View: 11781|Reply: 174
|
[Tempatan]
UPDATE. U-turn. Tukang masak tempatan hanya cadangan #115
[Copy link]
|
|
Edited by R2D2 at 23-6-2018 04:55 PM
Hanya tukang masak tempatan dibenarkan tahun depan
22 Jun 2018 2:16 PM
KUALA LUMPUR 22 Jun - Kementerian Sumber Manusia menggesa semua restoran di negara ini mengambil tukang masak tempatan untuk bekerja di restoran masing-masing mulai 1 Julai ini.
Menterinya, M. Kulasegaran berkata, bagaimanapun semua pengusaha akan diberi tempoh hingga hujung tahun ini untuk memastikan hanya tukang masak tempatan sahaja bekerja di restoran mereka dan peraturan baharu itu akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2019.
“Kami mahukan orang tempatan diambil bekerja sebagai tukang masak. Tiada kompromi...kami beri masa hingga 31 Disember untuk berbuat demikian. Jika gagal, kami tidak dapat bantu lagi,” katanya ketika menjadi tetamu jemputan Bernama News Channel di sini, semalam.
Sebelum itu, beliau mengadakan perjumpaan dengan anggota Persatuan Pengusaha Restoran India (Prisma) di Petaling Jaya dekat sini.
Katanya, kementerian akan mengadakan perjumpaan dengan PRISMA serta Persatuan Pengusaha Restoran India Muslim (Presma) dalam masa terdekat untuk membincangkan pelaksanaan tukang masak tempatan di restoran.
Kula Segaran berkata, langkah ini dapat mengurangkan kebergantungan restoran tempatan terhadap pekerja asing, sekali gus menjaga kualiti makanan tempatan.
Beliau berkata, tindakan kementeriannya ini selari dengan langkah yang diamalkan kerajaan negeri Pulau Pinang, yang melarang warga asing menjadi tukang masak di kedai makan, restoran dan juga gerai sekitar pulau itu sejak 2014 dalam usaha memelihara warisan makanan negara.
Mengulas kenyataan Kulasegaran itu, Presiden Prisma, P. Muthusamy berkata, keputusan itu agak mengejutkan dan bakal memberi implikasi besar kepada pengusaha.
“Sejak beberapa tahun lalu, kita menghadapi masalah mendapatkan tenaga kerja. Malah lebih 500 restoran ditutup sejak beberapa tahun lepas kerana kekurangan pekerja,” katanya.
Muthusamy berharap, kementerian akan mengadakan perbincangan lanjut dengan pengusaha kedai makanan di seluruh negara sebelum melaksanakan keputusan itu.
Presiden Presma, Ayub Khan pula berkata, masalah pekerja di restoran semakin ketara kerana tidak ada pekerja tempatan yang mahu bekerja di restoran.
“Kami buat iklan, sanggup bayar gaji hingga RM2,500 pun orang tak nak datang (bekerja). Bukan senang (mahu) cari orang tempatan bekerja di restoran,” katanya. - BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
barulah rakyat tempatan ada kerja
ni balik2 nak import pendatang asing tak cucuk vaksin |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah macam tu. Tapi jangan cakap je. Penguatkuasaan lembab. |
|
|
|
|
|
|
|
Peluang bagi anak anak Malaysia yang mengikuti kursus masak memasak di IPTA untuk bekerja di restoren (termasuk restoren mamak).
Terima kasih kepada kerajaan baru. |
|
|
|
|
|
|
|
Hanya tukang masak tempatan mulai Januari 2019
PETALING JAYA - Kementerian Sumber Manusia menggesa semua restoran di negara ini mengambil tukang masak tempatan untuk bekerja di restoran masing-masing mulai 1 Julai ini.
Menterinya M. Kula Segaran, berkata bagaimanapun semua pengusaha akan diberi tempoh hingga hujung tahun ini untuk memastikan hanya tukang masak tempatan sahaja bekerja di restoran mereka dan peraturan baharu itu akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2019.
“Kami mahukan orang tempatan diambil bekerja sebagai tukang masak. Tiada kompromi...kami beri masa hingga 31 Disember untuk berbuat demikian. Jika gagal, kami tidak dapat bantu lagi,” katanya di sini, semalam.
Sebelum itu, beliau mengadakan perjumpaan dengan anggota Persatuan Pengusaha Restoran India (Prisma) di Petaling Jaya.
Katanya kementerian akan mengadakan perjumpaan dengan Prisma serta Persatuan Pengusaha Restoran India Muslim (Presma) dalam masa terdekat untuk membincangkan pelaksanaan tukang masak tempatan di restoran.
