CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 455|Reply: 4

[Tempatan] Abang kawasan' minta wang perlindungan ditahan

[Copy link]
Post time 23-6-2018 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

CUBAAN seorang lelaki untuk mendapatkan wang perlindungan dengan melakukan peras ugut terhadap pengurus kilang menemui padah apabila dia ditahan polis, petang semalam.

Ketika kejadian, suspek bersama dua rakannya datang ke kilang berkenaan di Kawasan Perindustrian Sungai Penaga, USJ 1, Subang Jaya, bagi mendapatkan sejumlah wang daripada pengurus terbabit, yang didakwa mereka sebagai upah menjaga kawasan itu.

Selain menuntut wang, mereka turut melakukan ugutan dan mendakwa mereka mempunyai hubungan baik dengan polis Subang Jaya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Choo Lily, berkata suspek berusia 23 tahun itu ditahan pada 2 petang semalam di restoran di Shah Alam.

Katanya, polis bertindak selepas menerima laporan daripada seorang polis bantuan yang bertugas di kilang terbabit.

“Ketiga-tiga suspek datang ke kilang berkenaan pada jam 9.50 pagi dengan menaiki kereta Toyota Vios dan mereka pergi ke pejabat pengurusan kilang dan meminta pengurus membayar sejumlah wang.

“Pengurus itu meminta anggota polis bantuan untuk mengawal keadaan, namun suspek melakukan ugutan dan maki hamun anggota polis berkenaan.

“Mereka kemudian beredar dengan perasaan tidak puas hati sementara anggota polis bantuan itu membuat laporan polis pada hari sama,” katanya.

Choo Lily berkata, pihaknya sedang memburu dua lagi rakan subahat suspek bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana cubaan melakukan ugutan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Jun 2018 @ 9:13 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2018 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Benda mcm nila yg buat harga brg mahal sbb trpaksa byr org mcm ni. Klu x byr bisnes dganggu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
senang betul dapat duit..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Cash la kene tahan
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Pegawai hijrah selangor cite
Abang kawasan kat area pandan.paling dasat
Ramai peniaga xdpt amek pinjaman sebab ada org kutip duit perlindungan mcm ni lah.
Kalau ada pegawai hijrah dtg ..habis dia kejar xnak bg kutip.duit...
Jilake org gini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.298098 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list