CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 594|Reply: 1

[Dunia] 18 juta penduduk miskin tegar di Amerika Syarikat

[Copy link]
Post time 23-6-2018 07:52 AM | Show all posts |Read mode
Berita  | Dunia
18 juta penduduk miskin tegar di Amerika Syarikat
Diterbitkan pada Jun 22, 2018 18:13 MYT

GENEVA: Isu kemiskinan dan ketidaksamaan sosial di Amerika Syrikat dilaporkan berada di tahap membimbangkan.

Negara antara yang terkaya di dunia itu dilapor merekodkan peningkatan bilangan penduduk miskin tegar kepada 18 juta orang.

Jurucakap Khas Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa Bersatu, Philip Alston mengesahkan perkara itu di Geneva, Switzerland pada Jumaat.

Jelas Alston, laporan lengkap berhubung data terbaharu itu akan diserahkan kepada Maljis Hak Asasi Manusia PBB sece[at mungkin.
Mengulas lawatan ke Amerika Syarikat yang diadakan pada 2017, Alston mendakwa dasar pentadbiran Trump adalah antara punca isu kemiskinan menjadi bertambah buruk di negara itu.

"Pada tahun 2016, 40 juta rakyat Amerika hidup dalam kemiskinan dan 18 juta daripada mereka hidup dalam kemiskinan yang melampau,

"Ini bermakna mereka mewakili satu per-lapan penduduk di Amerika Syarikat.

"Dasarnya (Trump) hanya memberi manfaat kepada orang kaya dan memburukkan lagi keadaan orang miskin," jelasnya.

Tambahnya lagi, dasar baharu pembaikan cukai dan kebajikan Donlad Trump kini akan membawa kepada akibat buruk dan meluaskan lagi jurang antara orang kaya dan miskin.

Alston turut menyuarakan rasa kesalnya dalam isu penarikan diri AS dari Majlis Hak Asasi Manusia PBB, sambil menambah majlis itu akan memberi peluang kepada negara itu untuk menyatakan pendapat mereka.

"Satu-satunya cara ke hadapan adalah untuk bergabung dengan kerajaan-kerajaan lain untuk terus memajukan perubahan dan peningkatan," jelasnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2018 05:25 PM | Show all posts
Pastinya berita ini akan memberi kebahagian kepada lebai dan lobainita Isle.

Kita seolah olah boleh mendengar lebai dan lobainita pembimbing ummah berkata ," Hang tengok! Hang Tengok! Omputih pon miskin jugak. Bukan kita aja yang bangsat!", sesambil disambut dengan laungan takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr oleh orang yang mereka bimbing!

Wallahualam.

Maideen~It's a way of laif......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:11 PM GMT+8 , Processed in 0.392647 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list