CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 51369|Reply: 255

Keluarga Mertua tinggal serumah... Boleh share Pengalaman?.

  [Copy link]
Post time 22-6-2018 11:33 AM | Show all posts |Read mode
Edited by saye2007 at 13-1-2021 02:10 PM

Salam,
dalam tempoh 1-2 bulan lagi keluarga inlaw include PIL, BIL & SIL akan pindah masuk umah saye..
tempoh tinggal anggaran 1-2 tahun....
ade sesapa ada pengalaman tak.....
tak tahu nak rasa apa skang...
redha, sedih, stress...

Sape tengah mengalami harap dapat share pengalaman/ beri pendapat.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2018 11:38 AM | Show all posts
Sebab apa nak pindah rumah TT?
Kalau FIL & MIL masih boleh bertolak ansur...
tapi sampai ipar biras bagai... apa kes pulak?

Anggaran 1-2 tahun tu umpama manifesto aje..
Dah tinggal situ, nak suruh keluar mesti susah ...

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 11:48 AM | Show all posts
aku tak faham la kenapa mesti ade spesis tak tahu malu suka tumpang rumah orang lama - lama... kalo fil and mil tu mungkin boleh consider lagi... ni biras adik ipar dah tua bangka pun muka tak malu nak tumpang orang... kalo sekolah lagi takpe juga... ni siap bawak anak bini lagi... ko tak reti cari rumah sendiri ke..?

ko bincang la dengan suami ko... tak selesa taw tak... nak jaga aurat lagi... kita kat rumah la nak bebas pakai apa saja... takkan nak berserkop 24 jam... sedangkan mak sedara aku adik beradik laki tak tinggal sama tapi jenis muka tak malu makan rumah mak sedara aku... siap dah tido pukoi 2 pagi kena bangun masak nasik sebab fil nak datang makan nasik... ko rasa... itu pun mak sedara aku dah stress... taknak pulak sekor sekor kena sakit jantung...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa punca diorang nak tinggal sekali? Ce cite habis-habis. Baru boleh assess
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2018 11:48 AM | Show all posts
sarahmirza replied at 22-6-2018 11:38 AM
Sebab apa nak pindah rumah TT?
Kalau FIL & MIL masih boleh bertolak ansur...
tapi sampai ipar bira ...

jual rumah.. dan tengah cari rumah yg lain katanya. so whole family include yg bujang2 follow sekali ...
semua deorang bincang ngan my hubby je.... dah siap booking bilik atas bilik bawahsikit ape tak cakap ngan sayatau tau hubby cakap deorang nak tinggal 1-2 yrs... dengan segala benda planning.





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2018 11:50 AM | Show all posts
kikuri replied at 22-6-2018 11:48 AM
aku tak faham la kenapa mesti ade spesis tak tahu malu suka tumpang rumah orang lama - lama... kalo  ...

Sorry tak cerita habis...
bil & sil tu both bujang ..
tp dua dua dah kerja kerja...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2018 11:52 AM | Show all posts
saye2007 replied at 22-6-2018 11:48 AM
jual rumah.. dan tengah cari rumah yg lain katanya. so whole family include yg bujang2 follow seka ...

Berapa ratus ribu, juta RMFIL/MIL dapat hasil jual rumah tu?
Jual rumah skrg, belum tentu mampu beli rumah lain tau..
Rumah sekarang mahal namampus


Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Takkan takleh tong2 anak beranak tu sewa umah? Aku yg bujang pompuan ni pun takde nak merempat duk ngan mak pak aku walopun semukim....the moment umah aku dapat cf jek aku pindah masuk..alasan puak kedekut ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2018 11:58 AM | Show all posts
suruh diorang sewa rumah... nanti mengundang kejadian yang tak pasal2 yg boleh menggugat rumah tangga TT..

nanti bil2 sapa nak bayar?

kebersihan sapa nak jaga?

aurat?

