CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 600|Reply: 3

[Tempatan] Saya nak basuh kaki syurga saya'

[Copy link]
Post time 23-6-2018 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SAYA nak basuh sendiri tapak kaki suami kerana tapak kakinya adalah syurga saya,” kata Siti Aisyah Suhaimi, 36.

Wanita berkenaan adalah balu kepada Tengku Mohd Rosli Tengku Jaafar, 43, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 12, Jalan Pasir Raja, dekat Kampung Kuala Jengai, Dungun, petang hari ini.

Permintaan itu disuarakan Siti Aisyah kepada pegawai penjaga Bilik Forensik Hospital Dungun sebelum urusan memandikan jenazah sebaik selesai bedah siasat ke atas mangsa yang maut di lokasi kejadian.

Tengku Mohd Rosli yang juga seorang mekanik jentera berat maut selepas kereta Proton Wira dipandunya terbabas sebelum merempuh tiang elektrik dan terhumban ke dalam gaung sedalam lima meter dalam kejadian 3.30 petang itu.

Siti Aisyah berkata, ketika kejadian suaminya dalam perjalanan membaiki jentera di Felda Semaring, Dungun, kira-kira 16 kilometer dari rumah mereka di Kuala Jengai.

“Dia pulang makan tengah hari dan sangat berselera dengan menu masak asam pedas kegemarannya bersama lima anak kami berusia lima hingga 12 tahun.

“Arwah tidak menunjukkan perbuatan pelik sebaliknya kelihatan gembira ketika kami makan beramai-ramai,” katanya.

Katanya, selepas makan suaminya pergi semula ke tempat kerja, sebelum dia menerima panggilan 15 minit kemudian memaklumkan suaminya maut dalam kemalangan.

Suri rumah itu berkata, dia terkilan kerana tidak sempat meminta maaf kepada suaminya ketika suaminya itu ke tempat kerja.

“Saya tak sangka dia tergesa-gesa mahu kembali ke tempat kerja membawa petanda dia akan pergi meninggalkan kami sekeluarga,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Al Muktaffi Billah Shah, Jaswari Awang ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada 3.35 petang.

Beliau berkata, lima anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian dan mengambil masa 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk.

Berita berkaitan

'Maut kereta masuk gaung'

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Jun 2018 @ 10:24 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2018 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
ni news yg sama lah dgn lelaki maut masuk gaung tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
ya Allah sedihnya kata2 isteri arwah..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 10:01 AM | Show all posts
Reporter mesti tanya.' Adakah apa2 perubahan or perbuatan pelik slm ni'?
Typical question
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.061147 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list