CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1356|Reply: 18

[Tempatan] Wak sanggup berdebat dgn syarat

[Copy link]
Post time 23-6-2018 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sanggup ‘masuk gelanggang’ debat Presiden UMNO bersama dua lagi pesaingnya yang dijadual disiarkan secara langsung untuk dihakimi rakyat dan ahli pada 29 Jun ini.

Bagaimanapun, beliau meletakkan syarat yang perdebatan bagi merebut jawatan nombor satu parti itu tidak seharusnya bersandarkan memecahbelahkan UMNO, sebaliknya meraikan perbezaan pendapat.

“Saya nak mengimbau kata-kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa bahawa usah ada perdebatan kerana ini soal rumah tangga dan hal ehwal keluarga, justeru sepatutnya tidak disajikan di depan halaman atau tepi jalan sambil disaksikan mereka yang lalu-lalang.

“Mereka akan lihat kita ada permasalahan, tapi jika niat (penganjuran debat) bukan meretakkan UMNO sehingga sekurang-kurangnya kepada dua atau tiga kelompok, maka saya sanggup bersiaran di Bagan Datuk,” katanya pada temu bual khas dengan Astro Awani, malam ini.
ADVERTISING

Ahmad Zahid sebelum ini berpegang kepada pendirian bahawa sebarang penganjuran debat disifatkan tidak sihat dalam merintis usaha membangkitkan roh UMNO yang hampir rebah susulan tumpas mengejut pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lalu.

Cabaran debat Presiden UMNO yang mulanya dilontarkan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, pada Selasa lalu, hanya disahut Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin ketika mengadakan sidang media di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), keesokan harinya.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, pendirian untuk tidak berkongsi pentas di studio bersama dua lagi pesaing debat berkenaan adalah selaras tekadnya sebelum ini dalam menyantuni perjuangan di peringkat akar umbi iaitu di kubunya di Bagan Datuk.

“Saya pemimpin yang datang dari akar umbi, justeru tidak akan sesekali mengetepikan jemaah kerana amanah di bahu ini adalah untuk mengambil peduli hal ehwal mereka (di Bagan Datuk).

“Lagipun keesokan harinya (30 Jun) adalah proses pengundian yang akan dijalankan secara serentak, merangkumi peringkat cawangan, bahagian dan nasional, justeru ia penting kepada saya untuk berada dengan jemaah,” katanya.

Menyentuh rentak perubahan digagaskan UMNO, beliau berkata, ‘DNA’ seluruh ahli harus berubah daripada kerajaan kepada pembangkang supaya roh baharu yang akan ditiup dalam parti keramat itu berupaya dibangkitkan semula.

Menyifatkan penjenamaan semula itu bukan tugas mudah, beliau berkata, hakikat ‘pahit’ berkenaan perlu dipahat dalam sanubari masing-masing mulai dari sekarang, bukan mengambil pendekatan untuk terus dibayangi nostalgia dan dibelenggu sindrom penafian.

“Ini tidak mudah kerana ia membabitkan pertukaran set minda, roh, pendekatan dan aktiviti yang akan dijalankan.

“Kita mungkin berdepan cabaran getir kerana selama ini sentiasa berada dalam zon amat selesa.

“Apa sekalipun, tanamkan DNA baru ini sekarang kerana kita harus jadi pemantau kepada kerajaan, selain mencerminkan saingan bernafas baharu kepada bekas pemimpin UMNO (yang kini menganggotai parti seteru seperti PKR),” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Jun 2018 @ 11:09 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2018 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Byk btl alasan dia...kata aja laa ko gagal pengucapan awam...macam mana blh YB pun tak tahu....
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Org umno ni ingat asal berdebat je masing2 pakat mencaci menghina sampai berpecah belah..

Berdebat ni mcm sesi interview..ada sorang moderator tanya soalan..kau goreng lah sampai rentung..lps tu biar la pengundi buat penilaian..gitu..

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 10:54 AM | Show all posts
“Saya pemimpin yang datang dari akar umbi, justeru tidak akan sesekali mengetepikan jemaah kerana amanah di bahu ini adalah untuk mengambil peduli hal ehwal mereka (di Bagan Datuk).

