CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2737|Reply: 17

Sedih baca kisah cikki ni...harap2 bukan kak hassanah

  [Copy link]
Post time 23-6-2018 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KALAU NAK SAMAN BOLEH....
TAPI SAYA PERCAYA PADA TAKDIR.....

(Peringatan : Kisah ini dikongsi utk beri peringatan buat semua... & bukannya menghentam mana mana pihak. Nama hospital tidak akan didedahkan sama sekali).

Ibu mana yang tak sedih bila anak dari kantung rahimnya disahkan meninggal disebabkan kecuaian orang lain.....

Buat ibu ibu lain, tolonglah ambil tahu apa yang ibu ibu akan lalui masa dalam labour room nanti.....

Walaupun Muhammad anak kedua saya... tapi rasa pedih hati ini sakit sekali.... Allah...
.
.
Pada 22 Disember 2016 saya pecah air ketuban.. iaitu salah satu tanda kelahiran anak saya & dan saya tahu dalam masa 24 jam ini saya perlu melahirkannya.
.
.
So saya dan suami pun bersiap untuk ke hospital. Excited suami saya masa tu.... dia siapkan makanan untuk saya supaya cukup tenaga masa nak lahirkan anak kami nanti.
.
.
Kami ke hospital dengan happynya. Tak sabar nak bagi adik untuk Rizqi Mukhriz...
.
.
Selang 5 minit kemudian..... episod sedih ini bermula......
.
.
Allahurabbi.... saya harap kisah ini tidak terjadi kepada sesiapa...
.
.
Masuk saja bahagian labour room saya dimarah doctor.
.
.
"Kenapa awak datang hospital... awak tak turun tanda lagi kan!" - doctor. Sambil saya diketawakan....
.
.
Saya beritahu doktor saya dah rasa ada air keluar dari kemaluan saya... tapi ia sedikit dan saya dapat rasa itu air ketuban.
.
.
Ketika tu saya sakit sangat... contraction menyerang setiap 20 minit... tapi doctor disitu tak endahkan saya malah biarkan tanpa buat CTG walhal lagi beberapa minit lagi insyaALLAH saya dah boleh lahirkan anak.
.
.
Saya diminta bermalam di bilik menunggu. Bayangkan... ketika itu saya sepatutnya sudah masuk labour room.. tapi saya dibiarkan disitu. Saya patuh cakap doctor juga sebab saya percaya mereka lagi arif dalam semua ni.
.
.
Pada keesokan harinya... 23 Disember.... sebelum subuh saya perasan ada cecair bewarna hijau keluar dari kemaluan saya, Allah.... anak saya dah membuang ka ni?
.
.
Lepas saya beritahu kepada doctor, saya cepat cepat dibawa ke labour room... Kali ini sakitnya lain sekali.... Saya menjerit disitu meminta doctor lakukan sesuatu sebab sakitnya lain macam...
.
.
Saya ingatkan nurse disitu faham saya dan cakap baik baik menenangkan saya seperti nurse yang sambut anak pertama saya dulu... rupanya lain...
.
.
"'Mana ada orang beranak tak sakit puan!"
.
.
Ya Allah... kejamnya mereka ini... hati saya bertambah sedih & down ketika tiada siapa yang memahami keadaan saya ketika itu.
.
.
"HEI!!! kenapa biar ibu ni macam ni... dia dah nampak pucat dah ni.... Siapa yang uruskan ibu ini??! "
.
.
Tiba tiba muncul doctor Yusrina yang sangat baik, memarahi semua doctor dan nurse disitu kerana membiarkan saya.
.
.
Doctor Yusrina memberi arahan kepada nurse lain dan datang kepada saya mengusap dahi & rambut & menenangkan saya.....
.
.
"sabar ya puan... saya faham puan... puan istighfar ya... saya ada di sebelah puan.... saya datang nak tolong puan"
.
.
Dalam keadaan terlalu lemah... seperti nyawa ditarik... saya pegang tudung doctor Yusrina dan mohon dia selamatkan anak saya.....
.
.
Walaupun doctor Yusrina tak bertugas pun masa tu tapi dia nak sangat tolong saya.. Allah.. baiknya malaikat bertopeng manusia ini..
.
.
Walaupun mata saya hanya mampu pejam ketika itu tapi saya dapat rasa doctor yang datang seperti malaikat itu datang menyelamatkan saya dan keadaan.
.
.
Ketika itu dah 8cm... nurse minta saya teran & ketika itulah saya rasa 3 pergerakan terakhir Muhammad dalam rahim saya...
.
.
Selepas melahirkan Muhammad... Muhammad tak dapat bernafas selama 1 minit dan doctor bawa pergi anak mummy....
.
.
Ketika itu.... saya dalam keadaan tak sedar....

