CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 642|Reply: 3

[Tempatan] 1 maut, 6 parah

[Copy link]
Post time 22-6-2018 03:29 PM | Show all posts |Read mode


SEORANG maut, manakala enam parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dekat Kampung Banggol Petai, Machang, hari ini.

Kejadian berlaku 1.20 pagi membabitkan Perodua Axia dinaiki tiga beradik dan Suzuki Vitara yang dinaiki empat beranak.

Mangsa maut ialah penumpang hadapan Suzuki Vitara, Mohd Zaki Mustafa, 59, yang juga pegawai khidmat pelanggan di Pejabat Setiausaha Kelantan.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Dzulkifli Ab Ghani berkata, semua mangsa parah dihantar ke Hospital Machang, di sini untuk rawatan.

Katanya, mayat mangsa turut dihantar ke hospital sama untuk dibedah siasat.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila Suzuki Vitara dipandu anak lelaki Mohd Zaki, berusia 17 tahun dari arah Tanah Merah, hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan.

“Akibatnya, kenderaan itu bertembung dengan Perodua Axia dipandu wanita berusia 30 tahun, menyebabkan mangsa tersepit dan maut, manakala pemandu serta penumpang dua-dua kenderaan parah.

“Ketika kejadian, empat beranak itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Bachok,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan orang ramai.

Katanya, 10 anggota termasuk Pasukan Bomba Sukarela diketuai Pegawai Bomba Zulkepli Ngah ke tempat kejadian bagi menjalankan kerja menyelamat mangsa yang tersepit.

“Sebaik tiba, anggota mendapati terdapat tiga mangsa di dalam dua kenderaan berkenaan yang tersepit dan bertindak menyelamatkan mereka menggunakan alatan penyelamatan,” katanya.

Anggota bomba dan penyelamat berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dekat Kampung Banggol Petai. NSTP/IHSAN BOMBA

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Jun 2018 @ 3:09 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2018 03:48 PM | Show all posts
Kebanyakan accident melibatkan remaja yang drive. Agaknya mereka ni belum ada kemahiran untuk memandu.
Last week di Kelantan juga, remaja perempuan pandu proton saga and tak lepas nak memotong
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Laju.lettew
Potong x lepas...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 06:51 PM | Show all posts
ya Allah...tragisnya...
tak boleh dibayangkan tiba2 ada kereta muncul dari depan masa drive malam2...
kita drive elok2,orang lain pula yg buat onar...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:57 AM GMT+8 , Processed in 0.103776 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list