CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1104|Reply: 5

[Tempatan] Jangan pilih: Kerja saja apa yang ada?

[Copy link]
Post time 23-6-2018 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
HARI raya ketiga saya sudah bertolak ke Kedah dari Tereng-ganu. Jangkaan jalan lengang meleset. Seperti biasa tiap musim perayaan akan sesak di persimpangan Tanah Merah sehingga ke Bukit Bunga, Kelantan. Sebab utama apabila ada lampu isyarat dan jalan bertukar dari dua lorong kepada satu lorong.

Selesai melepasi kawasan tersebut, sekali lagi jalan sesak di Kulim, Kedah, sehinggalah ke lebuh raya Butterworth-Kulim yang kemudian-nya mula lancar. Dalam perjalanan untuk hilangkan mengantuk serta  kelelahan akibat kesesakan, jari ligat menekan punat stesen radio.

Sedang asyik melayari lagu-lagu raya, muncul satu iklan atau mungkin pesanan khidmat masyarakat dari stesen radio dengan mesej berkenaan,

“Mat kau masih tak bekerja ke?’’

“Belum lagi. Susah nak dapat kerja sekarang.’’

“Kau ada mohon ke?’’

“Banyak dah aku hantar. Sejak tamat belajar hari tu. Bukan nak dapat kerja, panggil temu duga pun tak ada.’’

“Tak apalah mat. Sabar sahaja. Mungkin belum ada rezeki. Kau pun jangan pilih kerja sangat. Kerja sahaja apa yang ada. Cari pengalaman dulu.’’

“Betul juga.’’

“Bila dah pengalaman nanti baru senang nak dapat kerja.’’

Ah, pesanan ini tiba-tiba menimbulkan perasaan jengkel di hati saya. Pesanan yang menyuruh ‘kerja sahaja apa yang ada’ membuatkan saya terasa sakit hati.

Sudah belajar bertahun-tahun, berhabis duit malah mungkin berhutang juga, kemudian bila tamat belajar disuruh bekerja apa saja. Tidak perlu mengikut kelulusan bidang. Kata pesanan itu lagi perlu cari pengalaman dahulu.

Kalau sudah bekerja dalam bidang bukan kelulusan, macam mana hendak dapat pengalaman dalam bidang tersebut. Bekerja dalam bidang lain, kelulusan dalam bidang lain, kemudian bila pergi temu duga dan ditanya,

“Apa pengalaman anda?’’

“Oh saya berpengalaman bekerja di pam minyak sebelum ini.’’

Justeru saya tertanya-tanya juga, adakah tidak ada kerja atau tidak ada kerja yang dapat memenuhi keperluan kelulusan. Dalam surat khabar, laman sesawang dan juga pameran kerjaya banyak sahaja tawaran kerja.

“Banyak persaingan. Yang ada pengalaman pun mintak kerja juga, nak dapat gaji lebih baik. Rata-rata iklan pun hendak yang ada pengalaman. Kalau tak ada pengalaman seperti yang baru tamat belajar ini terpaksalah bersaing,’’ kata sahabat saya Hafidz suatu ketika dulu.

“Itu belum lagi majikan yang mengamalkan konsep berbilang tugas. Macam aku ini, jurutera, macam-macam kena buat, kadang-kadang kena jadi buruh kasar juga,’’ kata Hafidz lagi.

“Bila buat berbilang tugas dah kurang kekosongan dalam syarikat. Seorang pekerja boleh buat banyak skop kerja. Syarikat pun jimat. Tidak perlu bayar gaji kepada ramai orang.’’ Hafidz menyambung lagi.

Betul juga apa yang Hafidz cakap. Walaupun nampak banyak iklan kerja kosong, namun tawaran kerja yang mungkin menepati kelulusan agak terhad. Lepasan universiti terpaksa bersaing dengan ramai orang.

Maka ada yang terpaksa bekerja di bidang lain. Akhirnya bidang yang diambil di universiti dilupakan. Ini banyak terjadi bagi lepasan teknikal. Mereka juga terpaksa mengambil kursus sampingan pula untuk lebih berdaya saing.

Umur makin bertambah, kerja masih tidak dapat, akhirnya kerja sajalah apa yang ada. Dulu saya pun begitu. Selepas diploma, saya bekerja di sebuah kilang sebagai juruteknik. Sebagai juruteknik saya perlu melapor kepada jurutera.

Masa itu tahun 1998, gaji jurutera agak jauh berbeza di kilang tersebut. Jurutera bergaji RM2,500, juruteknik RM930. Pernah saya bertanya kepada jurutera tersebut,

“Wong, kenapa elaun makan aku RM2.50 saja dan kau pula RM5?’’

“Sebab aku jurutera.’’

“Wong, kenapa elaun kenderaan kau RM60, aku RM30. Kau pun naik motor macam aku?’’

“Sebab aku jurutera.’’

Akhirnya saya berhenti kerja dan menyambung pelajaran setelah bekerja selama dua tahun dengan hasrat untuk menjadi jurutera pula. Tamat belajar, saya terpaksa menganggur lagi. Setelah berhempas pulas, naik turun pejabat akhirnya mendapat pekerjaan baharu.

