Tular di media sosial selepas beberapa peminat berkongsi foto bersama aktor Johnny Depp menjadi perbualan hangat kerana fizikalnya yang ketara berubah.
Mencetuskan kebimbangan netizen sehingga ada yang beranggapan aktor tersebut kini sedang sakit, apa tidaknya Depp tampak kurus kering dan pucat lesi.
Keterujaan peminat berkongsi gambar terhenti apabila ramai netizen yang memberikan komen lebih kepada kebimbangan terhadap keadaan kesihatan Depp.
Tetapi ada juga yang memberi reaksi positif mengatakan ia mungkin penampilan baru Depp untuk filemnya yang akan datang.
Memang lain sangat Johnny Depp.. Kenapa agaknya ye?
|