Anak mummy dibawa ke NICU kerana oksigen tidak sampai ke otak dan kerap berdepan sawan.
.
.
Selepas sedar doctor pula sahkan saya mengalami 90% kerosakan pada rahim.
.
.
Ya ALLAH ujian apakah ini.. semalam ketika ini... kami gembira sekali menanti Muhammad... tak sangka hari ini Muhammad terpaksa dimasukkan ke NICU.
.
.
Pada 25/12/2016, ketika saya melawat Muhammad saya dapat rasakan yang Muhammad terlalu sakit.
.
.
Saya usap ubun ubun Muhammad.... saya berdoa... dan berzikir dan berpesan kepada anak saya ini,....
.
.
"Andai anak mummy MUHAMMAD siksa di dunia ni sayang...pergi la sayang.... ibu redha....."
.
.
Berulang kali juga saya memohon agar ALLAH sembuhkan anak saya dan panjangkan usianya......
.
.
Pada jam 9 malam.... seorang nurse memanggil saya ke NICU.
.
.
Bertambah lemah diri saya yang sedia lemah... saya dapat rasa sesuatu terjadi kepada Muhammad.... namun saya cuba untuk kuat....
.
.
Luluh jantung saya...
.
.
Muhammad dah kembali kepada ALLAH.......Anak mummy.... jantung mummy.... anak yang bermain dan bersama mummy sepanjang 9 bulan...... kini anak mummy dah pergi......
.
.
Saya tenung wajah anak saya...... saya cium dan bau sedalamnya bau anak saya.... saya sentuh jarinyanya... saya kucup pipinya berulang kali... saya usap ubun ubunnya.... saya dakapnya erat.... Allahuakhbar... cukup sempurna anak mummy ni.....
.
.
Demi Allah sekuat manapun saya... saya memang tak mampu menahan sebak... saya menangis disitu dan cium anak saya berulang kali....
.
.
Mummy tak sempat pun beri setitik susu mummy pada Muhammad... kalaulah sempat mesti Muhammad lagi sihat kan sayang...
.
.
Mummy takkan lupa anak mummy yang comel ni... mummy sayang Muhammad.
.
.
Sayu perkarangan rumah kami.... lebih sayu lagi hati setiap keluarga kami.....
.
.
Abangnya Rizqi seolah olah faham apa yang terjadi membuatkan semua sebak...
.
.
"Adik abang Muhammad ni pakai kain putih ni nak pegi syurga ke Muhammad... ala... macam  mana nak abang nak main main dengan adik abang ni? Takpelah.... adik pegi syurga ye...."
.
.
Berlinangan air mata kami.....
.
.
Penantian 9 bulan diakhiri dengan ujian ini...
.
.
Selesai proses pengkebumian... ramai sedara yang minta kami saman pihak hospital.
.
.
Walaupun ketika itu luluh hati saya kerana kehilangan anak disebabkan layanan seorang doctor dan beberapa nurse yang ambil lewa kesakitan saya... namun saya bersyukur ALLAH beri fikiran yang baik untuk saya ketika itu.
.
.
Saya jelaskan kepada semua yang minta saya menuntut keadilan bahawa.... doktor adalah malaikat bertopeng manusia yang datang menyelamatkan kita. Ya.. walaupun ada yang tidak baik.. yang sengaja berlaku 'kejam' dengan kita... namun ramai yang terlalu baik buat saya & kita semua...
.
.
Disebabkan itu walaupun saya rasa sedih dengan kejadian ni sebab melibatkan anak saya sendiri... tapi saya perlu akur mereka juga manusia sama seperti kita.
.
.
Doa saya agar tidak ada lagi doctor & nurse seperti itu.
.
.
Takdir & ketentuan itu milik ALLAH.... semua ini hak & milikNYA... siapa kita nak terus salahkan orang lain. Saya redha.
.
.
Kalau saya fikirkan semua ini, Muhammad tetap tak akan kembali lagi. Dia dah pun sampai kepada syurga yang abadi,
.
.
Pesan saya kepada anda, tolonglah pelajari ilmu kehamilan... kalau anda tahu itu adalah air ketuban, tahu prosedur melahirkan anak... dan tahu jelaskannya nescara doctor akan lebih faham.
.
.
Pesan saya buat #doctor & #nurse :
Tolonglah doctor... tolonglah nurse... ketika kami sakit kami tak tahu apa yang patut kami lakukan. Kami serahkan segalanya kepada ALLAH dan rawatan kalian..... tapi saya mohon janganlah downkan & sindir kami sehingga kami rasa terlalu terabai ketika kami perlukan bantuan.
.
.
Tolonglah doctor... tolonglah nurse.... cakaplah baik baik dengan kami. Sesungguhnya ilmu kami tidak setanding kalian... kami benar benar hormati ilmu & kehebatan yang ada pada kalian. Tolonglah hormati kami juga.
.
.
Pesan saya buat #semua :
Biarpun adakalanya kita berdepan semua ini disebabkan orang lain dan terasa sakit itu pedih sekali... tapi janganlah lupa apa yang terjadi ini disebabkan ketentuan yang Maha Esa.

