CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1168|Reply: 17

[Tempatan] Kejatuhan Umno sama seperti karamnya kapal RMS Titanic

[Copy link]
Post time 21-6-2018 04:12 PM | Show all posts |Read mode
Umno sama seperti kapal Titanic
21 Jun 2018

SHAH ALAM - Kejatuhan Umno dalam PRU14 baru-baru ini diibaratkan seperti karamnya kapal persiaran mewah, RMS Titanic pada 1912.

Ini kerana pada ketika itu, ramai berpendapat bahawa kapal itu tidak mungkin karam kerana mempunyai teknologi yang tinggi.

Sama seperti Umno, calon Exco Pemuda Umno, Zamri Mohd Isa, 39, berkata, runtuhnya Umno pada tarikh keramat 9 Mei lalu adalah satu keputusan yang tidak dijangka selepas parti gah menerajui negara lebih 60 tahun.

“Sama seperti Titanic. Dulu orang kata kapal itu tidak akan karam langsung. Tetapi tiba-tiba langgar bongkah ais terus dia karam tanpa disangka. Masa itu kita terlalu angkuh dan terlalu yakin,” katanya.

Beliau berkata, untuk menimbulkan semula Umno yang telah karam, satu kajian perlu dilakukan bagi meneliti punca sebenar parti yang berusia 72 tahun itu ditolak rakyat dalam PRU14.

Sebagai seorang peguam, beliau melihat Perlembagaan Umno itu perlu dipinda bagi meneruskan kelangsungan Umno untuk diterima pada masa kini.

“Antara perkara-perkara yang saya lihat adalah dahulu seseorang itu duduk di pucuk pimpinan, dia duduk terlalu lama dan terlalu berkuasa. Apabila ada suara-suara penentangan, suara-suara tidak bersetuju lantas dibuang daripada parti.

“Apabila tiada teguran untuk check and balance, akhirnya orang yang dalam parti tidak berani bercakap. Sebab itu wujudnya ‘yess boss yess boss’. Akhirnya orang yang berada di pucuk pimpinan dia akan terlalu berkuasa,” katanya.

Lantas jika dipilih sebagai Exco Pemuda Umno dalam pemilihan sayap parti itu Sabtu ini, beliau berjanji akan mengutamakan agenda meminda Perlembagaan Umno supaya parti itu kekal realistik.

“Saya akan melihat dan mengkaji had penggal jawatan utama dalam Umno, khususnya presiden, timbalan presiden, ketua-ketua bahagian malah sampai ke ketua cawangan. Kita perlu melihat secara total bagaimana kita nak pastikan bahawa mereka memegang jawatan itu tidak menyalahgunakan kuasa mereka.

“Kita juga mungkin boleh wujudkan majlis penasihat presiden. Dalam perlembagaan itu, majlis penasihat presiden boleh menasihati presiden dan mereka tidak boleh dipecat,” katanya.

Zamri ketika ini merupakan Naib Ketua Pemuda Umno Cawangan Teluk Bahang, Ketua Penerangan PPU Balik Pulau, Ahli Jawatankuasa Biro Pelajar Luar Negara Umno, Peguam Umno Pulau Pinang, Presiden Persatuan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2018 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
U jump i jump
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 04:36 PM | Show all posts
fuh...nak buat majlis penasihat presiden pulak dah...
mcm jedi council la nih..bagi nasihat..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 05:04 PM | Show all posts
Edited by Maideen. at 21-6-2018 05:10 PM


Salah seorang mangsa karam kapal Titanic menerima rawatan setelah diselamatkan bot nelayan.




Mangsa sama menceritakan detik detik cemas kapal Titanic terlanggar ketulan Ice dan bagaimana dia terselamat.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 05:21 PM | Show all posts
Maideen. replied at 21-6-2018 05:04 PM
Salah seorang mangsa karam kapal Titanic menerima rawatan setelah diselamatkan bot nelayan.

Karam kah Bang Maideen ???!  Najack dan Rosemah selamat kah  ????? Batu berlian tersebut sempat  ambil ?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 05:22 PM | Show all posts
Dahsyat nya berita ...karam akibat terlanggar  "ais kepai  milo kepala bapak ko"  ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2018 05:23 PM | Show all posts
How about Najack ?

How about Rosemah?

Goddddddddddd
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 05:57 PM | Show all posts
HannahMontana replied at 21-6-2018 05:21 PM
Karam kah Bang Maideen ???!  Najack dan Rosemah selamat kah  ????? Batu berlian tersebut sempat  a ...



