CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1729|Reply: 21

[Tempatan] Aidilfitri: Nilai, warisan yang kian dilupakan

[Copy link]
Post time 22-6-2018 10:24 AM | Show all posts |Read mode
SABAN tahun, kedatangan satu Syawal pastinya mengundang seribu satu kegembiraan kepada umat Islam. Setelah berjuang melawan hawa nafsu selama sebulan Ramadan, pastinya kedatangan Syawal membangkitkan nostalgia dan warisan yang dilakukan oleh masyakat terdahulu.

Namun, tanpa kita sedar rupanya nilai dan warisan yang telah diamalkan sejak zaman berzaman rupanya semakin pudar dalam kalangan masyarakat kini. Seharusnya, kedatangan Syawal merupakan medan terbaik bagi merapatkan silaturahim, malah menaut kembali ikatan persaudaraan yang telah lama putus.

Mungkin terdapat beberapa ketika kita asyik bertelagah kerana perbezaan pandangan atau ideologi politik kepartian, maka sewajarnyalah pada Syawal ini kita saling bermaafan. Ini sesuai dengan firman ALLAH SWT yang bermaksud:

“Sebenarnya orang beriman itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu; dan bertakwalah kepada ALLAH agar kamu beroleh rahmat.” (Surah Al-Hujurat, ayat 10).

Sewajarnya hasil tarbiah Ramadan menghasilkan manifestasi untuk kita berakhlak mulia. Islam merupakan agama yang sangat menggalakkan umatnya menghubungkan silaturahim dalam kalangan keluarga dan umat Islam keseluruhannya.

Sewajarnya kedatangan Syawal mengukuhkan kembali ikatan persaudaraan tanpa memikirkan perbezaan parti politik, kedudukan dan pangkat.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: Tidak masuk ke syurga pemutus silaturahim (Riwayat Bukhari dan Muslim). Malangnya, amalan kunjung mengunjungi dan ziarah menziarahi dilihat semakin layu terutamanya dalam kalangan generasi muda. Mereka dilihat lebih selesa bersama gajet masing-masing.

Natijahnya, ada yang sudah tidak gemar berkunjung ke rumah sanak saudara sehinggakan ada yang tidak mengenali antara satu sama lain walhal mempunyai ikatan pertalian kekeluargaan. Malah, lebih menyedihkan ada dalam kalangan anak-anak yang tidak keluar dari bilik kerana leka dengan gajet untuk menyambut tetamu yang hadir ke rumah.

Bukan sahaja dalam kalangan ahli keluarga, malah sahabat handai, jiran, rakan dan taulan serta individu yang banyak berjasa kepada kita seperti guru-guru yang telah mendidik sewaktu di alam persekolahan wajarlah diziarahi.

Betapa pentingnya amalan menziarahi kaum kerabat dan sahabat handai ini sehinggakan antara amalan sunah Nabi Muhammad SAW. Baginda akan melalui jalan yang lain untuk menunaikan solat hari raya dan melalui jalan yang berlainan ketika pulang ke rumah.

Selain itu, tanpa disedari busana Melayu yang sinonim dengan identiti masyarakat Melayu juga kelihatan sudah semakin terhakis ketika sambutan Aidilfitri. Ada yang sudah menyarungkan pakaian yang menghilangkan identiti pakaian tradisional ini bermula dari satu Syawal lagi.

Mungkin bagi mereka, busana Melayu tidak menepati selera “generasi Y” yang lebih santai berbaju santai dan berseluar jean. Walaupun ia bukan suatu kemestian, namun amatlah menyedihkan jika kita sendiri tidak berbangga dengan busana tradisional yang sewajarnya digayakan dengan sebaiknya sewaktu menyambut lebaran.

Begitu juga dengan aspek juadah. Kebanyakan generasi muda sudah kurang berminat dengan juadah tradisional. Mungkin kerana lambakan kuih moden di pasaran menyebabkan ada generasi muda yang sudah tidak dapat mengingati nama-nama kuih tradisional yang sememangnya menjadi hidangan warisan sejak dahulu kala.

Mungkin ada dalam kalangan kita yang merindui beberapa juadah tradisional yang disediakan secara tradisi seperti dimasak menggunakan kayu api dan arang, namun dengan kecanggihan teknologi kini juadah seperti ketupat segera, dodol yang dimasak menggunakan mesin yang semestinya aroma dan rasanya tidak dapat menandingi juadah dodol yang dimasak secara tradisional.