keselesaan TT?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kenapa jual rumah dulu baru nak cari rumah baru? Sewa rumah je boleh tak? Kalau ipar semua pompuan leh tahan la jugak. Takkan 24jam nak bertudung dalam rumah. Aku yang kekadang ipar balik 2 3 hari pun rasa sesak nak bertudung dalam rumah. Ni agak nak duduk setahun dua
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
kenapa la nak susahkan benda yg mudah. pegi cari rumah sewa la. nak duduk 10 thn pun no hal. apsal pegi kacau rumah anak menantu pulak. Mmg tak faham org mcm nih. Simpati kat ko TT.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 12:18 PM | Show all posts
besar mana rumah u sampai satu kampung nak masuk menumpang tu?
kalau dah laki jenis tak boleh bawak bincang, u rebel je..
dok rumah pakai je seksi seksi biar yang datang menumpang tu rasa tak selesa..
kalau laki awak tegur dorang tak selesa, then awak kata awak nak pindah sebab nak selesa
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 12:21 PM | Show all posts
awak ada hak untuk tolak..ni saya cedok dari FB Mohd Masri Mohd Ramli..awak baca kan ni kat suami awak

Isteri saya bertanya, jika ada lelaki meminang Haura, tetapi lelaki itu mahu tinggal dengan ibu bapanya, tidak mahu duduk berasingan, adakah saya akan terima.

Saya bertanya: Mak bapak lelaki itu sakit ke dan memang memerlukan anaknya di sisi? Jawapan isteri saya: Tidak.

Maka saya menjawab: Insya-Allah, 'reject' awal-awal sebab lelaki itu tidak faham tanggungjawab sebagai suami dan belum sedia menjadi suami.

Bahkan, sepatutnya 2-3 bulan sebelum bernikah sudah mula cari rumah untuk didiami nanti selepas pernikahan. Habis menikah, boleh terus masuk rumah.

Wahai kaum lelaki 'beragama', fahami agamamu sebenar-benarnya. Semaklah fatwa para ulama berkaitan menyedian kediaman berasingan untuk isteri daripada keluarga mertua, dan hak isteri untuk menolak tinggal dengan mertua. Sesungguhnya kefahaman anak lelaki perlu utamakan ibu bapa sebelum isteri sering disalah fahami dengan erti kata yang tidak benar. Belajar agama betul-betul, baca huraian para ulama betul-betul.

Bagi saya, jika anda tidak bersedia hidup berasingan daripada ibu bapa anda, bermaksud anda belum bersedia menjadi seorang suami.

#MMMR

Apabila melihat reaksi dan komen kepada 'post' saya yang menyatakan saya akan 'reject' mana-mana lelaki yang masih mahu tinggal dengan ibu bapanya yang meminang anak perempuan saya membuatkan saya terfikir, sejauh manakah pengetahuan kita semua berkaitan kewajipan suami dan isteri, hak suami dan isteri.

Kita sering menggunakan kaedah 'isteri kena taat suami dalam perkara yang tidak melanggar syara', lalu kaedah ini digunakan secara meluas dalam semua perkara termasuk jika suami mahu tinggal dengan ibu bapanya, isteri wajib taat, suami suruh isteri jaga ibu bapa suami, isteri wajib taat. Sejauh itukah ketaatan kepada suami sehingga isteri berdosa jika enggan mentaati suami?

Apatah lagi kaedah mengarut yang berbunyi: "Apabila seorang wanita sudah berkahwin, ibu bapa suami adalah lebih diutamakan daripada ibu bapa sendiri".

Saya tidak tahu kenapa perkara yang sangat banyak dibahaskan dalam karya-karya feqh para ulama ini seolah-olah asing daripada pengetahuan masyarakat Melayu.

Saya menulis status sebelum ini kerana saya tahu, itu merupakan hak kepada seorang isteri untuk mendiami kediaman yang berasingan daripada ahli keluaraga suami dan ahli keluarganya. Sepatutnya, kewajipan asas sebegini diketahui seorang lelaki dan wanita sebelum memasuki alam perkahwinan supaya tidak ada sesiapa yang menzalimi atau dizalimi. Saya ingin memetik beberapa kalam ulama yang berkaitan, kemudian yang lain, tuan-tuan boleh terus membaca pada pautan yang saya berikan.

