit'.



7. Hilang minat untuk melakukan apa saja yang anda minat sebelum ni.


Banyak membuat benda separuh jalan sahaja. Tiada semangat. Jika perlu, ubah persekitaran ke tempat baharu yang lebih segar. Ataupun, ubah susun atur persekitaran untuk mewujudkan mood baru.





Foto: Google Imej







8. Mudah penat, letih atau lemah.


Ini biasa bagi mereka yang kerja lebih masa, tersangkut dalam kesesakan lalu lintas dan sebagainya. Jika ada isteri atau suami, apa kata sediakan mandian terapi atau air hangat untuk meredakan tekanan pasangan.



9. Sedih yang luar biasa.


Ini disebabkan anda selalu mengabaikan emosi sedih tanpa berkongsi atau meluahkannya. Terlalu banyak memendam di hati.


Sekiranya berlaku begini, menangislah sepuas hati dan kongsikan dengan rakan baik. Tiada rakan baik? Kongsikan di media sosial. Biar satu dunia tahu. Mungkin ada jiwa yang baik akan menghulurkan bantuan.



10. Tidur mula terganggu dan gangguan selera makan.


Yang ini perlu dititikberatkan. Tidur yang tidak cukup boleh menyebabkan tekanan dalam jiwa. Kalau boleh, hindarkan perkara yang menyebabkan anda susah tidur dan luangkan lebih masa bersama keluarga.


Bagaimana, ada ciri-ciri ini pada anda? Cuba kurangkan kemurungan dengan tip yang dikongsi berikut. Mungkin selepas ini anda menjadi lebih ceria. Selamat mencuba ya! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2018 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
No 7 tu akak. ...mungkin lepas cuti raya ni penat tak.hilang ....hehe. ..terasa nak melepek atas katil seharian. ..tapi rajin pula masuk forum. ...pelik betul. ..

Kesimpulannya perangai pemalas kena ubah. ..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 03:07 PM | Show all posts
sometimes ada gak rasa kosong, tak semangat buat apa2 pun

penat pun ye jugak kot

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 11:06 AM | Show all posts
Mintak jauh la benda ni dr terjadi kat sape2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.062938 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list