Selain itu, adab-adab selaku tetamu juga wajarlah diambil perhatian. Antara adab sebagai seorang tetamu ialah mestilah berniat baik atas kunjungannya, tidak memilih-milih tempat untuk berkunjung seperti hanya berkunjung ke rumah orang-orang kenamaan, berharta, berpangkat serta berkedudukan tinggi dalam masyarakat.

Tetamu juga hendaklah bijak memilih waktu berkunjung sesuai. Janganlah berkunjung pada waktu awal pagi, tengah hari dan larut malam kerana kebiasaan pada waktu tersebut pihak tuan rumah sedang beristirahat.

Sebaiknya, jika rumah yang ingin dituju itu berada di lokasi yang agak jauh, maklumkan terlebih dahulu kedatangan kita ke sana melalui panggilan telefon dan sebagainya. Sebagai tetamu juga, adalah tidak sepatutnya bebas melakukan apa sahaja di rumah orang kerana perbuatan itu akan mengganggu dan tidak disenangi tuan rumah.

Selamat berhari raya bersama keluarga, sahabat dan rakan tercinta!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2018 10:36 AM | Show all posts
dulu mana ada jalan raya jem gila kereta bergerak macam siput...

dulu anak beranak, adik beradik, pakcik makcik duduk kat satu kampung , kenal semua sepupu dua pupu...senang la nak kunjung mengunjung..  sekarang bersepah merata malaysia...

FB, whatsapp group pun boleh merapatkan siratul rahim juga..

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai sedara dah arwah..anak2 pun dah pindah tak kosser dah nak melawat sedara mara unless mak pak masih hidup ajak beraya

Dapat beraya rumah mak ayah n adik beradik sendiri,kengkawan rapat cukup
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 10:47 AM | Show all posts
time raya cuma melawat adik bradik kandung
n sedara yg betul2 kenal rapat
yg x berapa kenal tu mmg xde la nk gi ziarah..nnti jenuh aku nk explain sape aku..:lol
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 11:18 AM | Show all posts
Kenapa nak minta maaf, kunjung mengunjungi masa raya aje?
Ada 11 bulan lagi -tak payah minta maaf or melawat saudara mara?

Pelik betul. Bila nak raya aje semua sibuk nak balik kampung and masa nilah byk accident. Padahal hari2 lain pun boleh minta maaf dan kan kita disarankan untuk minta maaf setiap hari! Takkanlah nak minta maaf stahun sekali aje??
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 11:25 AM | Show all posts
uda replied at 22-6-2018 11:18 AM
Kenapa nak minta maaf, kunjung mengunjungi masa raya aje?
Ada 11 bulan lagi -tak payah minta maaf  ...

best o balik kg masa raya... pengalaman jem... pengalaman jem kt dapur... masak dodol, bakar lemang... dpt berkumpul... masa cuti biasa x semua ahli keluarga dpt cuti panjang.... lgpun perasaan time raya ni lain dari cuti hari biasa.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2018 11:27 AM | Show all posts
Raya setakat ke rumah makcik pakcik aje...
Rumah cousin bagai tu tak koser la nak pergi...
Melainkan mak bapak (aka makcik/pakcik i) tinggal dengan dia orang..

Rumah abang kakak pun tak pergi...
Jumpa kat rumah mak aje dah...
Itulah raya kita orang..
Tak koser la nak ukur tanah beraya dr sesudah subuh sampai ke tengah malam..
Mcm kawan I, tiap2 tahun beraya pergi rumah makcik pakcik, sepupu, mak angkat, abang angkat, nenek sedara, cucu sedara, itu ini la penat la oiii...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 11:33 AM | Show all posts
carly_lah replied at 22-6-2018 11:25 AM
best o balik kg masa raya... pengalaman jem... pengalaman jem kt dapur... masak dodol, bakar leman ...

Best jem??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2018 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
yg iolls tgk, semua nak buat live, insta stori berootd meanwhile background music is takbir raya.. pastu, ada yg pukimak ingat budak2 hadap dia punya angpau.. pukimakkkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 11:38 AM | Show all posts
artikel bodoh kimak, kunjung mengunjung di idulfitri, bermaaf-maafan, memuja kubor etc yg macam melayu dok buat tu bukan cara sambut raya ikut sunnah dan syariat.. itu bangang punya amalan melayu yang dh jadi sebati pada hari raya persis jadi prektis wajib di hari raya. padahai semua amalan2 di idulfitri adalah perkara sunat, tp melayu buat mcm p kubur p umah saudara mara tu wajib.

