CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 862|Reply: 4

[Tempatan] Remaja (remaja ker???) cash hantar mesej lucah kepada guru wanita, abam pulis b

[Copy link]
Post time 22-6-2018 03:32 PM | Show all posts |Read mode



REMAJA lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini atas pertuduhan menghantar mesej lucah menerusi WhatsApp kepada guru wanita, awal bulan ini.

Tertuduh yang berusia 18 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Rihaida Rafie.

Mengikut pertuduhan, dia yang juga ejen bas pelancongan didakwa memulakan komunikasi lucah dan jelik terhadap wanita berusia 37 tahun itu dengan niat mengganggu orang lain.

Perbuatan itu dilakukan di sekolah mangsa pada 1.52 petang, 2 Jun lalu.

Justeru, anak ke-11 daripada 13 beradik itu didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Rizal Azani Zainal Adzam yang mengendalikan kes menawarkan kos ikat jamin tertuduh berjumlah RM5,000.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon pengurangan kos dengan alasan keluarga hanya berpendapatan rendah.

"Saya mempunyai 24 adik beradik (termasuk adik beradik tiri) dan bapa hanya pesara kerajaan yang berpendapatan RM800 sebulan, manakala ibu tidak bekerja," katanya.

Rihaida membenarkan kos jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 2 Julai depan termasuk bagi menentukan tarikh jatuh hukum ke atas tertuduh.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Jun 2018 @ 2:35 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2018 03:38 PM | Show all posts
Hamboihhh gergasinya remaja ini!
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
yang tak berkumis tu tak cukup segak ke
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Abang misai nipis hahahahahaha..
Btw, gemuk2 juga gatal.. Huhhh
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Badan gundu gerga begini mmg x taste la
Selayaknya la.kau dijel pon
Igt pompuan semua sesenang je nak terima.mesej lucah...
Mesej dh geli..tgk kau lagi habis gugur bulu semua
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.093157 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list