CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6857|Reply: 34

'Belum ada orang kutuk suara saya' - Ain Edruce (Kekasih Paksa Rela)

[Copy link]
Post time 22-6-2018 10:54 AM | Show all posts |Read mode




KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelakon, Ain Edruce, bersyukur kerana vokal unik miliknya tidak mengundang kritikan negatif daripada orang ramai atau netizen.


Kata Ain, 27, sebagai orang baharu dalam bidang seni, tentu saja dia bimbang dengan penerimaan penonton terhadap suaranya yang dianggap berbeza jika dibandingkan dengan selebriti wanita lain.


"Khalayak tentunya akan memberikan pelbagai maklum balas terhadap sesuatu yang mereka tonton di kaca televisyen. Bukan sekadar komen positif, malah kata-kata negatif juga kadang kala turut diberikan terhadap hos baharu.


"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana setakat ini belum ada pihak yang berpendapat suara saya aneh atau menjengkelkan. Malah, ia sebaliknya menjadi perhatian dan kebanyakannya memberi pujian.


"Kalau boleh, saya sendiri mahu dikenali bukan saja sebagai pengacara. Justeru, jika ada kesempatan dan peluang, saya ingin mencuba pelbagai bidang lain juga. Begitupun, buat masa ini saya belum ada perancangan untuk menjadi penyanyi," katanya yang mempunyai latar belakang dalam bidang muzik.


Bercakap kepada BH Online, pengacara Pop! Express dan pelakon drama bersiri Kekasih Paksa Rela ini berkata, walaupun ingin dikenali dengan gelaran anak seni serba boleh, dia harus bijak membahagikan waktu.


"Saya tidak mahu fokus terhadap sesuatu kerja terganggu sekiranya bertindak menerima pelbagai tawaran dalam satu masa," tegasnya.


Sementara itu, Ain berkongsi hasratnya untuk terus mengekalkan imej berambut hitam kerana sudah jelak mencuba pelbagai warna sebelum ini.


"Sebenarnya, sebelum ini saya sering kali menukar warna rambut hingga membuatkan ia rosak. Jadi, saya mengambil pendekatan untuk mengekalkan warna semula jadi. Tidak sangka ramai pula yang memuji imej sebegini," katanya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2018 10:57 AM | Show all posts
tertengok dia ni dekat hurr tv and somehow tersuka dekat dia.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 11:07 AM | Show all posts
baru tgk dia berlakon drama raya timah tina ape tah...sedap juga sheols ni bertutur bahasa melayu klasik...better dari nadia aqilah...remind me of ummi nazeera citer merong dan hantu kak limah...manis budaknya siap pakej tinggi jugak...tapi bila jadi tina hip hop tu annoying la pulak...mungkin sheols hanya sesuai berlakon jadi gadis tertib sopan santun jah kot...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 11:10 AM | Show all posts
suka "kak ros" ni sengal
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 11:13 AM | Show all posts
nunuiman replied at 22-6-2018 10:57 AM
tertengok dia ni dekat hurr tv and somehow tersuka dekat dia.

Aiols pun sokom sheols.. bersahaja & tersendiri

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 11:14 AM | Show all posts
akak confuse dia dgn awek yg berlakon citer pukul 7 tibitiga yg halalkan hatiyg kucuri tu..... yg tinggi tu..... muka ada iras2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2018 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
idril replied at 22-6-2018 11:14 AM
akak confuse dia dgn awek yg berlakon citer pukul 7 tibitiga yg halalkan hatiyg kucuri tu..... yg ti ...

Yg tu mimilana, mungkin sebab dua2 jenis kurus muka runcing so macam nak sama kan? Tp ain ni iolls suka sebab sejenis gila2 tak dibuat so far ni laaa
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 12:06 PM | Show all posts
mek tertengok kat ig, yg dia share kisah seraam..

mmg tingtong gak lah pngai nya.. and mek suka jeh tgk dia... sbb biul2 gtu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2018 12:07 PM | Show all posts
love her.  menjerit memekak kat lima letop tu pun iols xkisah haha. tak nampak fake. love you ain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2018 12:13 PM | Show all posts
idril replied at 22-6-2018 11:14 AM
akak confuse dia dgn awek yg berlakon citer pukul 7 tibitiga yg halalkan hatiyg kucuri tu..... yg ti ...



aku rasa lebih iras bini mat dan kaki jalan
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 12:35 PM | Show all posts
Pernah jumap her depan-depan memang lawa. exotic looks
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
bukan_ustazah replied at 22-6-2018 12:35 PM
Pernah jumap her depan-depan memang lawa. exotic looks

Baru nak ckp...suke dia sbb cantik yg eksotik
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 12:55 PM | Show all posts
muka exotic tp bbual cm 'kg'2 skit la .. no offence . tp character dia sempoi n klakar
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 12:58 PM | Show all posts
xtahumenahu replied at 22-6-2018 12:37 PM
Baru nak ckp...suke dia sbb cantik yg eksotik

she natural beauty, original borneo face without any mix dia kan asal sarawak macam camelia
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 01:02 PM | Show all posts
Dia mmg jenis suara tak ke apa? Mcm sakit tekak ja suara dia
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni very sempoi. X cover2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2018 02:05 PM | Show all posts
bukan_ustazah replied at 22-6-2018 12:58 PM
she natural beauty, original borneo face without any mix dia kan asal sarawak macam camelia

xde nya pure borneo..mix pantai timur belah mak kalau tak silap.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 03:35 PM | Show all posts
dia lawa lengkap pakej tapi bila gelak bingit sikit... ting tong tu menarik sbnrnya....hahaha,,iols pon suka tgok dia ..rambut dia mmg lawa
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia dalam citer ngan remy tu gojes sungguh.pakai apa2 pun cantik terletak je....by by..igt2 dia panggil remy...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
tak pernah miss tgk dia kat Hurr.tv
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.073746 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list