Kula Segaran berkata langkah ini dapat mengurangkan kebergantungan restoran tempatan terhadap pekerja asing, sekali gus menjaga kualiti makanan tempatan.
Beliau berkata tindakan kementeriannya ini selari dengan langkah yang diamalkan kerajaan negeri Pulau Pinang, yang melarang warga asing menjadi tukang masak di kedai makan, restoran dan juga gerai sekitar pulau itu sejak 2014 dalam usaha memelihara warisan makanan negara.
Mengulas kenyataan Kula Segaran itu, Presiden Prisma P. Muthusamy berkata keputusan itu agak mengejutkan dan bakal memberi implikasi besar kepada pengusaha.
“Sejak beberapa tahun lalu, kita hadapi masalah mendapatkan tenaga kerja. Malah lebih 500 restoran ditutup sejak beberapa tahun lepas kerana kekurangan pekerja,” katanya.
Muthusamy berharap kementerian akan mengadakan perbincangan lanjut dengan pengusaha kedai makanan di seluruh negara sebelum melaksanakan keputusan itu.
Presiden Presma, Ayub Khan pula berkata masalah pekerja di restoran semakin ketara kerana tidak ada pekerja tempatan yang mahu bekerja di restoran.
“Kami buat iklan, sanggup bayar gaji hingga RM2,500 pun orang tak nak datang (bekerja). Bukan senang (mahu) cari orang tempatan bekerja di restoran,” katanya. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
restoran itali yang masaknya jawa johor. tahniahla..
restoran arab yang masaknya cina bukit.
restoran thai yang masaknya india kerala.. kah3 |
|
|
|
|
|
|
|
tapi bab Tom Yam ramai prefer tukang masak Selatan Thai |
|
|
|
|
|
|
|
baguslah. dh lama x makan foodcourt sbb penuh dgn pekerja warga asing |
|
|
|
|
|
|
|
baguslah, harap betul2 menjadi... ni foodcourt kat mall sume warga asing yg sediakan... pelayan pon orang asing... food court kat Airport pon sama, pintu masuk utama negara tak mencirikan orang Malaysia langsung... |
|
|
|
|
|
|
|
YEEESSSSS syukuuur alhammmmdullilllaaaaahhh akal benci rasa masakan non lokal! (except chef Siam mari). |
|
|
|
|
|
|
|
Nak makan pretzel Auntie Anne's pun akak geli lehat pekerjanya Bangla yah! Korang pi la beli makanan non lokal operate, memang tak sesedap air tangan lokal, termasuklah fast food. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus ler bagi peluang kat local people pulak ni kalau lalu area foodcourt semua bangla yang jadi tukang masak tukang ambik order tak lalu nak makan. |
|
|
|
|
|
|
|
lepas ni kalo org tempatan masih ckp xder peluang pekerjaan ....silakan merempat ke lautan pasifik...no more excuse dahhhh |
|
|
|
|
|
|
|
sofiazara replied at 22-6-2018 03:51 PM
barulah rakyat tempatan ada kerja
ni balik2 nak import pendatang asing tak cucuk vaksin
sohaikepam takda chan la jd chefs |
|
|
|
|
|
|
|
Ini lah masanya sqpa yg minat memasak g ambik kursus masakan korean jepun segala, peluang dah terbuka kena usaha jah |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian dengan pengusaha restoran lepas ni.Bergelut la dengan kerenah tukang masak tempatan yg disiplin ke laut.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dari segi bagusnya pada rakyat tempatan..mmg ok sangat lah kalau rakyat tempatan yg masak dan serve. Sbb lokal punya masakan dan tukang masak jauh lg sedap dari org luar punya.
Tp aku kesian jugak pada pengusaha restoran. Takut gak smua gulunh tikar sbb bukan ramai rakyat tempatan nak keje kat restoran sama ada masak atau layan tamu. Tu belom displin pekerja tempatan yg ikut suka aku nak krje ke tak. Mengeluh la pengusaha restoran nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
Peluang anak tempatan tunjukkan skill memasak makanan mamak .. |
|
|
|
|
|
|
|
Klu aku balik msia ok keja waitress tp nak restaurant yg bersih cantik ada class jugaklah lol, geli duk tempat kotor2. Restaurant tepi jalan tepi longkang geli, jenis kedai mkn mcm ni tmpt basuh pinggan semua mcm thp pprt, toilet kotorr eeee tak sanggopp |
|
|
|
|
|
|
|
foodcourt giant pom ramai warga asing. |
|
|
|
|
|
|
| |
|