CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 935|Reply: 4

[Tempatan] Business bundle mampu untung RM23,000 sebulan. cc: LHDN, Pusat Zakat

[Copy link]
Post time 22-6-2018 04:29 PM | Show all posts |Read mode
Kasut bundle beri untung RM23,000 sebulan
22 Jun 2018


KUALA LUMPUR - Tanggapan menjual kasut terpakai atau bundle tidak menguntungkan perlu diubah kerana ada dalam kalangan peniaga ini yang memperoleh keuntungan hingga belasan ribu ringgit sebulan.

Zulkiflie Aminuddin, 31, yang menjual kasut terpakai di sekitar ibu negara pada harga RM35 sepasang membuktikan perniagaan itu sememangnya menguntungkan apabila berjaya meraih pendapatan bersih RM23,000 sebulan, hasil jualan kasut terpakai berkenaan.

Bagaimanapun katanya, jumlah itu bukanlah diperoleh setiap bulan dan kebiasaannya, purata pendapatan bulanannya ialah RM11,500.

“Peniagaan kasut bundle ini memang dilihat tidak eksklusif pada mata peniaga besar di luar sana. Tetapi sebenarnya, kasut terpakai ini mempunyai pengikutnya tersendiri terutamanya mereka yang ingin bergaya dengan kasut berjenama yang asli pada harga berpatutan.

“Pada musim perayaan, permintaan kasut terpakai amat memberangsangkan kerana kasut yang saya jual mempunyai kualiti yang baik dan masih elok dipakai. Ada antara pelanggan saya akan membeli hingga lima pasang kasut dalam satu-satu masa,” katanya.

Zulkiflie yang menceburi bidang peniagaan itu sejak tujuh tahun lepas berkata hasrat menjual kasut terpakai ini bermula sejak kecil lagi apabila sering mengikut bapanya ke kedai pakaian dan kasut terpakai di Lorong Haji Taib, Chow Kit, dekat sini.

“Pada awal pembabitan, saya hanya mempunyai 150 pasang kasut terpakai yang dibeli dari Kemboja melalui orang tengah dan menjualnya dengan meminjam kereta rakan bagi membawa kasut itu sebelum dihamparkan di kawasan kaki lima yang menjadi tumpuan orang ramai.

“Alhamdullilah selepas tujuh tahun, daripada 150 pasang kini saya mempunyai lebih 3,000 pasang kasut yang dijual di beberapa lokasi antaranya di Chow Kit, Gombak dan Ampang dengan menaiki tiga van milik saya, namun saya masih mengekalkan konsep jualan di kaki lima jalan dengan harga sama sejak mula berniaga iaitu RM35 sepasang,” katanya yang pernah bekerja sebagai buruh kasar.

Katanya antara kasut terpakai berjenama antarabangsa yang dijual dan sering mendapat permintaan pelanggan adalah Clarks, Adidas, Reebok, Nike, Vans dan Birkinstock.

Sementara itu, seorang pelanggan, Mohd Salehien Abdul Rahman, 25, berkata menyarung kasut terpakai lebih berbaloi daripada membeli produk tiruan pada harga mahal.

“Meskipun  kasut ini kualiti terpakai, namun ia lebih baik daripada yang dijual di pasar larut malam. Harga di sana mahal dan semestinya bukan ‘original’,” katanya.

Bagi Nawawi Nordin, 27, faktor pekerjaan yang lasak menyebabkan dia memilih kasut terpakai berbanding membeli kasut baharu di butik.

“Saya  bekerja sebagai juruteknik, apa yang saya lakukan memang lasak. Jadi dengan memakai kasut terpakai ini, tidak ralat jika rosak kerana harganya murah berbanding di butik.

“Bagaimanapun kebanyakan masyarakat skeptikal dengan kasut terpakai ini, ada yang beranggapan kualitinya amat teruk dan menggelikan hanya kerana ia sudah dipakai pemilik asal. Tetapi kalau kita pandai pilih, kasut bundle ini pun nampak seperti baharu,” katanya. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2018 04:35 PM | Show all posts
150 pasang kasut terpakai yang dibeli dari Kemboja


kaya nya orang kemboja.
bosan pakai kasut original baru, kumpul2 jual kat msia.

bundle ni banyak jual kasut curi.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2018 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Suspicious much..ambik dari kemboja tu, soheh Ori ke? Kalau ambik direct from us, German boleh faham lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 09:43 AM | Show all posts
Negara maju akan hantar barang terpakai ke negara mundur sebagai sampah. Ada yang direcycle, ada yang jadi bundle, ada yang dihapuskan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
capiloton replied at 22-6-2018 04:35 PM
kaya nya orang kemboja.
bosan pakai kasut original baru, kumpul2 jual kat msia.


katanya kasut2  terpakai di  Kemboja tu datang Dari Jepun, Korya, Taiwan n some Europe, kemudian dicuci disana Dan export ke Msia. yg buat keja tu org Paki kalau tak silap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.234256 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list