CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 307|Reply: 0

[Tempatan] Gunung berapi James Bond meletus lagi

[Copy link]
Post time 22-6-2018 03:38 PM | Show all posts |Read mode



GUNUNG berapi yang pernah dipaparkan dalam filem James Bond pada 1960-an dilaporkan meletus hari ini buat kali pertama sejak April dan memuntahkan asap setinggi beribu-ribu meter ke udara.

Kejadian itu berlaku dalam tempoh kurang seminggu selepas gempa bumi kuat melanda kawasan barat Jepun.

Gunung berapi Shinmoedake, yang terletak kira-kira 985 kilometer dari Tokyo iaitu di Kyushu, pulau paling selatan di negara itu dilaporkan tidak menunjukkan sebarang aktiviti sejak ia mula meletus.

Pihak berkuasa tetap mengawal kemasukan pengunjung ke lokasi puncak setinggi 1,421 meter berkenaan.

Imej yang ditayangkan di televisyen menunjukkan asap dan abu kelihatan di udara di atas puncak gunung berapi itu yang pernah ditampilkan dalam filem perisikan James Bond bertajuk ‘You Only Live Twice’ pada 1967.

Stesen televisyen TBS berkata, Shinmoedake turut memuntahkan serpihan batu yang menjangkaui jarak sehingga 1,100 meter dari gunung berapi itu.

Jepun mempunyai 110 gunung berapi aktif dan pemantauan berterusan dilakukan ke atas 47 daripada jumlah itu.

Pada Isnin lalu, gempa bumi dengan kekuatan 6.1 magnitud yang melanda Osaka iaitu bandar raya kedua terbesar di Jepun mengakibatkan lima maut termasuk murid sekolah berusia sembilan tahun manakala ratusan lagi cedera.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Jun 2018 @ 2:39 PM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:33 PM GMT+8 , Processed in 0.060981 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list