Saya percaya... ALLAH jemput Muhammad mungkin disebabkan ALLAH taknak Muhammad berdepan kesakitan yang lebih teruk jika dia ada bersama kami ketika ini.

Damailah dikau di sna anak syurgaku. Mummy sayang anak mummy. Mummy tak putus doa untuk Muhammad. Mummy tak putus melawat anak mummy. Mummy rindu sangat bau syurga anak mummy ni....... bermain mainlah dikau di sana anakku Muhammad.......

-----------------------------------------------------------------

Allah.... dalam banyak banyak kes yang kami terima... ni adalah luahan hati seorang ibu yang terlalu kuat walaupun dia lemah.
.
.
Noor Azieyani Haeruddin hubungi saya (penulis buku 9bulan10hari - Nazira Nazir) dan maklumkan dia ingin semua pasangan alert dan tak berdepan ujian sepertinya.
.
.
Aziey benar benar ingin kita percaya pada ketentuan ALLAH namun dalam masa yang sama anda tahu sekurang kurangnya sedikit ilmu kehamilan agar tidak gelabah ketika di labour room nanti.
.
.
Buat adik Aziey... ketahuilah Muhammad sedang tunggu mummy dia tu untuk bawa masuk syurga. Kak Zira doakan yang baik baik untuk Aziey & family
.
.
Semoga Aziey & kita semua didekati dengan doctor2 & nurse2 yang baik insyaALLAH....
.
.
Muhammad..... bermain mainlah dikau di dalam syurga..........  AlFatihah.....
.
.
Like... share & tag suami & rakan anda agar mereka berjaga berjaga dengan situasi seperti ini.

Kredit Owner
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2018 06:28 PM | Show all posts
Rahim dia rosak ke?....
dah tak blh beranak lagi le kan?......
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak lebih rela keluarkan duit utk beranak. Elakkan benda2 mcm ni terjadi. Byk dgr cakap org..menakutkan
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
X tau nak sedih ke nak kecam..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada certain nurse mmg kaki membawang bila ada ibu lain menjerit ke apa..
Maybe dia igt tu.perkara kecik atau ibu tu ngengade...
Tapi.kali ni salah langkah la sampai mati baby tu
Doc yang gelakkan tu iols harap akan kena mcm.ni jugak.la..supaya igt balik dia siniskan patient sebegitu rupa
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 07:15 PM | Show all posts
ada je kes-kes macam ni, cumanye tak viral jah, maklumlah staf spital dah sama taraf ngan cikgu, tak leh kritik.