“Lagipun keesokan harinya (30 Jun) adalah proses pengundian yang akan dijalankan secara serentak, merangkumi peringkat cawangan, bahagian dan nasional, justeru ia penting kepada saya untuk berada dengan jemaah,” katanya.



   banyak la alasan...  ini pemilihan untuk presiden umno seluruh malaysia, bukan bagan datuk jer...

tak ada telur ..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Bnyknyer syarat
Camner nk jd wakil malaysia
Lagi2 berdepan dengan pemimpin2 luar yg tegas
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila terjerat baru sembang akar umbi... Akar umbi... Akar umbi.... Tang buat kekayaan, hang kumpul ratus2 juta dalam akaun.   Yg akar umbi hang kat kampung tuh dok la terkais2 hari2 nak makan.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2018 11:20 AM | Show all posts
Bodoh, kau pun sama satu parti buat apa nak berpecah lepas berdebat??


Adakah calon lain tu nak berdebat untuk pecahkan parti?? So KAU satu je yang tak nak berpecah lah???
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
dia ne takut kena londeh oleh ku li, pak itam ke sampai rasa berdebat sesama parti boleh melibatkan perpecahan..? lagipun eh miskin gila kau nak sebut debat di tepi jalan? kalau takut cakap takut, tua yang iyuk.. puihhh takde telor tua ne.. p ler hire pensyarah ajar hang public speaking, tua yang iyuk oiiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2018 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Lemah tul ahli UMNO ni dengar debat terus bepecahbelah..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
jawa  komidi ni  idupnya menumpang aje, mass Nuart DPM do numpang Nuart, bila Najip naik dia pun loncat ke najip ... bila dah solo tak tau nak buat APA
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 04:21 PM | Show all posts
Jgn tqk tahu kadang2 debat ni org tak faham apa dia, cikgu kat sekolah dulu ajar debat ni mcm kita tak setuju dgn idea org sebaliknya kita ada points sendiri jadi kena matikan hujah pembqngkang. Berdebat ni ala2 samada kalah atau menang gitew. Cikgu pun bodoh.

Debat ni sebenarnya utk utarakan idea2 n mencari penyelesaian tentang sesuatu perkara. Kita boleh tak setuju dgn pihak satu lagi or kita blh setuju or kita blh just setuju sebahagian dan kita juga ada pandangan2 lain sendiri, idea2 lain. Ataupuj debat perbincangan tentang idea n hujah masing2 tentang sesuatu perkara. Zahid ni klu takde idea mmglah ketar klu setakat ckp ayat bunga2 tp takde isi2 penting ideas bagai or points, merepek2 jah mmg nmpk bodohlah. Nampak dia ni mcm tak berapa cerdiklah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
go go ku li
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 07:10 PM | Show all posts
samasam90 replied at 23-6-2018 03:43 PM
dia ne takut kena londeh oleh ku li, pak itam ke sampai rasa berdebat sesama parti boleh melibatkan  ...

x payah suruh orang luar, anak dia graduate mass comm kan...
takat pengucapan awam hujung jari kak long tu

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 07:13 PM | Show all posts
HAHAHAHAHAHAHAHA

Hang nak menang sorak orang Bagan Datok ja ka?
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kecut telo lah tu wak jahid pornogoro ni. Dia ni mmg xde aura langsung, sendu namatehhh.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 07:55 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2018 07:56 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa dia ni takut sgt dengan debat? Low IQ or self esteem? Byk betul helah dan alasan..org camni ke nak dijadikan ketua..langsung xde karisma
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 03:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Biarlah dia, anak dia nurul tu, dira, jamal jamban dan seangkatan dgn depa ni menang. Bagi rakyat bukak mata tgk kawak sarkas depa. Lagi cepat parti umno berkubur. Takdelah semak dgn depa ni yg bajet2 bagus sgt. KJ dan yg lain2 yg ada brain sikit gi tubuh parti baru jadi pembakang yg baik utk kerajaan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.603034 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list