Maka kalau lepasan ijazah yang masih belum bekerja, tidak mahu menganggur lama dan tidak berasa jengkel dengan pesanan ‘kerja sahaja apa yang ada dulu’ bolehlah mengikut nasihat itu. Mungkin boleh memohon pekerjaan dengan tidak menyertakan kelulusan tertinggi. Cukup dengan SPM saja.

Atau pergi ke pameran kerjaya yang kononnya banyak peluang pekerja disediakan, yang kemudian permohonan mereka diambil dan dimasukkan ke dalam kotak di bawah meja.

Atau memohon jawatan yang diiklan dalam surat khabar ruangan klasifikasi yang katanya memerlukan jawatan juruteknik komputer, tetapi apabila mendapat kerja rupanya menjadi jurujual kek.

Atau manifesto satu juta peluang pekerjaan ini ditukar kepada memastikan satu juta peluang pekerjaan terisi mengikut kelulusan.

*Penulis seorang jurutera kanan di sebuah syarikat lebuh raya dan amat meminati penulisan kreatif. Untuk bertanya khabar email beliau : mrfaisalmuhamad@gmail.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2018 01:09 PM | Show all posts
Edited by manzilla at 23-6-2018 03:52 PM

     Inilah akibatnya bila pendidikan sudah menjadi satu "bisnes" yang menguntungkan satu pihak dan mencekik pihak yang satu lagi. Apa boleh buat, semua orang perlukan duit lebih kerana kos hidup yang sudah terlampau tinggi kerana ketamakan kapitalis-kapitalis yang hanya mementingkan diri sendiri. Malangnya ramai orang tidak dapat melihat wajah para kapitalis tersebut, lalu mengkambinghitamkan seseorang untuk menenangkan diri sendiri dan meneruskan hidup "seperti biasa". Sepatutnya, bila anda dicekik oleh seseorang, anda terajang saja kuat-kuat si pencekik tersebut, bukannya tersenyum simpul sambil melakukan pernafasan yoga untuk "bernafas seperti biasa" dalam cekikan penuh dramatik si pencekik tersebut, melainkan tangan dan kaki anda telah diikat. Kalau tangan dan kaki anda terikat sekali pun, cukup malang kalau anda sendirilah yang mengikatnya.

     Bukan itu saja, pada hari ini di tempat kita "pendidikan" itu sendiri bukannya lagi bertujuan untuk menambahkan ilmu dan pengetahuan, sebaliknya ia sudah menjadi semacam "tiket" untuk mendapatkan kerjaya yang diidam-idamkan, atau kemewahan hidup yang selalu dikhayalkan. Tidak percaya tanyalah En. Faisal si penulis di atas. Beliau ingin menjadi jurutera kerana wang, bukannya kerana ilmu. Kerana itulah kita lihat tiket-tiket ini "dijual" dengan harga pasaran; semahal yang boleh selagi ada yang sanggup membelinya! "Engkau tak nak sudah, ramai lagi yang sedang beratur panjang," itulah konsepnya. Anda tentu sudah biasa mendengar soalan-soalan lazim buat seseorang yang ingin meneruskan pengajian dalam bidang tertentu seperti: "Habis belajar nanti nak kerja apa?", "Bidang yang kau pilih ni boleh menjamin masa depan ke?". Belum setitik pun ilmu masuk, persoalan kerjaya sudah pun menghantui.

    Siapakah agaknya yang membeli tiket yang mahal, mungkin sampai berhutang untuk menyaksikan satu perlawanan di stadium, tapi menyimpannya di dalam poket dan menyaksikan perlawanan itu di warung tepi jalan sahaja?

     Warga asing tidak membeli tiket untuk masuk ke stadium. Mereka langsung tidak kisah untuk menonton perlawanan di warung tepi jalan. Orang Malaysia telah menempah dan membeli tiket yang mahal, kalau tidak yang paling mahal pun. Ada sesiapa nak bakar tiket? Ia tidak laku untuk dijual.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 01:46 PM | Show all posts
bahagian teknikal byk ja keja
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
jdi la org kelantan. mak sister, anak 5 org nurse, sorg lg m.a. berkembang ekonomi kelantan smpi trpksa mengembara ke negeri org lain
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 02:31 PM | Show all posts
caprut replied at 23-6-2018 01:51 PM
jdi la org kelantan. mak sister, anak 5 org nurse, sorg lg m.a. berkembang ekonomi kelantan smpi trp ...

ha..ha....yg lelaki, result spm mcm tak pernah gi sekolah, blh je jadi attendant....

Tu untuk Ummah serambi mekah....


Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 23-6-2018 02:31 PM
ha..ha....yg lelaki, result spm mcm tak pernah gi sekolah, blh je jadi attendant....

Tu untuk U ...

sbb tu aku stuju ttup je ipg ngn ilkkm supaya set2 kelate ni reti sikit brsaing. klo x set dorg je da msok dlu. tu x cmppr kedai siam pon nk proclaimed kelantan gak
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.749045 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list