CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4593|Reply: 60

[Tempatan] Alasan level tadika restoran mamak: penebar roti canai mcm mana? local vs warga

  [Copy link]
Post time 23-6-2018 08:05 AM | Show all posts |Read mode
Bagaimana pula penebar roti canai, restoran mamak tanya kerajaan
| June 22, 2018



PETALING JAYA: Persatuan Pengusaha Restoran India Muslim (Presma) menggesa kerajaan mengkaji semula arahan mewajibkan tukang masak tempatan, kerana kesukaran mematuhi tempoh masa 6 bulan yang dikatakan singkat.

Presiden Ayub Khan menyokong hasrat mendahulukan pekerja tempatan, tetapi sukar untuk pengusaha restoran menukar kakitangan dapur dan melatih mereka dalam tempoh masa itu.


“Penebar roti canai juga tukang masak, tukang bancuh air juga tukang masak, banyak perlu dipelajari dan 6 bulan tidak cukup masa,” katanya.

“Tidak dinafikan kita mahukan pekerja tempatan untuk bidang ini tetapi tidak boleh buat secepat mungkin,” tambahnya.

Kementerian Sumber Manusia hari ini mengumumkan bermula 1 Januari, pengusaha restoran hanya boleh mengambil orang tempatan sebagai tukang masak, dan restoran digesa mengambil tukang masak tempatan bermula 1 Julai ini.

Pengusaha restoran diberi masa sehingga hujung tahun ini untuk mematuhi peraturan itu.

Ayub khuatir keputusan menteri boleh menyebabkan restoran yang bergantung kepada sentuhan asli masakan dari negara-negara tertentu hilang daya tarikannya.

“Memang rasa asli masakan akan lari. Kita minum teh tarik di hotel dengan harga RM10 segelas, masih tidak boleh lawan dengan teh tarik di restoran mamak,” katanya.

Sementara itu, seorang pengusaha restoran nasi kandar, Noorul Hassan Saul merasakan kerajaan terburu-buru memperkenalkan dasar tukang masak tempatan.

“Menteri ingat kerja ini senang? Dia tidak tahu masalah yang kita hadapi, cakap senang tetapi hakikatnya bukan senang hendak buat.

“Menteri ini baru setahun jagung, sebulan datang ambil alih. Saya ikhlas mahu beritahu, menteri masih belum memahami secara sepenuhnya akan masalah pekerja asing,” katanya.

Bekas presiden Presma ini khuatir dasar kerajaan ini akan menjejaskan pengusaha restoran yang mempunyai rantaian perniagaan.

“Bila ini berlaku, banyak industri juga turut terjejas seperti industri perniagaan ikan, ayam, sayur-sayuran dan barangan runcit.

“Semua itu perniagaan orang tempatan. Ia akan terjejas,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2018 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh india muslim malaysia berlambak apehal nk ambik india hindu karala.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 08:21 AM | Show all posts
Geli aku kalau india import ni...remember kes baru ni yg kat bangsar tu? Ewww..pengotor..sbb kat negara dorg dh biasa buat mcm tu...dtg sini praktis benda yg sama...india local insyaAllah ok.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 08:28 AM | Show all posts
aHoi83 replied at 23-6-2018 08:13 AM
Eh india muslim malaysia berlambak apehal nk ambik india hindu karala.

India muslim kat penang ja berlambak... sbb tu byk kedai nasi kandar dekat sana. Org sana mana p makan nasi kandar mamak import. Depa cari nasi kandar mamak tempatan yg dah kenal famili turun temurun di Malaysia. Yg import ni jenis nasi kandar yg byk cawangan. Depa tak mampu nak cari mamak tempatan nak cover seluruh negara punya operasi.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Berlagak pulak mamak ni..tutup je restoren dia..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 08:41 AM | Show all posts
bagi la naik gaji tinggi sikit, baru la warga tempatan nak kerja jadi tukang masak. ni bayar RM900 sebulan pastu expect kerja sama gagah macam kaldai bina piramid.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-6-2018 08:55 AM | Show all posts
setakat tebar roti canai
dh ramai Melayu boleh

kedai Cina ada ka roti canai?
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
eh tak tahu pula aku penebar roti semua pakai passport.. ke dia salah faham ne tempatan =melayu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2018 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai je penebar canai melayu..igt india bangla je pandai tebar ka???
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 09:33 AM | Show all posts
R2D2 replied at 22-6-2018 04:55 PM
setakat tebar roti canai
dh ramai Melayu boleh

Masalahnya nak ke melayu kerja di restaurant mamak dan sanggup ke melayu nak bekerja seperti pekerja yang di bawa masuk dari India?
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 23-6-2018 09:33 AM
Masalahnya nak ke melayu kerja di restaurant mamak dan sanggup ke melayu nak bekerja seperti peker ...

aiyo,, krajaan slangor thun lpas da sduh tukang msak org tempatan  tp slalu aku tgok mcm indon je msak kat mamak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2018 09:47 AM | Show all posts
kalau masuk kedai mamak
jgn tgk cara penebar roti canai buat kerja
dgn dia korek hidung lagi
lepas keluar tandas tak sabun tangan pun
dia rasa gatal kemudian garu kemudian terus tebar roti canai

aku percaya lepas tu korang confirm boikot
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 09:58 AM | Show all posts
R2D2 replied at 23-6-2018 09:47 AM
kalau masuk kedai mamak
jgn tgk cara penebar roti canai buat kerja
dgn dia korek hidung lagi

Betul tu. Sebab ni lah i dah bertahun2 tak makan roti canai.
Dengan kandungan lemaknya, colesterol dan kebersihan.
Mmg outlah
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 23-6-2018 09:47 AM
kalau masuk kedai mamak
jgn tgk cara penebar roti canai buat kerja
dgn dia korek hidung lagi

Haha. ....

Akak tak pernah suka roti canai tapi setelah makan roti canai di sek 19 subang. ...roti canai dan kuah dal tu sedap betul. ...dah 3 kali pergi makan dan tapau. ...

Tapi mengenangkan tt dah sebut macam ni....rasa tak lalu lah nak makan lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 10:08 AM | Show all posts
course2 kulinari kat kolej komuniti tu tak ajar ke student tebar roti canai? setakat uli dan tebar sikit2  tu boleh je kan..

aku sokong menteri...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 10:18 AM | Show all posts
Edited by AbukRokok at 23-6-2018 10:21 AM
aHoi83 replied at 23-6-2018 08:13 AM
Eh india muslim malaysia berlambak apehal nk ambik india hindu karala.

dulu keling muslim kepingin bangat status bumiputera....

apa khabar parti kimmak skrg?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2018 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai melayu dah pandai tebar roti canailah...saya pilih yg melayu sebab lebih nmpk ersih berbanding india yg lengan berbulu..pengalaman pernah makan roti canai curry ada bulu ...yuck...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
samasam90 replied at 23-6-2018 09:27 AM
eh tak tahu pula aku penebar roti semua pakai passport.. ke dia salah faham ne tempatan =melayu

Ramai pekerja pendatang. Tauke ja mamak.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 23-6-2018 08:55 AM
setakat tebar roti canai
dh ramai Melayu boleh


Kedai Cina jarang ade. Kalau adebpon taste lain sikit. Berlainan taste lah. Cina biasa pegi kedai mamak
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Jalan penyelesaiannya dia nanti, bagi taraf permastautin tetap dekat pekerja India tu nanti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.467964 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list