Menurut mangsa dia hanya berjaya menyelamatkan
beberapa jam tangan pelesu serta degree pelesunya
dari Amrika sebelum terjun ke laut...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2018 06:03 PM | Show all posts
Maideen. replied at 21-6-2018 05:57 PM
Menurut mangsa dia hanya berjaya menyelamatkan
beberapa jam tangan pelesu serta degree peles ...

mesti kapal karam angkara bang Maideen , sebab mcm mana bang Maideen boleh terselamat ? Mesti bang Maideen humban Rosemah kedalam laut ...?!! Bang Maideen ni ada atas kapal yg sama


Ohhhhhhhhhhhhhhhhh bang Maideen
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Maideen. replied at 21-6-2018 05:57 PM
Menurut mangsa dia hanya berjaya menyelamatkan
beberapa jam tangan pelesu serta degree peles ...

Adoi bang maideen ni gambar bila.capuk2 bedaknya
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 06:57 PM | Show all posts
syidasaleh replied at 21-6-2018 06:27 PM
Adoi bang maideen ni gambar bila.capuk2 bedaknya

April 1912...........beberapa hari selepas RMS Titanic tenggelam.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kapal titanic tak di lengkapkan dgn pelampong sbb konpiden takkn tenggelam....

Sama gak mcm umno...kak ros tak sorokkn beg birkin helmes sbb konpiden umno takkn kalah.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 09:56 PM | Show all posts
Sonok gilerr masa umno tumbang tunggu result mlm tu, berapa jam tertunggu2 sesambil masuk forum .siap bersiaran lansung dgn kwn2 msia dr germany, amerika n ostolia..weols tukar2 info...meriah gitewww
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah karam macam kapai taitanic, maknanya dah takde harapan untuk umngok diselamatkan
Yabedabedu!
RIP forever & ever umngok!
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 06:18 AM | Show all posts
kalau baca sambil dengar versi rekorder nih, lg feel sampai keluar air mata







Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts

UMNO bak kapal Titanic, siapa Leonardo DiCapario nya?

SHAH ALAM - Kejatuhan Umno dalam PRU14 baru-baru ini diibaratkan seperti karamnya kapal persiaran mewah, RMS Titanic pada 1912.

Ini kerana pada ketika itu, ramai berpendapat bahawa kapal itu tidak mungkin karam kerana mempunyai teknologi yang tinggi.

Sama seperti Umno, calon Exco Pemuda Umno, Zamri Mohd Isa, 39, berkata, runtuhnya Umno pada tarikh keramat 9 Mei lalu adalah satu keputusan yang tidak dijangka selepas parti gah menerajui negara lebih 60 tahun.

“Sama seperti Titanic. Dulu orang kata kapal itu tidak akan karam langsung. Tetapi tiba-tiba langgar bongkah ais terus dia karam tanpa disangka. Masa itu kita terlalu angkuh dan terlalu yakin,” katanya.

Beliau berkata, untuk menimbulkan semula Umno yang telah karam, satu kajian perlu dilakukan bagi meneliti punca sebenar parti yang berusia 72 tahun itu ditolak rakyat dalam PRU14.

Sebagai seorang peguam, beliau melihat Perlembagaan Umno itu perlu dipinda bagi meneruskan kelangsungan Umno untuk diterima pada masa kini.

“Antara perkara-perkara yang saya lihat adalah dahulu seseorang itu duduk di pucuk pimpinan, dia duduk terlalu lama dan terlalu berkuasa. Apabila ada suara-suara penentangan, suara-suara tidak bersetuju lantas dibuang daripada parti.

“Apabila tiada teguran untuk check and balance, akhirnya orang yang dalam parti tidak berani bercakap. Sebab itu wujudnya ‘yess boss yess boss’. Akhirnya orang yang berada di pucuk pimpinan dia akan terlalu berkuasa,” katanya.

Lantas jika dipilih sebagai Exco Pemuda Umno dalam pemilihan sayap parti itu Sabtu ini, beliau berjanji akan mengutamakan agenda meminda Perlembagaan Umno supaya parti itu kekal realistik.

“Saya akan melihat dan mengkaji had penggal jawatan utama dalam Umno, khususnya presiden, timbalan presiden, ketua-ketua bahagian malah sampai ke ketua cawangan. Kita perlu melihat secara total bagaimana kita nak pastikan bahawa mereka memegang jawatan itu tidak menyalahgunakan kuasa mereka.

“Kita juga mungkin boleh wujudkan majlis penasihat presiden. Dalam perlembagaan itu, majlis penasihat presiden boleh menasihati presiden dan mereka tidak boleh dipecat,” katanya.

Zamri ketika ini merupakan Naib Ketua Pemuda Umno Cawangan Teluk Bahang, Ketua Penerangan PPU Balik Pulau, Ahli Jawatankuasa Biro Pelajar Luar Negara Umno, Peguam Umno Pulau Pinang, Presiden Persatuan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-6-2018 08:32 AM | Show all posts
maknanya umno confirm terkubur
rakyat rindukan zaman kain pelikat, cash RM50
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 09:28 AM | Show all posts
heronya jamal jamban
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.070061 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list