CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1551|Reply: 7

'Laman sosial saya bukan tempat berdebat' - Datuk Aaron Aziz

[Copy link]
Post time 22-6-2018 11:07 AM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR: Pelakon Datuk Aaron Aziz, 42, mengambil pendekatan menyekat pengikut di laman sosial yang sering meninggalkan komen negatif bagi mengelaknya daripada menjadi platform perdebatan.


Menyeru artis supaya bijak menilai setiap pengisian yang ingin dimuat naik dan dikongsi dengan umum, Aaron berkata, segelintir pengikut sengaja mencetuskan perbalahan kerana mahukan perhatian.


"Saya akan sekat mereka yang meninggalkan komen negatif di laman sosial saya. Sebelum berbuat demikian, saya akan dahulu balas komen mereka dengan ayat sarkastik. Mereka sengaja berbuat begitu kerana mahukan perhatian.


"Ada ketika, saya sengaja buat tidak tahu kerana tidak mahu ia menjadi virus. Disebabkan itu, artis sepatutnya menilai dan mempertimbangkan dengan mendalam sebelum memuat naik sesuatu bagi mengelak perdebatan," katanya.


Kesal dengan sikap segelintir netizen yang keterlaluan dalam menyuarakan pandangan mereka tanpa mengambil kira hati dan perasaan orang lain, Aaron berkata, dia bimbang lama-kelamaan ia akan menghapuskan perasaan hormat antara satu sama lain.


Aaron berkata, lebih membuatnya terkilan apabila insan kecil yang tidak berdosa turut menjadi mangsa ketidakpuasan hati netizen seperti yang berlaku kepada anak pelakon terkenal, Nora Danish, Mohamed Neqayl Nedim atau Ney Ney.


"Ada pihak yang sengaja menjadikan laman sosial sebagai platform untuk orang ramai bertelagah. Mereka seolah-olah bangga menyediakan ruang untuk melaga-lagakan orang. Untuk apa semua itu? Mahu mengumpul jumlah pengikut?


"Saya lihat jika kita memuat naik sesuatu yang buruk, ramai yang suka. Tetapi, apabila berkongsi perkara yang baik, tidak ramai yang memberi perhatian. Boleh sahaja saya melakukan perkara bodoh untuk mencari perhatian.


"Tetapi, itu bukan cara saya. Tidak dinafikan, sesekali saya akan buat juga, tetapi hanya untuk suka-suka dan tidak sehingga memudaratkan," katanya.


Tidak menolak ada yang berani menghantar mesej peribadi ke akaun laman sosialnya, bintang KL Gangster ini bagaimanapun, memilih untuk tidak melayan kecuali jika membabitkan urusan kerjaya atau usaha murni.


"Kita perlu tahu batasan. Memang ada yang menghantar mesej untuk bertanya khabar dan saya tiada masalah. Cuma apabila terlupa balas, ada segelintir yang marah dan menuduh saya sombong sedangkan saya ada banyak urusan harian yang perlu diselesaikan," katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2018 12:31 PM | Show all posts

what ever lah Malek..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
tapi nak balas dulu dgn ayat sarcastic
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 03:40 PM | Show all posts
bila dia ni jadi datuk..?

datuk dr Pahang kah.??
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 03:42 PM | Show all posts
Datuk Aaron Aziz??
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Iya sister datuk bauksit lah mana lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2018 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 22-6-2018 07:44 AM
Iya sister datuk bauksit lah mana lagi

feeling dapat dari kedah, perak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk masa datuk nak sekat2 ye. Dah xde job kah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 7791 Replies : 115
Tragedi Helikopter Terhempas Diketawakan Warga Singapura
beggTragedi Helikopter Terhempas Diketawakan
Views : 17796 Replies : 113
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8980 Replies : 62
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54968 Replies : 2755
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6359 Replies : 25
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 18022 Replies : 90
Elia Jejari Runcing
friedfishsoupElia Jejari Runcing
Views : 86188 Replies : 307
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21722 Replies : 166
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281866 Replies : 9530

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:54 PM GMT+8 , Processed in 0.513376 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list