من حق الزوجة أن يكون لها مسكن خاص مع زوجها وأولادها ، لا يشاركها فيه أحد ، لا أب ولا أم ولا قريب .
وإلى هذا ذهب جمهور الفقهاء من الحنفية والشافعية والحنابلة ، وأن لها الامتناع من السكن مع أبيه وأمه وإخوته .
قال الكاساني في بدائع الصنائع (4/24): " ولو أراد الزوج أن يسكنها مع ضرتها أو مع أحمائها كأم الزوج وأخته وبنته من غيرها وأقاربه فأبت ذلك ; عليه أن يسكنها في منزل مفرد ; لأنهن ربما يؤذينها ويضررن بها في المساكنة ، وإباؤها دليل الأذى والضرر ولأنه يحتاج إلى أن يجامعها ويعاشرها في أي وقت يتفق ولا يمكنه ذلك إذا كان معهما ثالث " انتهى.
Antara hak seorang isteri ialah dia mempunyai tempat tinggal yang khusus bersama suaminya dan anak-anaknya yang tidak dikongsi bersama orang lain sama ada ayahnya, ibunya atau kaum kerabat yang lain. Ini adalah pendapat majoriti ulama daripada mazhab Hanafi, Syafie dan Hanbali. Si isteri berhak untuk enggan tinggal bersama mertuanya dan kaum kerabat suaminya.
Imam al-Kasani menyebutkan dalam Badai' al-Sona'i: Seandainya si suami mahu menempatkan isterinya bersama dengan madunya, atau keluarga suami, seperti ibu suami, adik beradik perempuan suami, atau anak-anak perempuan suami daripada isteri yang lain, atau kaum kerabat suami, lalu si isteri enggan, maka wajib untuk suami menyediakan tempat tinggal yang berasingan kepada si isteri. Ini kerana mereka yang tinggal serumah itu mungkin boleh menyakiti hati isteri atau memukulnya jika mereka tinggal serumah. Keengganan si isteri merupakan petunjuk bahawa beliau terganggu atau disakiti. Ini jua kerana si suami perlu jua mampu untuk melakukan hubungan seksual dengan isteri atau bermesra dengannya pada bila-bila masa, dan ini tidak mungkin berlaku apabila adanya orang ketiga di dalam rumah.

Teruskan membaca pada link-link di bawah yang berkaitan dengan hak isteri untuk duduk berasingan.
https://islamqa.info/en/94965
https://islamqa.info/en/96455
https://islamqa.info/en/175218
https://islamqa.info/en/7653
https://islamqa.info/en/144557

Fatwa-fatwa di atas ditutup dengan nasihat kepada kaum suami yang berbunyi:

والذي ننصحك به في ختام هذا الجواب أن تسعى للتوفيق بين زوجتك ووالدتك وعائلتك ، وأن تعطي كل ذي حق حقه ، فتعطي الزوجة حقها في السكن المستقل ، ولا يضرك أن يغضب أحد منهم لانفرادك بالسكن ، لأنك لم تخطئ في ذلك ، ولكن عليك الاستمرار في صلة أقاربك وأمك وإخوانك .
Nasihat kami kepada kamu sebagai penutup jawapan ini: Hendaklah kamu berusaha untuk mendamaikan antara isteri kamu, ibu kamu dan ahli keluarga kamu, dan hendaklah kamu memberikan kepada setiap orang haknya. Oleh itu hendaklah kamu memberikan kepada isteri haknya iaitu kediaman yang berasingan. Tidaklah memudharatkan kamu akan kemarahan salah seorang daripada mereka disebabkan keputusan kamu untuk tinggal berasingan kerana kamu tidak melakukan apa-apa kesalahan dalam hal ini. Akan tetapi hendaklah kamu berterusan menjalinkan hubungan silaturahim dengan kaum kerabat kamu, ibu kamu, dan adik beradik kamu.