hari bukan raya pon buleh buat semua tu watpa nk tunggu hari raya.. cuba bagi hadis pasai sambut raya kena p ziarah tetamu, bermaafan, dsbnya? kalau ada la..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Keluarga wana agak beso.. Tawaf rumah mak pak sedara dengan pakej jumpa sepupu sepapat sekali.. Kalo kumpul keluarga boleh buat kenduri kawen.. Walau ada yg dah menghadap ilahi tapi weols masih terus tradisi lagi.. Gigih balik kg semata nak raya
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 11:42 AM | Show all posts
beraya sedara mara rapat je, hari-hari biasa tak pernah kerumah mereka pasal bz. kalau jemputan kahwin pon tak kesempatan dtg
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 11:43 AM | Show all posts
so apa tentatif raya melayu  baru????
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 11:46 AM | Show all posts

kn la enjoy jem.. stress kang boleh bunuh diri... time raya kt kg2 ulu yg x pernah merasa jem sebelum2 ni... pun merasa jem... skg inilah suasana hari raya... x kira la raya cina ke.. raya melayu ke... buluh yg sentiasa ada stock time hari biasa... abis gondol time raya tau.... tu belum citer lembu yg kena angkut dgn "pak sedara" sebab depa nk berniaga... untung atas angin tau...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2018 11:46 AM | Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 22-6-2018 03:38 AM
artikel bodoh kimak, kunjung mengunjung di idulfitri, bermaaf-maafan, memuja kubor etc yg macam mela ...

awak siti kassim kah?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 12:02 PM | Show all posts

mmg la tak best. tapi bukan kita sorang jer ngadap jem. semua org di jln raya pun. lagipun walaupun redah jem tapi bila sampai  rumah mak ayah happy sangat tgk wajah depa. depa pun happy sgt anak2 balik. hilang rasa penat lelah bila tgk muka mak. tak kira balik raya ke balik cuti biasa ke. bila tgk muka mak tu happy sgt. nak ajak mak beraya di kl dia tak nak pulak.... so ikut cakap dia la raya kampung. asal mak happy...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2018 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
uda replied at 22-6-2018 11:18 AM
Kenapa nak minta maaf, kunjung mengunjungi masa raya aje?
Ada 11 bulan lagi -tak payah minta maaf  ...

Paling tak tahan pi ziarah cuma time raya je kira kalo terlepas mmg kena tunggu tahun depan lah.
Serius laaa.. cth mcm dgn kenkawan rapat pun gitu.
Tgk mat saleh tu tiap minggu ade je gathering ngn kenkawan la pemeli masak2 mkn n lepak bagai.
Org kita xde raya mmg susah lah nk jumpa sanak kaum famili sobat handal segala.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 12:13 PM | Show all posts

no just an observer

tu aku mintak, kalau ada hadis pasai hari raya idulfitri yang in line dgn amalan melayu dok buat tu paste mai sini..


cob: pelik dgn ummat melayu, sedangkan solat idulfitri tu pon sunat, apasai melayu buat puja kubur, bermaafaan, menangis di idulfitri tu mcm wajib?


Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 12:19 PM | Show all posts
ramai ja masih traditional, baju kuih traditional, dan bercampur moden. takkan hilang traditional itu sehingga 50 tahun akan hilang sedikit2. kuih2 dan baju raya zaman 1600, 1700, 1800 pakai apa ye, sama ka sampai sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by zidane_ziege at 22-6-2018 12:24 PM

Yg takde life je yg nk persoal kenapa raya mesti mcm tu..mesti mcm ni..

Raya ni sebenarnya utk meraikan keluarga..balik ramai2 kerumah ibu bapa..sama2 buat persiapan. .beratur bermaafan pagi raya..saling ziarah menziarah..

Kenapa tak buat masa hari2 lain? Berapa kali dlm setahun kau dpt cuti panjang serentak dgn famili kau? Tahun ni ada la sekali sbb nk mengundi..tp time tu kau sibuk lak berpolitik..

Ini lah masa berkualiti kita dgn famili..masa utk tak payah fikir hal dunia..just makan dan gelak ketawa riang..

Dgn syarat..dont break the rule..iaitu jgn fikir hal dunia..hal siapa lebih..siapa kurang..

Dan kalau boleh tak payah la share sgt hal family kau kat medsos sebagai menjaga hati mereka yg tiada life..kesian..

Aku yg ada life pun meluat..segala rumah tok anjang kau nk check in kat medsos..

Kau melawat..ajak org tua tu berborak lah..bukan kenalkan kat aku..hahahaha
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.076424 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list