CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1018|Reply: 12

[Tempatan] Pulak dah, projek ECRL diteruskan

[Copy link]
Post time 23-6-2018 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KERAJAAN akan meneruskan projek pembinaan Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) selepas perbincangan semula mengenai kosnya diputuskan.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, turut disemak semula adalah berhubung penangguhan projek mega Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

"Kita sudah bayar RM20 bilion untuk projek ECRL, jadi tak masuk akal untuk kita mansuhkan ia begitu sahaja. Kita akan runding semula," katanya memetik laporan The Malaysian Insight hari ini.

Projek ECRL yang dicadangkan pentadbiran bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mencetuskan kontroversi ekoran kosnya yang mencecah sehingga RM70 bilion.

Laluan sepanjang 688 kilometer (km) itu dijangka akan menghubungkan Pelabuhan Klang ke Pantai Timur melalui Kuantan, Pahang dan Pengkalan Kubor di Kelantan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini menolak projek itu sambil menyifatkannya sebagai kontrak 'pelik' kerana negara perlu membiayai projek itu dengan pinjaman dari China, selain mengupah kontraktor dari negara itu.

Sementara itu dalam perkembangan HSR, Guan Eng memberitahu beliau telah mengarahkan peguam negara meneliti aspek perundangan dalam perjanjian kontrak HSR untuk membolehkan perbincangan dengan Singapura.

"Kita sudah semak angka, ada aspek kewangan, kejuruteraan, dan undang-undang. Kami telah kaji kedua-duanya dan kini hanya menunggu aspek perundangan daripada beliau," katanya.

Dr Mahathir sebelum ini dilaporkan berkata, projek HSR hanya ditangguhkan dan bukannya dibatalkan susulan ketidakmampuan ekonomi negara.

Beliau dipetik berkata, kos keseluruhan pembinaan HSR untuk laluan sepanjang 350 km dijangka menelan belanja RM110 bilion dan jumlah itu terlalu tinggi kerana kerajaan sedang berusaha mengurangkan hutang negara yang kini mencecah RM1 trilion.

Perdana Menteri pada 28 Mei lalu kerajaan berkemungkinan perlu membayar pampasan sehingga RM500 juta kepada Singapura sekiranya membatalkan projek yang dijangka memendekkan masa perjalanan KL-Singapura dalam tempoh 90 minit sahaja.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Jun 2018 @ 4:15 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2018 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam2 hal tapi bagus gak ecrl ni ada...
Mudah nak g kl
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
jemaah mentri kabinet  u turn PH. banyak sgt u turn nanti pening.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 07:30 PM | Show all posts
Aku mmg setuju diteruskan........
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
highcastle replied at 23-6-2018 07:30 PM
Aku mmg setuju diteruskan........

gomen flip flop
dok sembang hutang 1 trilion sampai saham jatuh ringgit jatuh... pastu sembang la cacai pakar ekonomi... time ni la sesuai membeli gituh

sembang gomen takde duit nak bg bantuan... dulu duit curi bg bantuan haha

bg kroni sendiri la job seme jln
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kahakakahakaah.......pakatan harapan buat Aku terhibur.......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2018 07:42 PM | Show all posts
parti u-turn.

menteri spontan.

kerajaan flip flop.

pelabur cabut lari.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 07:44 PM | Show all posts
dinopower2 replied at 23-6-2018 07:36 PM
gomen flip flop
dok sembang hutang 1 trilion sampai saham jatuh ringgit jatuh... pastu semb ...

habis boreh jer cai kutuk berbelas2 page mengatakan projek ECRL tak bagus...  tak sesuai.. belum masanya.  rasa mcm nak up kan balik thread lama bagi semua org baca cai berhujah panjang berjela kenapa ECRL tak bagus & tak sesuai utk negara Msia sebelum pru14 baru ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2018 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Pulak dah ...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 23-6-2018 07:44 PM
habis boreh jer cai kutuk berbelas2 page mengatakan projek ECRL tak bagus...  tak sesuai.. belum m ...

20 bilion dah byr takkan nak stop haha
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 08:43 PM | Show all posts
dinopower2 replied at 23-6-2018 08:11 PM
20 bilion dah byr takkan nak stop haha

apa la sgt 20 bilion bbanding nak hillang 110 bilion kata cai sebelum ni...  mmg cai betul2 pak turut saja dgn apa yg menteri PH cakap
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 09:40 PM | Show all posts
akusukaq replied at 23-6-2018 07:00 PM
jemaah mentri kabinet  u turn PH. banyak sgt u turn nanti pening.

menteri kewangan Ah Eng ni negara China gempaq boikot sawit baru terhegeh2 review nak proceed semula ECRL... dia ingat China tu kecik2 anak menakan jiran pak dia?
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
"selepas perbincangan semula mengenai kosnya diputuskan"
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.065946 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list