Begitu juga penutup kepada aduan seorang isteri, di mana disebutkan:

فنصيحتنا لزوجك أن يبادر إلى إيجاد سكن مستقل لكما ، ويسعى في إرضاء أمه بالقول الحسن ، والإكثار من زيارتها ، وتفقد أحوالها ، وبالهدية ونحوها ، وليعلم أن خروجه من بيت أمه لا يعد عقوقا .
Nasihat kami kepada suami kamu ialah agar segera menyediakan kediaman yang berasingan untuk kamu berdua, dan berusaha mendapatkan keredhaan ibuya dengan perkataan yang baik, dan kerap menziarahinya, mengambil berat keadaannya, memberinya hadiah dan sebagainya. Suami itu hendaklah tahu bahawa keluarnya dia dari rumah ibunya tidak termasuk dalam penderhakaan kepada ibunya.

Di bawah pula ialah fatwa berkaitan bolehkah suami memaksa isteri berkhidmat kepada ibu bapa suami, dan wajibkan isteri mentaati arahan suami dalam hal ini.

Fatwa al-Lajnah al-Daimah Lil Buhus wa al-Ifta di Arab Saudi menyebutkan:
ليس في الشرع ما يدل على إلزام الزوجة أن تساعد أم الزوج إلا في حدود المعروف وقدر الطاقة؛ إحسانا لعشرة زوجها، وبرا بما يجب عليه بره.
Tidak ada di dalam syara' yang menunjukkan kewajipan isteri untuk membantu ibu suaminya kecuali pada batas kebiasaan dan mengikut kemampuannya, sebagai ihsan untuk berbuat baik kepada suaminya, dan menjalinkan hubungan baik dengan keluarga suami.
Lihat: http://www.alifta.net/Search/ResultDetails.aspx
Versi English: http://www.alifta.net/Search/ResultDetails.aspx
[Ini merupakan fatwa Shaikh 'Abdul Aziz bin Baz, Shaikh Abdullah bin Qu'ud, Shaikh 'Abdullah bin Ghudayan, dan Shaikh 'Abdul Razzaq 'Afifi]

Al-Shaikh Muhammad bin Soleh al-Utsaimin ditanya:

هل لأم الزوج حق على الزوجة؟
Adakah ibu suami mempunyai hak ke atas isteri anak lelakinya?

Jawapan:
لا ، أم الزوج ليس لها حق واجب على الزوجة بالنسبة للخدمة ؛ لكن لها حق مِن المعروف ، والإحسان ، وهذا مما يجلب مودة الزوج لزوجته ، أن تراعي أمه في مصالحها ، وتخدمها في الأمر اليسير ، وأن تزورها من حين لآخر ، وأن تستشيرها في بعض الأمور ، وأما وجوب الخدمة : فلا تجب ؛ لأن المعاشرة بالمعروف تكون بين الزوج والزوجة .
Tidak. Ibu suami tidak mempunyai hak kepada isteri anaknya untuk berkhidmat kepadanya, akan tetapi dia mempunyai hak untuk dilayani dengan baik, dan ihsan. Ini adalah hal yang akan mendatangkan kecintaan antara pasangan suami dan isteri, iaitu si isteri mengambil berat keperluan ibu mertuanya, berkhidmat kepadanya dalam perkara yang mudah, menziarahinya, dan meminta pendapatnya dalam sebahagian perkara. Adapun kewajipan berkhidmat, maka ia tidak wajib.
https://islamqa.info/ar/120282

Kesimpulan fatwa-fatwa ini ialah:

1- Tiada sebarang dalil menunjukkan kewajipan seorang Muslimah untuk berkhidmat kepada mentuanya.

2- Seorang isteri hendaklah melayani mentuanya dengan baik atas dasar ihsan selagi mana ia di dalam batas kemampuannya.

