CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] Alasan level tadika restoran mamak: penebar roti canai mcm mana? local vs warga

  [Copy link]
Post time 23-6-2018 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
KUALA LUMPUR: Hampir semua pekerja asing yang diuji dalam satu kajian didapati membawa bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan dan juga kematian, kata penyelidik.

Penyelidik turut berpendapat penutupan sementara premis makanan yang kotor tidak mencukupi dan kerajaan perlu menangani isu sistemik itu.

Penemuan terbaharu pasukan penyelidik dari Universiti Malaya yang diketuai Prof Madya Dr Siti Nursheena Mohd Zain mendapati kandungan bakteria keracunan makanan yang tinggi, dibawa pekerja asing yang bekerja dalam industri perkhidmatan makanan.

Ahli parasitologi itu berkata sampel diambil daripada 383 pekerja asing yang mengendalikan premis makanan di tiga bandar - Ipoh, Kuala Terengganu dan Shah Alam - hampir kesemua menunjukkan risiko bahaya kepada kesihatan.

Dalam dokumen, "Mikroogranisme sebagai petunjuk status kebersihan di kalangan pengendali makanan warga asing di Semenanjung Malaysia", Dr Siti Nursheena dan pasukannya mendapati 99.5% sampel yang diambil dari pekerja asing mengandungi kandungan Aerobic Plate Count (APC) melebihi piawaian yang boleh diterima.

Produk memperlihatkan APC tinggi yang luar biasa mempunyai potensi bahaya kepada kesihatan, sementara menunggu hasil pemeriksaan patogen.

APC lebih tinggi di kalangan pekerja warga India dan disusuli Nepal.

APC juga lebih tinggi di kalangan tukang masak, menurut dokumen yang diterbitkan dalam Jurnal Kesihatan Awam Asia Pasifik pada Oktober lepas.

Ia juga menunjukkan 64% sampel pekerja mencatatkan jumlah Staphylococcus aureus melebihi tahap kebersihan yang boleh diterima manakala satu perlima menunjukkan tahap Escherichia coli (E. coli) yang tinggi.

Kebanyakan bakteria Staphylococcus tidak menyebabkan masalah serius tetapi boleh membawa maut sekiranya bakteria memasuki aliran darah, sendi, tulang, paru-paru atau jantung.

E.coli, kumpulan bakteria yang pelbagai boleh menyebabkan cirit-birit, jangkitan saluran kencing, penyakit pernafasan dan radang paru-paru.

"Pengendali makanan adalah sumber penularan penyakit melalui makanan di Malaysia.

"Penemuan ini menunjukkan kebarangkalian penghantaran bakteria patogen yang tinggi dari tangan pengendali makanan kepada para pelanggan semasa penyediaan makanan.

"Dan ini memerlukan penambahbaikan aspek kebersihan dan piawaian sanitasi oleh pihak berkuasa berkaitan," kata Dr Siti Nursheena kepada The Star.


Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/06/23/pekerja-asing-bakteria/#BoT7Wr5xQsDbkXRH.99
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2018 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
I suka roti canai melayu buat & tebar sbb biase nye roti canai melayu lembut mcm kapas.. dah sejuk pun still sedap.. roti canai kedai mamak keras dan uli tk cukup..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Skang nie bukan takat india, mamak, melayu je boleh tebar roti canai, rohingya pon dah ada....tempat aku ada sorang, roti dia buat lagi sedap dari kedai mamak yg glamer....cuma dia xleh lawan roti canai melayu buat je lagi, kuah dia better dari kebanyakkan kedai melayu
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 07:32 PM | Show all posts
keputusan haramkan tukang masak warga asing sudah U-TURN katanya selepas rangkaian chinese restaurant membantah keras.  alasan:  tukang masak warga msia mustahil masak seoriginal tukang masak original dari china.   
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
benda mudah...terpulang kpd warga tmpatan nk amik peluang bersaing(niaga) ngn depa yg amik warga asing...wa lbh suka pi mkn kat kedai pekerjanya warga tempatan....
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 02:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Roti canai melayu dekat au2 keramat sebelah ofis kedai kopi hangtuah depan mahkamah syariah gombak timur tu sedappp gila. Melayu buat. Pukul 10 pagi dah abis.i pun suka roti canai melayu buat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-6-2018 04:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Suruh la Persatuan Kimmak ko tu cari penyelesaian.

