CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 472|Reply: 1

[Tempatan] Wak tiada masalah isytihar harta

[Copy link]
Post time 22-6-2018 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA NERUS - Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersedia melakukan pengisytiharan harta seperti yang disarankan oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Ahmad Zahid berkata, beliau tidak mempunyai masalah dengan saranan itu berikutan tiada apa yang perlu disembunyikan.

“Kita ikut, tidak ada masalah kerana tiada apa yang perlu disembunyikan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Perjumpaan Bersama UMNO Terengganu di Hotel TH di sini hari ini.

Pada Selasa, Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li menerusi temu bual khas ‘100 Hari Malaysia Baharu’ yang disiarkan di saluran 501 Astro Awani menyatakan kesediaan beliau untuk mengisytiharkan harta miliknya sebelum pemilihan UMNO dijadualkan pada 30 Jun ini.

Ku Li yang juga calon Presiden UMNO berkata, kesediaannya itu bagi membuktikan beliau tidak pernah melakukan salah guna kuasa dan rasuah serta untuk dibuat perbandingan oleh ahli parti.

"Saya rela diperiksa dan saya rasa semua calon-calon yang hendak bertanding dalam pemilihan UMNO ini pun patut diperiksa bukan hanya di peringkat presiden tetapi peringkat lain sekali pun," katanya seperti dipetik menerusi portal Astro Awani.

Selain Ahmad Zahid dan Ku Li, calon lain yang turut menyerahkan borang untuk bertanding bagi jawatan Presiden Umno adalah bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta dua lagi calon, Mohamed Iqbal Maricair (Bahagian Tun Razak) dan Mohd. Yusof Musa@jamaluddin (Iskandar Puteri).  - K! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2018 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
selamat kak long gigi..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.386653 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list