3- Suami hendaklah sedar akan hal ini bahawa dia tidak berhak memaksa isterinya untuk berkhidmat kepada ibu bapanya, dan si isteri tidak wajib melakukannya walau disuruh oleh si suami. Ini kerana ia bukan kewajipan yang terhasil apabila akad nikah berlaku.

4- Dalam masa yang sama, Muslimah juga dinasihati untuk memberikan khidmat yang mampu kepada mentua kerana satu masa nanti mereka juga akan menjadi ibu, dan akan mempunyai menantu, dan akan tiba saatnya mereka pula memerlukan bantuan menantu mereka.

5- Seorang suami hendaklah sedar bahawa hubungan mereka adalah hubungan suami isteri, dan bukannya hubungan seorang tuan dengan hambanya.

Seandainya si isteri dengan rela hati sudi tinggal bersama keluarga suami, dia tetap berhak menarik balik persetujuannya pada bila-bila masa kerana pada asalnya, haknya adalah untuk tinggal berasingan. Suami pula, jika isteri bersetuju untuk tinggal bersama ibu bapa suami atau ahli keluarga suami, perhatikan perkara berikut:

1- Isteri hanya wajib berkhidmat kepada suami, bukan kepada ibu bapa suami apatah lagi adik beradik suami. Suami tiada hak memaksa isteri untuk menjaga ibu bapa suami, menyediakan makan minum mereka, membasuh baju mereka dan sebagainya. Jika si isteri melakukannya, itu adalah ihsan isteri secara sukarela, yang insya-Allah mendatangkan pahala, tetapi tetap bukan kewajipan isteri. Oleh itu suami tidak berhak memaksa isteri dalam hal ini. Suami perlu ingat, kewajipan menjaga ibu bapanya, adalah kewajipannya dan adik beradiknya, bukan kewajipan isterinya.

2- Suami hendaklah mengambil kira aspek aurat, hukum khulwah yang mana ini akan berlaku apabila di dalam rumah terdapat ipar duai. Ini akan menyusahkan kehidupan isteri sehingga 24 jam di rumah perlu menutup aurat dengan sempurna kerana terdapatnya bukan mahram. Apatah lagi isu khulwah apabila di rumah hanya ada isteri dan ipar duai atau anak-anak buah suami yang bukannya mahram kepada si isteri.

3- Apabila isteri sudah sukarela tinggal dengan ibu bapa suami, dan sukarela pula berkhidmat kepada mereka, maka suami perlu menghargai dan memahami bahawa isteri sudah menambah beban di atas bahunya sesuatu yang pada asalnya bukan kewajipan beliau. Hargai, dan fahami jika nanti adakalanya isteri 'bad mood' dan tak larat melayani suami kerana penat dan letih. Peka jua dengan keadaan sekeliling takut-takut ada konflik tersembunyi antara isteri dan keluarga dan isteri merahsiakannya kerana mahu menjaga hati suami.

#MMMR

Wajibkah Suami Menyediakan Kediaman Yang Berasingan Untuk Isteri Daripada Keluarganya?

Ya, jawapannya wajib sebagaimana yang diputuskan oleh majoriti ulama sebagaimana disebutkan dalam post sebelum ini. Boleh baca di sini [https://www.facebook.com/MohdMasriOfficial/posts/1738832846207318]

Ramai melompat, marah, dan berkata bahawa post-post saya akan meretakkan rumah tangga, membawa kepada penceraian.

Hairan! Menyatakan perkara yang benar dikatakan punca penceraian, lalu bagaimana dengan teori-teori palsu dan sesat yang sering disebarkan dan dikaitkan dengan kewajipan isteri sedangkan itu bukan. Antara suami yang memaksa isteri untuk tinggal dengan keluarganya, dengan tulisan saya yang menerangkan tentang hak dan kewajipan, mana satukah sebenarnya punca keruntuhan rumah tangga?

Antara suami yang memaksa isteri berkhidmat kepada mertua isteri seolah-olah ia satu kewajipan, dengan tulisan saya yang menerangkan hakikat hukum sebenar, mana satukah sebenarnya punca penceraian dan keruntuhan rumah tangga?

