CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 909|Reply: 3

[Tempatan] Ahli sendiri akui 'Cash is King' dalam UMNO sukar sikit nak bendung. Alasan la t

[Copy link]
Post time 22-6-2018 08:25 AM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 22-6-2018 08:27 AM

Dibelenggu politik wang? Ini reaksi calon Ketua Pemuda UMNO
| Diterbitkan pada Jun 22, 2018 06:00 MYT

KUALA LUMPUR: Parti UMNO seringkali dilihat terpalit dengan dakwaan politik wang sehingga tokoh veteran parti itu yang juga calon jawatan Presiden UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah turut mengakui ia sukar untuk dipulihkan.

Calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan menegaskan, politik wang telah menyebabkan parti itu telah lari dari ideologi asal penubuhannya.

"UMNO adalah tempat untuk mengaut keuntungan dan juga membuat wang. Ini adalah apa yang dikatakan oleh golongan akar umbi. Pemimpin-pemimpin UMNO juga dikatakan sebagai mencipta kekayaan buat 'broker' atau bergantung ekonomi kepada parti.

"Kita telah silap dan lari dari ideologi politik UMNO kerana ideologi politik UMNO adalah berkhidmat untuk masyarakat. Buat masa ini, rakyat menganggap tidak ada tempat dalam UMNO untuk mencipta apa sahaja yang diimpikan," katanya.


Sementara itu, pencabar Agyl, Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun dalam mengulas perkara sama berkata pengaruh politik wang berpunca akibat ahli di peringkat bawah yang terpaksa tunduk dengan sistem sedia ada.
"Politik wang ini, suka atau tidak, kita kena akui bahawa apabila kedudukan politik seseorang pemimpin dengan pengaruh yang ada di bawah terpaksa tunduk kepada pengaruh tersebut.

"Mereka (pemimpin) menggunakan kedudukan itu untuk menggunakan mungkin wang untuk membeli sokongan kerana itu struktur dan sistem yang ada.

"Jika kita buat pendemokrasian yang lebih besar dan luas dan beri hak kembali kepada rakyat mungkin kita boleh mengatasi gejala politik wang tersebut," ujarnya.


Sementara itu, salah seorang calon kerusi sama, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata terma 'cash is king' dalam pemikiran ahli UMNO perlu dihapuskan bagi memastikan parti keramat Melayu itu akan terus kekal relevan pada masa akan datang.

"Ini saat terbaik untuk kita melakukan muhasabah. Kalau kita merasakan bahawa kelekaan dan kealpaan kita ketika kita di tampuk kuasa dahulu, kita mengatakan bahawa 'money is everything' dan 'cash is king' selain bergelumang dalam aspek-aspek negatif sehingga kita dibenci oleh rakyat, maka pada waktu ini sebenarnya adalah masa terbaik untuk kita melakukan perubahan.

"Pada saat ini, saya berani menawarkan diri sebagai calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia kerana saya melihat ini adalah masa melakukan perubahan," ujarnya.


Turut senada dalam isu politik wang itu adalah Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah yang berpandangan pembaharuan yang lebih radikal perlu dilakukan dalam semua peringkat parti itu.

"Itu sebabnya pembaharuan yang radikal mesti kita lakukan dengan seberapa segera. Kita tidak boleh lagi guna gerak kerja yang begitu idealistik yang mana seolah-olahnya kita menggunakan asas yang sama digunakan pihak kerajaan terdahulu.

"Kita mesti ubah secara radikal tetapi perubahan radikal perlu dilakukan secara luar biasa. Kita tidak boleh lagi guna kaedah-kaedah seolah-olah kita menyantuni pihak kerajaan.

"Mentaliti kita harus di tahap sedia ada iaitu sebagai pembangkang," tegasnya.


Kesemua mereka memberi reaksi tersebut dalam sesi Dialog Calon Ketua Pemuda UMNO 2018, bersiaran semalam yang dihoskan oleh Timabalan Ketua Pengarang Astro AWANI, Kamarul Bahrin Haron.

Astro AWANI membuka tirai Pemilihan UMNO 2018 dengan menganjurkan Debat AWANI yang meraikan percambahan idea dan buah fikiran yang mana para perwakilan UMNO akan menentukan pemimpin mereka dalam memastikan parti itu bukan sahaja menang pada PRU akan datang sebaliknya terus kekal relevan pada masa akan datang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2018 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo ikut otak macai hamno cash is king
Kalo ikut otak org cerdik pandai, skills and knowledge are kings
Sama la mcm lantikan politik... Deny hak org yg layak utk dpt keje
Sogok duit kat HR GLC, sbb pakai kabel,anak org besar hamno
Padahal bila dah stat keje, baru tau laaaa dia ni bodoh bengap takde skills and knowledge rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 09:07 AM | Show all posts
apa ni mengaku terang2..
jenuh abam tobby kena buat karangan panjang pasni nak menyucikan umno..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 10:52 AM | Show all posts
bila dari zaman ke zaman da dibiasakan macam tu la.

contoh dengan anak2 or budak kecik. buat ni nanti bagi upah. sampai ke sudah la kau kena bagi upah walau taknak bagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.065312 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list