MISSOURI: Bapa pereka fesyen, Kate Spade, dilaporkan meninggal dunia kira-kira dua minggu selepas anak perempuannya itu, mati akibat membunuh diri.
"Tahap kesihatan Earl F Brosnahan Jr, 89, merosot sejak kebelakangan ini, dan beliau juga dilaporkan sedih dengan insiden membabitkan anak perempuan kesayangannya," kata jurucakap keluarga Brosnahan dalam satu kenyataan. Earl F. Brosnahan Jr (kiri), dilaporkan meninggal dunia pada Rabu bergambar dengan anak perempuannya, Eve Brosnahan Brisley. - Foto Facebook
Brosnahan yang lebih dikenali sebagai Frank dalam kalangan keluarga dan teman rapat, dilaporkan meninggal dunia di rumahnya di Kansas City, di sini, namun keluarganya tidak mendedahkan punca kematiannya.
Spade, 55, salah seorang daripada enam anak Brosnahan ditemui mati di apartmen miliknya di New York City pada 5 Jun lalu. - Reuters
|