CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 534|Reply: 1

[Tempatan] Terkejut polis serbu rumah

[Copy link]
Post time 22-6-2018 03:41 PM | Show all posts |Read mode
TOKAN dadah tergamam selepas rumahnya di Apartmen Courtyard Sanctuary, di Padawan , diserbu polis, semalam.

Serbuan 11.30 pagi itu berjaya menahan lelaki berusia 26 tahun di kawasan parkir apartmen berkenaan oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak.

Hasil serbuan, polis merampas syabu dan pil ekstasi di kediaman suspek dengan nilai keseluruhan dianggarkan berjumlah RM329,250.

Ketua JSJN Sarawak, Superintendan Sahar Abdul Latif berkata, serbuan dijalankan pihaknya selepas mendapat maklumat risikan tentang kegiatan haram suspek sejak beberapa bulan lalu.

Menurutnya, suspek ditahan di parkir apartmen sebelum membawa pasukan serbuan ke rumahnya untuk pemeriksaan lanjut.

"Pemeriksaan lanjut menemui plastik lutsinar mengandungi serbuk kristal dipercayai syabu seberat 535 gram di dalam premis berkenaan.

"Polis kemudian menemui satu kotak pengering rambut yang berisi 4,980 pil ekstasi," katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Beliau berkata, polis percaya suspek menjadi tokan dadah di daerah ini sejak beberapa bulan lalu, namun kegiatannya dilakukan secara senyap kerana khuatir dihidu polis.

Katanya, suspek yang dibawa ke Balai Polis Batu Kawa juga didapati positif metaphetamin.

Tambahnya, polis merampas Toyota Vios, cincin dan anting-anting emas serta wang tunai yang keseluruhan dianggarkan bernilai RM69,593.

"Suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) akta sama.

"Polis percaya dengan penahanan suspek, satu lagi sindiket dadah di daerah ini berjaya ditumpaskan dan usaha mengesan individu lain yang terbabit giat dijalankan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Jun 2018 @ 12:32 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2018 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Lama.dh wei polis risik
Laki.iols.cite kawan dia kene tangkap sebab housemate kawannya tokan..
Tgk tgk.tokan dh lari dolu
Yang dlm rumah semua kena reman utk.siasatan..
Siap.ckp..ada polis nyamar.siap dok umahnkongsi indon utk intip tokan ni kuar masuk...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.201519 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list