Korang rasalah dulu sendiri bila jadi macam ni. Anak buah aku baby meninggal umur 2 hari. Dengan kakak abang memang eksaited nak ada adik, tapi adik meninggal pulak. Jenazah baby sampai rumah, dorang eksaited nak main ngan baby. Ko rasa sedih ke tidakkkk??

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2018 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Menakutkan
Mujur masa mak anak i dulu tak kena marah pun
Siap doc sndri yg cucuk ubat utk induce kelahiran

I x pernah beranak cuma tgk kt tv je cerita2 org beranak

So nk tau jugak, kalau ibu dlm cerita ni betul nk beranak sgt kenapa dia x teran je xyah nk tunggu2 nurse doctor smpai anak dlm perut jd cmtu?
Yg byk kes beranak sndri and x sempat smpai hospital dh beranak tu cmna pulak?

I tak tahu sbb tu i tanya ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih...penah kena layanan teruk kt hosp shah alam. Layanan bagus di hosp temerloh. Pendapat org lain berbeza kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2018 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Taksemua doktor tu pandai

Doktor hanya pakai teka je..teka berdasarkan simptom dan diagnosis. Xconclude pn. Test pakai ubat ni, xjalan..test ubat lain jugak. Lab rat je pesakit ni. Doktor yang perasan bagus, otomatik diagnosis dia akan kelaut. Salah diagnosis, salahla rawatan dia

I dengar dari mulut staff spital sendiri
Pesakit anak 7 bulan dh makan taik dlm perut. Doktor belah perut..vacuum air ketuban konon2 nk bersihkan. Dan jahit balik baby dlm perut atas alasan belum cukup bulan walau ditentang nurse2..patut keluarkan dn masuk incubator, doktor tu pikir dia lg pandai. Yelaa doktor.

Hospital tempatan. Doktor bukan bumiputera, perempuan

Endup anak dia mati dlm perut

Sebabkan borang yang kite sign sblm terima rawatan, dh bgtau kite xbole saman doktor atau staff spital kalau ade kecuaian dn kemalangan..

Tak semua layak pakai title menyelamatkan nyawa. My ass
Bnyk merempan kt socmed butthurt tgk drama salah pakai med equipemnt je kejenya
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah ada kenalan, baby meninggal sebab kecuaian hospital
Masa meeting dgn pihak hospital, doktor tu boleh ckp, dah ajal ank u..klu hosp x cuai ank u meninggal juga..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Doc yang misdiagnosed ni.. i wonder how they sleep at nite..

Semoga akak tu tabah
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2018 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tipu ni..dia tknk saman.psl xberlaku.
Balik2 Cite takdir.redha.pengajaran..

Dey...tambi..camtu bubarknla mahkamah kt Malaysia ni..tarak guna ada mahkamah ni..peguam2 leh bertani atau bwa grab tuk cari mkn lak..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Victorioussss replied at 23-6-2018 08:57 PM
Taksemua doktor tu pandai

Doktor hanya pakai teka je..teka berdasarkan simptom dan diagnosis. Xco ...

Doktor mana yg bodoh sangat tu...
Apa la perasaan ibu tu ye.... Stress baca kisah camni. Harapnya salah laku doktor tu dapat dikesan & digantung bertugas... Sebelum  banyak lagi orang lain mati
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 04:10 PM | Show all posts
spital mana nie...????
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak je medical error dibawa ke mahkamah. Macam tipu je sign waiver tk leh saman tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Please saman.. bukan utk kembalikan anak atau membalas dendam tp menjadi pengajaran utk semua yg terlibat dan utk memastikan semuanya tidak senang2 akan berlaku lg pada org lain. Setakat bercerita mcm ni kurg efektif. Jika ade ruang n peluang silalah ambil tindakan yg lebih konkrit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2018 04:39 PM | Show all posts
batmana replied at 23-6-2018 09:28 PM
Tipu ni..dia tknk saman.psl xberlaku.
Balik2 Cite takdir.redha.pengajaran..

sy setuju ngn komen batmana ni. kalau btl blaku, saman sajelah!
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2018 04:15 PM | Show all posts
soklan naif dari saya.. napa semua org dok sibuk kak hassanah ni..sapekah die..motif nama dia naik dimana2..bod gosip pun naik nama dia..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.263168 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list