CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 840|Reply: 0

Lps kalah PRU, Ustaz Syamsul Debat nak serius berlakon

[Copy link]
Post time 22-6-2018 03:25 PM | Show all posts |Read mode

rasanya Ustaz ni better teruskan jer jadi penceramah....


Ustaz Syamsul Debat Mahu Serius Dalam Bidang Lakonan
Selepas percubaan pertamanya dalam bidang lakonan menerima respon positif, penceramah bebas Ustaz Syamsul Debat atau nama sebenar, Syamsul Amri Ismail, 41, berkata dia kini semakin terbuka untuk menerima tawaran lakonan daripada mana-mana penerbit di luar sana.

Syamsul menunjukkan sisi lain dalam dirinya apabila menjayakan filem This Is Pilah The Movie yang mana dia memainkan watak sebagai diriya sendiri menerusi filem terbitan Madness Film Sdn. Bhd. itu.

“Ini merupakan penampilan pertama saya dalam filem. Sebenarnya tawaran filem ini saya terima disebabkan mereka mencari seseorang yang berasal dari Negeri Sembilan selain saya perlu menjadi watak diri sendiri. Disebabkan itu saya tertarik selain jadual ceramah saya yang tidak bercanggah dengan waktu penggambaran.

“Saya tidak kekok berlakon mungkin disebabkan ketika belajar di universiti dahulu saya sering kali terlibat dalam pementasan teater. Jadi, sedikit sebanyak pengalaman itu dapat digunakan ketika saya berlakon,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Syamsul ditemui pada majlis tayangan perdana This Is Pilah The Movie di MM2 Cineplexs, E-Curve, Mutiara Damansara semalam.

Filem arahan Rosdi Md Dali itu turut dibintangi Juzzthin, Iesna, Kazar, Joey Daud, Waris dan Ebby Yus.

Menurut Syamsul lagi, sebelum membintangi filem ini beliau sebenarnya sudah banyak kali mendapat tawaran daripada beberapa penerbit yang mahukannya berlakon dalam karya mereka, namun disebabkan kesuntukan masa beliau terpaksa menolak dengan baik.

Namun, selepas ini Syamsul berkata dia akan mula mempertimbangkan mana-mana tawaran yang diterima sementelah beliau mahu lebih serius dalam bidang lakonan.

“Sebelum ini saya banyak dapat tawaran tapi disebabkan selalu ‘clash’ dengan jadual ceramah, saya terpaksa tolak. Lepas ini saya mahu terus mencuba dalam bidang lakonan tapi kena tengok juga watak apa yang saya dapat. Kalau boleh saya tidak mahu melakonkan watak-watak yang lari daripada imej saya.

“Kalau boleh saya nak elakkan babak-babak di atas katil atau pun babak bersentuhan dengan pelakon wanita selain watak-watak bomoh atau dukun,” jelasnya lagi.

This Is Pilah The Movie kini sudah ditayangkan di 42 pawagam seluruh negara bermula semalam. – KopiPlanet.com


sumber: www.kopiplanet.com





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.599441 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list