CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1026|Reply: 6

[Politik] Abang Johari nafi jumpa Zahid bincang tubuh Gabungan Parti Sarawak

[Copy link]
Post time 22-6-2018 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUCHING - Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menafikan beliau mengadakan pertemuan dengan Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan meminta pandangan berhubung hasrat kerajaan Sarawak meninggalkan Barisan Nasional (BN) dan menubuhkan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Abang Johari turut menafikan niat untuk kembali menyertai BN sekiranya bekas parti komponennya itu berjaya membentuk kerajaan Persekutuan pada masa depan.

Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Idris Buang berkata, beliau selaku jurucakap mewakili Ketua Menteri menafikan dakwaan Ahmad Zahid seperti yang ditularkan dalam media sosial hari ini.

Tegasnya, Ketua Menteri menafikan sekeras-kerasnya dakwaan ada mengadakan perjumpaan dan perbincangan bersama Ahmad Zahid.

"Parti kita sudah jelas mengumumkan bahawa matlamat meninggalkan BN dan menubuhkan GPS atas alasan hanya parti ini sahaja yang mempunyai kredibiliti dan kemampuan untuk memperjuangkan hak Sarawak," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Kenyataan itu merujuk kepada video tular di media sosial yang menunjukkan Ahmad Zahid dalam ucapannya mendakwa beliau ada berjumpa dan berbincang dengan Abang Johari berkenaan niat kedua menubuhkan GPS dan meninggalkan BN.

Dalam video berdurasi 2 minit 41 saat itu, Ahmad Zahid mendakwa, Abang Johari telah meminta pandangan beliau untuk menubuhkan GPS sebagai entiti berlainan daripada BN kerana tiada pilihan jika ingin menang dalam pilihan raya negeri yang dijangka berlangsung dua tiga tahun lagi. -K! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2018 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
jawa komidi ni nipu lagi kaaa??
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 09:55 AM | Show all posts
kuat nipu jahid neh
banyak kes dia cakap lain dari apa yang berlaku
siapa rajin buat lah list
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 10:49 AM | Show all posts
Aku sejak dia kata pernah jumpa Arab penderma 2.6 bil tu terus tak percaya kat Jawa sorang ni...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia for Malays..
Indons NOT WANTED.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Abg Jo ni pon xde aura sgat berbanding toknan. Abg Jo lebih kpd macai bn sejati yg pkir nak penuhkan kanting poket dia jah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-6-2018 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
system_failure replied at 24-6-2018 01:18 PM
Malaysia for Malays..
Indons NOT WANTED.

Sekor sekor nampak hodoh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.073472 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list