Adakah sebenarnya ini menunjukkan pemikiran ego dan rasa tercabar kerana tidak lagi dapat menggunakan teori 'isteri wajib taat suami' dalam segala perkara sehingga dalam perkara yang memang bukan wajib taatpun? Tercabar kerana kuasa semakin berkurangan? Tercabar kerana tak dapat lagi paksa isteri? Tercabar kerana sekarang sendiri perlu jaga ibu bapa sendiri dan tak boleh goyang kaki mengharap isteri yang menjaganya?

Zina itu maksiat. Buang bayi itu maksiat. Begitu juga tidak menunaikan kewajipan dalam perkahwinan juga adalah maksiat kepada Allah!

Alhamdulillah, sejak tulisan berkaitan hal ini ditulis, ramai jua yang menghantar mesej peribadi bertanyakan hal-hal berkaitan. Saya akan jawab secara ringkas merangkumi semua persoalan.

1- Bagaimana pula jika isteri yang enggan keluar daripada rumah ibu bapa isteri. Isteri mahu suami tinggal bersama dengan keluarga isteri.

Dalam situasi ini, isteri wajib taat suami untuk keluar daripada rumah keluarga isteri, dan jika isteri enggan tinggal bersama sumia, maka ia dikira nusyuz, bahkan dalam situasi ini suami tidak lagi wajib memberi nafkah kepada isteri.

2- Bagaimana jika si suami memang benar-benar tidak mampu menyediakan kediaman yang berasingan untuk isteri kerana suami miskin atau belum menemui rumah yang sesuai dengan kemampuannya?

Seandainya benar-benar tidak mampu, maka tidak berkewajipan menyediakan kediaman berasingan. Ini adalah pendapat Ibnu Taimiyyah. [Lihat Matholib Uli an-Nuha, 5/122].

Dalam hal ini, sepatutnya sebelum perkahwinan dilangsungkan kedua-dua pihak jujur dengan bakal pasangan masing-masing. Bakal suami hendaklah jujur menjelaskan situasi kewangannya yang belum mampu. Bakal isteri pula hendaklah jujur dalam menyatakan sama ada bersetuju atau tidak untuk tinggal serumah dengan mertua buat SEMENTARA sehingga suami mampu. Ketidakjujuran dalam membincangkan hal ini sebelum perkahwinan akan menimbulkan masalah di kemudian hari.

Perlu diingatkan, bahawa kemampuan itu bukanlah bermaksud perlu membeli rumah sendiri. Yang penting ialah ada kediaman sama ada menyewa atau dibeli. Jika mampu rumah yang kecil maka sewa yang kecil, usah menunggu sehingga mampu membeli sendiri atau menyewa yang besar.

3- Bagaimana jika si isteri memang setuju untuk tinggal serumah dengan mertua, dan menjaga mertua?

Apabila si isteri memang bersetuju dengan rela hati, dan bukan dipaksa, maka itu tidaklah bermasalah. Hanya sahaja dalam situasi ini suami perlu memainkan peranan penting untuk memerhatikan perkara-perkara berikut agar kerelaan hati si isteri tidak menyebabkan kezaliman kepada mana-mana pihak. Antara perkara yang suami perlu jelas dan fahami dalam hal ini ialah:

A- Berkhidmat kepada mertua dan ipar duai bukan kewajipan isteri: Isteri hanya wajib berkhidmat kepada suami, bukan kepada ibu bapa suami apatah lagi adik beradik suami. Suami tiada hak memaksa isteri untuk menjaga ibu bapa suami, menyediakan makan minum mereka, membasuh baju mereka dan sebagainya. Jika si isteri melakukannya, itu adalah ihsan isteri secara sukarela, yang insya-Allah mendatangkan pahala, tetapi tetap bukan kewajipan isteri. Oleh itu suami tidak berhak memaksa isteri dalam hal ini. Suami perlu ingat, kewajipan menjaga ibu bapanya, adalah kewajipannya dan adik beradiknya, bukan kewajipan isterinya. Memaksa isteri melakukan semua ini adalah satu kezaliman kerana mewajibkan ke atasnya sesuatu yang bukan kewajipannya.