Apa guna ko berpersatuan Kimmak bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 04:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Roti canai Melayu ranggup sedap pakai Tepung Unbleach
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2018 06:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodo punya alasan
For me roti canai penebar melayu kt kampung2 jauh bertiang lagi sedap dari kedai mamak
Kari kambing melayu buat lagi kaw dari kedai mamak. Takperlu nak recycle kari semalam semata2 nak kasi sedap mcm kebanyakkan kedai mamak buat.

Bancuh air, masak bagai kene training lebih 6 bln?
Kau igt kedai kau level tony romas ke

Btw xsemua kedai mamak ni Islam walau pakai signboard Islamik ni
Yang jaga kaunter 3 calit kat dahi. Suruh mengucap xreti

Dan fyi kedai mamak pun pakai pelaris chuols. I siap nampak botol2 kecik balut kain putih gantung kt siling. Bile tnya tauke, dia sengih2
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by hzln at 24-6-2018 07:24 AM

Dekat penang dah 2 tahun laksana dasar ni.
Takde hal pun. Awal2 ja kalut sikit.
Tu pun bukan utk semua jenis tempat makan.
Yg jual makanan lokal saja, nasik lemak, roti canai, laksa, nasik kandar, gitu2 la...nak pelihara keaslian makanan ummah lokal...abiss punah rasa makanan tradisi kita kalu dibiar berleluasa.
Yg restoren thai, arab, italian, jepun etc tu tak termasuk pon
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah jumpa beberapa kedai roti canai org melayu yg sgt sedap. Tapi masalah yg sama sentiasa ada, waktu bekerja yg tak tetap, maksudnya bukak n tutup sesuka hati dan of course sgt la lambat servis tebarannya. Nk menunggu bukan main lama. Berjam2 just nk makan roti canai.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 10:08 AM | Show all posts
Bukan setakat staf restoran jer diorang import hindu dari India tapi bahan masakan pun diorang import dari sana. Teh yang diorang buat teh tarik tu pun diimport khas dari India. Sangat tidak sihat dan merbahaya utk kesihatan sebab teh tu ada campuran bahan chemical yang merbahaya...

Harap kerajaan PH pantau bahan masakan yg dibawa masuk dari India kat restoran mamak nih juga.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 23-6-2018 10:08 AM
course2 kulinari kat kolej komuniti tu tak ajar ke student tebar roti canai? setakat uli dan tebar s ...

lagi la mahal kos nk bayar tukang masak graduate dr kolej
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 11:40 AM | Show all posts
onexox97 replied at 24-6-2018 10:18 AM
lagi la mahal kos nk bayar tukang masak graduate dr kolej

setakat sijil kemahiran je..boleh lar dpt minimum wages RM1200..
tu tak masuk lagi OT
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Makan roti canai segera je lah.. Sedap jgk. Yg perusahaan melayu buat. Murah plk tu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak perlu la bukak melambak resto mamak ni. Kadang satu taman ada 5-6 resto maju sana maju sini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2018 01:31 PM | Show all posts

dulu me suka roti canai kedai mamak/nasi kandar..
tp skrg ramai ja kedai melayu pandai bt roti canai..
lg sedap dr kedai mamak ni..

kedai mamak/nasi kandar kebanyakkan skrg ni buat air ceroi sgtt...
teh tarik/ais pon makin ceroiii dan  kurang umphhh..
sedap lagi teh ais/tarik kedai2 melayu besa ni,,

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
satrianaga replied at 23-6-2018 08:28 AM
India muslim kat penang ja berlambak... sbb tu byk kedai nasi kandar dekat sana. Org sana mana p m ...

Khen. Sebab tu restoren mamak Pineng thorbaaaeeek seluruh alam.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 10:30 PM | Show all posts
ko bukak sndiri, ko msk sendirila

kdai lain
tokey kdai komputer, pndai repair komputer
tokey kdai jahit, pandai jahit baju
tokey kedai kete, pandai repair kete
tokey kedai moto, pndai repair moto

tokey kdai makan, pandai upah orang masak sahaja ka???

kebabian apakah ini??..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2018 11:55 AM | Show all posts
masing2 bergasak......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.067848 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list