CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 432|Reply: 1

[Tempatan] Komited perkasa kebajikan kaum Cina

[Copy link]
Post time 23-6-2018 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
JOHOR BAHRU - Lembaga pengarah Yayasan Sultanah Fatimah memutuskan untuk terus memainkan peranan bagi memperkasa kebajikan kaum Cina di negeri ini.

Pengerusinya, Datuk Tee Siew Kiong berkata, perkara itu diputuskan selepas beliau menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Isnin lalu.

Menurutnya, Sultan Ibrahim bertitah agar Yayasan Sultanah Fatimah terus melaksanakan rancangan dan pelan yang dapat memberikan manfaat kepada Bangsa Johor berketurunan Cina.

“Sehubungan itu, pihak lembaga pengarah yayasan membuat keputusan akan terus memimpin Yayasan, memainkan peranan bagi memperkasa agenda kebajikan kepada kaum Cina di Johor, mendorong lebih ramai pihak melibatkan diri dalam kegiatan amal,” katanya.

Siew Kiong berkata, kerajaan negeri sebelum ini menerusi Bajet Johor 2017 telah memperuntukkan sejumlah RM2 juta kepada Yayasan Sultanah Fatimah.

“RM1 juta telah dibelanjakan bagi melaksanakan Kursus e-dagang belia serta pelancaran dana memulakan perniagaan e-dagang yang berjaya memanfaatkan seramai 220 orang belia.

“Manakala sejumlah RM1 juta lagi dibelanjakan dalam Program Prihatin Masyarakat yang memanfaatkan seramai 4,500 orang murid sekolah yang memerlukan bantuan persekolahan dari kesemua 10 daerah seluruh negeri,” katanya.

Beliau berkata, melalui bajet 2018, sejumlah RM3 juta diperuntukkan kepada Yayasan Sultanah Fatimah atas sumbangan dan peranan positif berterusan yang ditunjukkan.

“Tiga program akan dilaksanakan iaitu program ‘Internship Johor to Global’; Yayasan Sultanah Fatimah Little Scholar School Programme serta Skim Pinjaman Kredit Mikro Juadah Tradisi Cina tanpa faedah.

“Bagi mereka yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan di Persekutuan Tionghua Johor Bahru,” katanya.

Yayasan Sultanah Fatimah ditubuhkan dengan perkenan Sultan Johor pada tahun 2016.

Penubuhannya banyak memberi sumbangan dan bantuan kepada bangsa Johor berketurunan Cina yang memerlukan.

Selain itu, ia juga mendorong ramai pihak untuk tampil melakukan kerja amal dalam tempoh masa dua tahun ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2018 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang India ada negara India, orang Cina ada tanah besar China
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.071502 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list