B- Suami hendaklah mengambil kira aspek aurat, hukum khulwah yang mana ini akan berlaku apabila di dalam rumah terdapat ipar duai. Ini akan menyusahkan kehidupan isteri sehingga 24 jam di rumah perlu menutup aurat dengan sempurna kerana terdapatnya bukan mahram. Apatah lagi isu khulwah apabila di rumah hanya ada isteri dan ipar duai atau anak-anak buah suami yang bukannya mahram kepada si isteri.

C- Apabila isteri sudah sukarela tinggal dengan ibu bapa suami, dan sukarela pula berkhidmat kepada mereka, maka suami perlu menghargai dan memahami bahawa isteri sudah menambah beban di atas bahunya sesuatu yang pada asalnya bukan kewajipan beliau. Hargai, dan fahami jika nanti adakalanya isteri 'bad mood' dan tak larat melayani suami kerana penat dan letih. Peka jua dengan keadaan sekeliling takut-takut ada konflik tersembunyi antara isteri dan keluarga dan isteri merahsiakannya kerana mahu menjaga hati suami. Usah menanti sehingga isteri 'meletup', suami perlu peka dengan keadaan yang berlaku di rumahnya, emosi isterinya.

D- Pertambahan beban kepada isteri. Apabila tinggal serumah dengan mertua, maka isteri perlu mengambil hati suami, ibu mertua, ayah mertua. Apa yang suami suka belum tentu ibu bapa suami suka. Apa yang okey ketika tinggal berdua dengan suami sahaja mungkin menjadi tidak okey apabila ada mertua. Ini semua merupakan pertambahan beban kepada isteri. Suami perlu memainkan peranan besar dalam hal ini. Kerana itu 'dalam sebuah istana hanya ada seorang raja dan seorang permaisuri'.

E- Yang ini pula terbalik daripada semua point di atas. Jika perkara di atas tidak diperhatikan, kezaliman mungkin berlaku kepada pihak isteri. Manakala jika suami isteri mengambil kesempatan dengan kehadiran ibu bapa untuk menyuruh membuat kerja-kerja rumah di rumah mereka, maka ini juga sudah menzalimi ibu bapa itu seolah-olah mereka itu orang gaji pula.

4- Bagaimana jika isteri pula yang mahu duduk serumah dengan ibu bapanya untuk berkhidmat kepada ibu bapanya. Apakah kewajipan suami kepada mertua?

Sebagaimana isteri tidak wajib berkhidmat kepada mertua, begitu juga suami tidak wajib berkhidmat atau memberi nafkah kepada mertua. Semuanya adalah dilakukan kerana ehsan dan bukan kerana kewajipan. Apabila ia dilakukan kerana ehsan bukan kewajipan, maka tidak boleh sesiapa memaksa suami untuk menjaga keluarga mertuanya.

5- Bagaimana jika ibu bapa isteri atau suami memang sakit, atau tidak boleh tinggal bersendirian kerana sudah terlalu tua, atau 'depression' dan sebagainya?

Maka dalam situasi ini, tidak sepatutnya seorang pasangan menghalang mertuannya daripada tinggal serumah kerana itu sahaja pilihan yang ada. Walaupun begitu, anak mereka hendaklah sedar tanggungjawab menjaga dan berkhidmat itu kewajipan mereka dan bukan kewajipan pasangan mereka.

6- Ada bezakah kewajipan kepada ibu bapa antara anak sulong dan bongsu, anak lelaki dan perempuan?

Tiada. Semua perlu berkhidmat kepada ibu bapa mengikut kemampuan mereka. Yang akan membezakan ialah kemampuan mereka.

7- Oleh kerana isu kediaman ini termasuk isu nafkah, boleh huraikan sedikit berkaitan nafkah?

Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

ابْدَأْ بِنَفْسِكَ فَتَصَدَّقْ عَلَيْهَا فَإِنْ فَضَلَ شَىْءٌ فَلأَهْلِكَ فَإِنْ فَضَلَ عَنْ أَهْلِكَ شَىْءٌ فَلِذِي قَرَابَتِكَ فَإِنْ فَضَلَ عَنْ ذِي قَرَابَتِكَ شَىْءٌ فَهَكَذَا وَهَكَذَا
Mulakan dengan bersedekah (iaitu memberi nafkah) kepada diri kamu sendiri, seandainya ada lebihan, berikan kepada kaum keluarga kamu. Seandainya ada lebihan, berikan kepada kepada kaum kerabat kamu. Seandainya ada lebihan, maka begitu begini. [Sahih Muslim, Kitab az-Zakat, hadis no: 997]

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم " تَصَدَّقُوا " . فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ عِنْدِي دِينَارٌ .
Daripada Abu Hurairah radiallahu 'anhu, Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Bersedekahlah. Seorang lelaki bertanya: Ya Rasulullah, aku mempunyai dinar.

قَالَ " تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى نَفْسِكَ " . قَالَ عِنْدِي آخَرُ . قَالَ " تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى زَوْجَتِكَ " . قَالَ عِنْدِي آخَرُ .
Baginda menjawab: Sedekahkan untuk diri kamu sendiri. Lelaki itu menjawab: Aku mempunyai dinar yang lain? Baginda berkata: Sedekahkan kepada isteri engkau. Lelaki itu menjawab: Aku mempunyai yang lain.






Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 12:23 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 12:29 PM | Show all posts
suruh husband u cari rumah sewa la... lagipun BIL & SIL u dah kerje kan ? x kan x mampu nak sewa…

1-2 tahun lama tu sis ……….  bukannye sebulan or 2 bulan…. boleh stressssss
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 12:44 PM | Show all posts
Moga bertabah lah sis... seperti suggestion forumer2 lain better family in-law sewa rumah lain... utk mengelakkan isu2 berbangkit akan datang... kalau sis surirumah lagi lah stress nanti....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2018 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
saye2007 replied at 22-6-2018 11:50 AM
Sorry tak cerita habis...
bil & sil tu both bujang ..
tp dua dua dah kerja kerja...

Kalau dah kerja, suruh diaorg cari rumah sewa @ bilik sewa sendiri je. PIL tu x apa la kan duduk rumah kita setahun dua..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
sSebaik anak akak decided nak kahwin, akak pesan kat dia. Apa2 hal duduk rumah sendiri. Jgn duduk rumah keluarga samada belah akak atau mertua. Anak pun nnt besarkan sendiri. Jgn harap org tua jaga anak2 sementara diaorg bekerja. Kata mudah, pandai2 la korang hidup sendiri. Akak nak gi rumah anak pun akak consider diaorg bekerja, dan privacy diaorg. As a parent, kena consider tu semua. So, kalau nak pergi jengah pun akak akan confirmkan dua tiga minggu lebih awal  supaya anak menantu blh check schedule kerja diaorg yg selalunya hectic. Jgnkan nak duduk rumah diaorg setahun dua. Anyway kat rumah anak akak ada adik ipar yg duduk sekali sbb dekat dgn tempat kerja dia. Itu pun akak kurang setuju sbb adik iparnya perempuan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 01:09 PM | Show all posts
Banyak rumah dlm Malaysia ni, sewa tak boleh ke sebelum beli rumah lain? Sesak sgt bila terlalu ramai. Unless they pay all the cost, makan, minum, water, tel, wifi and electricity
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn laaa.. nnti bile da dekat2 nih.. org nmpk sume salah kite.. padahal dulu.. elok je.. selagi blh tepis.. tepis laa.. ckp la kt suami tuh.. kalu tdesak sgt.. korang je la p sewa rumah lain..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.248012 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list