CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 440|Reply: 0

[Tempatan] CASH: Padah merempit, ekzos bising

[Copy link]
Post time 23-6-2018 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
TINDAKAN sekumpulan samseng jalanan menunggang motosikal secara melulu dan mengubahsuai ekzos motosikal yang mengeluar bunyi bising mengundang padah apabila mereka ditahan polis di Taman Jubli Emas, Alor Setar, semalam.

Dalam Ops Samseng Jalanan bermula 5 petang hingga 9 malam itu, 150 motosikal membabitkan 174 penunggang dan pembonceng diperiksa pihak polis yang melakukan serbuan selepas menerima aduan awam.

Pegawai Turus Penguatkuasa Trafik Kedah, Asisten Superintendan Meor Amir Meor Md Khalil berkata, operasi itu diadakan selepas pihaknya menerima aduan orang ramai yang tidak tahan dengan sikap kumpulan remaja terbabit menunggang motosikal secara melulu dan ekzos yang bising.

Menurutnya, orang ramai yang datang ke Taman Jubli Emas itu untuk beriadah juga bimbang dengan keselamatan mereka dan berasa terganggu menyebabkan mereka membuat aduan kepada polis.

"Susulan itu kita mengadakan serbuan di taman itu dan memeriksa 150 motosikal membabitkan 174 penunggang dan pembonceng berusia antara 15 hingga 21 tahun yang melakukan pelbagai kesalahan trafik.

"Sebanyak 145 saman dikeluarkan membabitkan 157 kesalahan trafik di mana 56 daripadanya adalah kesalahan ubah suai kenderaan.

"Kesalahan nombor pendaftaran adalah 37, cermin sisi (21), tiada lesen memandu (12), tiada pelekat L dan P (12), tiada insurans (8) danLesen Kenderaan Motor (LKM) sebanyak lapan kesalahan," katanya dalam kenyataan di Alor Setar, hari ini.

Meor Amir berkata, operasi membanteras samseng jalanan akan terus dijalankan dari semasa ke semasa bagi mengekang kegiatan tidak bermoral itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Jun 2018 @ 10:11 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.062347 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list